Floating Icon
06 JAN 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 148 LIHAT 1 BERKONGSI

Menggabungkan Digital Dan Fizikal

Bagaimana Mencipta Ekosistem Digital Anda Sendiri

Dalam era digital, memacu kejayaan perniagaan sangat berkaitan dengan memanfaatkan alat digital. Tetapi bagaimana jika anda tidak pasti alat mana yang tersedia?

Atau bagaimana jika anda tahu ia wujud tetapi tidak pasti yang mana hendak digunakan, bila atau untuk apa? Mari lihat bagaimana dan bila hendak menggabungkan dunia dalam talian dan luar talian untuk membina ekosistem digital yang membantu menyokong komuniti anda.


Apakah yang kita tahu?

Menurut Statista*, 1.8 bilion orang di seluruh dunia membeli barang secara dalam talian pada 2018 iaitu peningkatan 7.8% daripada tahun sebelumnya. Dengan kata lain, semakin ramai orang mencari di dalam talian untuk mengkaji, meneroka dan membeli. Namun itu hanya sebahagian daripada persoalannya.

More people are looking online to research discover and buy.jpg

Pengguna moden yang dibanjiri dengan pelbagai pilihan dalam talian juga mencari hubungan, dialog dan pengalaman yang tulen. Ini bermaksud, untuk mencapai kejayaan digital, anda harus berfikir secara O2O (penyelesaian dalam talian ke luar talian) dan menggabungkan dunia anda untuk membina, menyokong dan melibatkan komuniti anda.


Menghubungkan yang terpisah – gaya O2O!

Pendekatannya mudah: pastikan apa sahaja yang anda hantar di dalam talian menyokong apa yang anda lakukan di luar talian supaya apa sahaja yang anda lakukan di luar talian membawa kepada lebih banyak penglibatan di dalam talian. Tambahan lagi, saluran media sosial tidak seharusnya digunakan sebagai platform untuk merekrut atau menjual. Sebaliknya, ia merupakan alat kesedaran, penjenamaan, pembinaan kepercayaan dan komunikasi yang hebat.

Persekitaran luar talian seperti demonstrasi produk, menawarkan peluang yang lebih baik untuk memulakan perbualan atau menjual tetapi harus disokong oleh aktiviti dalam talian anda. Pada dasarnya, anda mahu ekosistem O2O menyokong komuniti anda memperoleh semua maklumat dan sumber yang mereka anggap bermanfaat. Biasakan diri anda dengan Standard Komunikasi Digital Amway yang menerangkan peraturan dan standard tentang tingkah laku ABO dalam dunia digital.

Ensure that anything you post online supports what you do offline and vice versa.jpg

Empat contoh O2O

  1. Mengumumkan pelancaran berita dan produk – Berkongsi gambar di sebalik tabir produk baru di dalam talian (cth. Facebook) dan melibatkan komuniti anda dalam perbualan spontan. Apabila bertemu pelanggan, halakan mereka ke media sosial anda dan maklumkan kepada mereka tentang Amway website.
  2. Melakukan demonstrasi dan tutorial – Kongsi video tutorial di dalam talian (cth. Instagram). Apabila menganjurkan demonstrasi secara bersemuka, tanyakan tentang tutorial atau kandungan yang pelanggan anda mahu lihat, kemudian cipta (atau cari) dan kongsikan secara digital (cth. melalui WhatsApp).
  3. Mengoptimumkan aktiviti perniagaan – Buat kumpulan WhatsApp dengan ABO atasan, ABO bawahan atau gabungan rakan perniagaan atau usahawan dan aturkan pertemuan di luar talian untuk berkongsi idea, inspirasi dan sumber. Terus berhubung dan berkongsi wawasan dan kejayaan secara digital dan bersemuka.
  4. Melibatkan pelanggan dan prospek baru – Jangan gunakan media sosial untuk merekrut prospek atau pelanggan, sebaliknya gunakan untuk menunjukkan kehadiran. Apabila mendekati prospek atau pelanggan baru, lakukannya melalui hubungan semula jadi. Contohnya, sertai kumpulan berbasikal dan bawa setin XS. Jika anda rasa mereka berminat, kongsi akaun media sosial dan laman web Amway untuk melengkapkan pengalaman itu.


Berikut adalah panduan pantas untuk saluran media sosial:

Facebook logo.jpg
Facebook – bagus untuk menghantar foto, video dan artikel serta menarik penglibatan masyarakat

Instagram logo.jpg
Instagram – cara yang berkuasa untuk berkongsi imej gaya hidup dan produk yang tulen untuk membina kesedaran tentang kehidupan dan minat anda

Youtube logo.jpg
YouTube – platform mudah untuk memuat naik kandungan video yang hebat untuk menarik minat pengguna di seluruh dunia

Twitter logo.jpg
Twitter – sistem “microblogging” yang popular untuk kandungan ringkas yang mendorong maklum balas dan interaksi

Pinterest logo.jpg
Pinterest – saluran yang hebat untuk menghimpunkan inspirasi, idea dan imej produk yang boleh dikongsi dengan pelanggan yang terlibat

Whatsapp logo.jpg
WhatsApp – alat komunikasi yang menyokong imej, video dan pautan untuk memastikan komuniti anda sentiasa termaklum dan berhubung

Snapchat Tiktok logo.jpg
Snapchat dan TikTok – saluran komunikasi foto dan video yang popular dalam kalangan pengguna muda


* Sumber: Statista – E-commerce worldwide, Statistics & Facts