Floating Icon
11 MAY 2023 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 205 LIHAT 51 BERKONGSI

SERLAHKAN DIRI YANG TERBAIK dengan Kempen Penjenamaan Seluruh Negara Nutrilite

Amway adalah tentang memperkasakan individu untuk menjalani kehidupan mereka sepenuhnya. Ini dicerminkan dalam pendekatan perniagaan kami yang tersendiri serta produk Nutrilite yang telah menambah baik kesejahteraan ramai individu di seluruh dunia.

Untuk meraikannya, kami teruja untuk mengumumkan kempen "Serlahkan Diri yang Terbaik" mulai Mei hingga Disember 2023. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kepuasan dalam kalangan orang awam terhadap jenama Nutrilite yang akan memberikan anda serta ABO yang dikasihi, lebih kredibiliti dan keyakinan apabila memperkenalkan jenama Nutrilite dan produknya. Malah, dapat membangkitkan semula semangat jenama kami dengan menggalakkan gaya hidup aktif. Sudah tiba masanya untuk mencapai matlamat kesihatan kita bersama-sama!

Serlahkan Diri yang Terbaik

Slogan untuk kempen tersebut ialah “Serlahkan Diri yang Terbaik” yang menggambarkan komitmen untuk membantu semua orang menyerlahkan diri mereka yang terbaik. Walaupun sesetengah orang mungkin merasakan ini hanya dicapai melalui penggunaan produk dan suplemen, kami tahu Nutrilite boleh menawarkan lebih daripada itu. Inilah sebabnya kami komited untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik dengan menyediakan penyelesaian jangka panjang.

Ini termasuk ABO kami juga, yang memperjuangkan jenama dan produk kami sambil meningkatkan kesedaran tentang perkara yang kami lakukan dan penyelesaian yang kami tawarkan. Di Nutrilite, kami amat mempercayai bahawa ‘Kesihatan adalah Kekayaan’ kerana dengan kesihatan yang baik anda bersedia untuk mencapai segala-gala yang anda tetapkan untuk dicapai.

Wira Negara Kita

Semangat jenama untuk membantu komuniti melangkaui apa yang dijangkakan sama seperti duta jenama atlet mereka. Duta jenama yang dipilih untuk kempen ini ialah Goh Sze Fei, pemain badminton negara kita, Nur Dhabitah Sabri, penerjun negara kita dan Shahrul Saad, pemain bola sepak negara kita. Atlet ini dipilih kerana minat dan kejayaan mereka dalam bidang mereka sendiri serta imej mereka yang mesra orang ramai, selari dengan semangat jenama Nutrilite.

Goh Sze Fei yang menduduki tempat ke-3 dalam Terbuka Malaysia 2022 merupakan bintang yang semakin meningkat naik dalam dunia badminton. Nur Dhabitah Sabri juga yang menduduki tempat ke-3 dalam Kejohanan Dunia 2022 merupakan penerjun muda berpotensi yang turut menempa nama untuk dirinya sendiri dalam arena terjun antarabangsa. Shahrul Saad yang mengetuai JDT FC menjuarai Piala Super 2022 merupakan pemain bola sepak yang berkemahiran serta sangat disayangi oleh ramai peminat bola sepak di Malaysia.

Kami telah menghasilkan video jenama yang menampilkan tiga atlet negara sedang dilancarkan secara digital di seluruh negara. Video tersebut memaparkan dedikasi atlet berkenaan terhadap kemahiran mereka dan cara Nutrilite membantu mereka mencapai matlamat mereka dan banyak lagi. Kami berharap video ini dapat memberi inspirasi kepada anda dan semua orang di sekeliling anda untuk meneruskan gaya hidup aktif dan sihat. Jadi, kongsikan video dengan mereka!

Sementara itu, lawati Hub Maklumat kami untuk lebih banyak aset bagi menyokong perniagaan anda melalui kempen Serlahkan Diri yang Terbaik. Anda akan menemui banyak sumber yang dipilih susun oleh Nutrilite bagi membantu anda memanfaatkan sepenuhnya kempen kami.

Ini hanyalah permulaan kempen kami – anggaplah ia sebagai pembuka selera. Kami mempunyai banyak rancangan dan idea yang hebat dalam usaha ini dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk menunjukkannya kepada anda. Oleh itu, nantikan aktiviti pengaktifan jenama yang lebih menarik sepanjang 2023! Sudah tentu anda tidak mahu terlepas segala yang tersedia untuk anda. Pastikan anda kongsikan berita hebat ini dengan semua ABO bawahan anda juga!