Floating Icon
04 NOV 2024 ACARA 2 MINIT BACA 5 LIHAT 0 BERKONGSI

Konferens Kepimpinan Kebangsaan & Majlis Makan Malam Amway 2024

Keterujaan dapat dirasai di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) apabila Konferens Kepimpinan Kebangsaan & Majlis Makan Malam (NCLD) Amway menjadi tumpuan. Pemimpin dari seluruh negara berkumpul, menantikan malam yang penuh dengan ceramah berinspirasi dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Permulaan yang Penuh Bersemangat dengan Tema Bloom

Hari tersebut dimulakan dengan Konferens Kepimpinan Kebangsaan, menampilkan ucaptama yang hebat daripada Asha Gupta, Presiden Serantau Amway, Ketua Pegawai Strategi & Pembangunan Korporat & Asia, yang menyemarakkan lagi kumpulan pemimpin Amway yang penuh semangat.

Mike Duong, Managing Director of Amway Malaysia, Singapore, Indonesia and Brunei, giving his opening speech at the National Leadership Conference.jpg

Selepas ucapannya, Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, bersama-sama Jason Leng, Pengurus Besar Amway Malaysia dan Brunei, berkongsi pandangan mereka tentang Menghubungkan Kesihatan dan Menjalani Kehidupan yang Lebih Panjang dan Sihat.

Unveiling the 5 Years 5 Continents initiative for the Diamond Invitational incentive trip, across 5 countries spanning 5 continents in 5 years.jpg

Mereka menekankan matlamat Bunga Kesihatan + Kesejahteraan Amway yang menumpukan pada usaha untuk membantu individu memperoleh badan dan minda yang sihat, mewujudkan hubungan komuniti, pertumbuhan peribadi, kesejahteraan kewangan dan planet yang sihat. Mereka turut memperkenalkan inisiatif 5 Tahun 5 Benua untuk perjalanan insentif Jemputan Intan, merentasi 5 negara yang merangkumi 5 benua dalam 5 tahun yang membawa kepada A70.

Inisiatif ini menjanjikan pengembaraan luar biasa yang penuh dengan pengalaman unik dan kenangan yang berkekalan. Bermula dengan keajaiban Afrika hingga Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia dan Eropah, setiap destinasi akan menawarkan akses eksklusif ke beberapa lokasi yang paling ikonik dan tidak dapat dilupakan di dunia, cerminan dedikasi kami untuk meningkatkan pengalaman Pemimpin kami.

Ini diikuti dengan pengumuman yang mengujakan tentang destinasi Jemputan Intan 2025, iaitu Air Terjun Victoria, keajaiban alam semula jadi yang terletak di sempadan antara Zambia dan Zimbabwe, yang menjadi destinasi utama seterusnya untuk Pemimpin Intan Amway.

Meraikan Pencapaian dan Pelan Masa Hadapan

Keterujaan semakin memuncak apabila orang ramai bersorak memberikan semangat kepada 18 orang Pemimpin yang mencapai status Intan & Ke Atas pada Tahun Pencapaian 2023. Sambutan kemudiannya diteruskan dengan pengenalan ahli Majlis Penasihat Intan Amway (ADAC) 2024 di atas pentas.

Introducing the 2024 Amway Diamond Advisory Council (ADAC) members.jpg

Bagi acara dan inisiatif akan datang, Joanne Chong, Ketua Pemasaran & Komunikasi Amway, berkongsi kemas kini menarik tentang perkara yang boleh dinanti-nantikan oleh Pemimpin Amway, seperti program pemasaran, pelancaran produk baharu dan Kesihatan Asas GUTPROtein Edisi Terhad—promosi eksklusif Pemimpin untuk Hari GUTPROtein 2024. Ini adalah sejajar dengan misi Amway dan Nutrilite untuk menggalakkan Kesihatan usus dan kesedaran mengenainya yang lebih baik.

Chief Marketing & Communications Joanne Chong sharing updates on the Gut Reset programme & launching the GUTPROtein Foundational Health.jpg

Pandangan dan Insentif Masa Hadapan

Jennifer Wang, Ketua Pegawai Jualan & Pemerkasaan ABO mengetuai sesi panel dengan tiga orang Pemimpin Amway, membincangkan hasil awal dan perspektif tentang mewujudkan komuniti Kesihatan & Kesejahteraan dan hasil prestasi latihan Penceritaan "Better Me".

Chief Sales & ABO Enablement Officer Jennifer Wang discussing early results and perspectives on the Health & Wellbeing community building.jpg

Beliau turut memperkenalkan inisiatif untuk Tahun Pencapaian 2025 dan berkongsi data utama dari tahun sebelumnya, termasuk Laluan ke Gangsa, Insentif Core Plus dan Program Jualan TP2025, semuanya bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan dan kejayaan pemimpin kami. Paling mengujakan apabila Jennifer mengumumkan program khas 6H5M yang membawa kepada A50 di Vienna, Austria, dan Budapest, Hungary, sebagai destinasi untuk Seminar Kepimpinan Amway (ALS) tahun depan yang akan membangkitkan satu lagi gelombang semangat daripada khalayak. Ini merupakan destinasi bandar berkembar pertama untuk ALS.

Pesta dan Temasya Pada Malamnya

Selepas petang yang dipenuhi dengan pengumuman yang menggemparkan, Pemimpin kemudiannya mengenakan pakaian yang paling elegan dan bergaya dengan mengikut tema Bloom yang ceria, menambahkan lagi kemeriahan acara pada sebelah malamnya pula. Ketika pintu dibuka dan para hadirin mengambil tempat masing-masing, suasana dipenuhi dengan keterujaan. Video bertemakan epik dimainkan, mewujudkan suasana yang menggembirakan dan bersejarah malah menjadi pembukaan untuk acara malam itu.

Mereka juga menikmati makan malam oriental yang lazat, mengambil peluang untuk membina jaringan hubungan dan berkongsi keterujaan mereka tentang masa hadapan. Malam itu diteruskan dengan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan, termasuk persembahan pembukaan yang dikoreografi khas oleh pasukan Pengurusan Amway untuk lagu "Shake It Up".

Opening performance by Amway Management team to the song “Shake-It-Up”.jpg

Bukan itu sahaja, malam itu mencapai kemuncaknya dengan upacara ucap selamat apabila Pemimpin membancuh minuman kocak GUTPROtein mereka, memasukkan Amway Malaysia ke dalam Malaysia Book of Records. Bersama lebih daripada 3,000 orang Pemimpin, kami mencipta rekod baharu untuk “Penyertaan Terbesar Dalam Acara Menyediakan Minuman Kocak Protein” di Malaysia. Dua orang pegawai turut hadir untuk menyampaikan sijil rasmi kepada Mike Duong untuk memperingati majlis itu.

Amway Malaysia sets a new record for the “Largest Participation In A Protein Shake Making Event” in the Malaysia Book of Records.jpg

Selepas makan malam, para Pemimpin dijemput untuk bersantai dan meraikan segala usaha mereka pada tahun lalu di Parti Selepas Acara. Pemimpin dari semua peringkat umur mula menari dengan menunjukkan gerak tari mereka sambil mengikut alunan rancak yang mengakhiri hari tersebut dengan penuh bersejarah.