Floating Icon
16 NOV 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 377 LIHAT 4 BERKONGSI

Cara Menaja Dan Mengalu-alukan Kemasukan ABO Baru Dari Jarak Jauh

Kita semua sedang menyesuaikan diri dengan cara hidup baru dan bekerja dalam keadaan normal yang baru. Syukurlah, walaupun banyak perkara yang tidak menentu, namun kejayaan anda sebagai Pemilik Perniagaan Amway tidak semestinya dan tidak perlu ditangguhkan sekiranya anda bekerja dari rumah.

Menghabiskan lebih banyak masa di rumah memberi anda peluang untuk menilai semula, mengatur strategi malah mengembangkan rangkaian anda dengan menaja dan mengalu-alukan kemasukan ABO baru dengan jayanya. 

Ya, ia memerlukan sedikit pemikiran keusahawanan yang kreatif untuk mengendalikan dalam cara baru tetapi kami percaya bahawa keupayaan untuk menyesuaikan dan melaksanakan proses normal baru anda dari perspektif baru boleh memberikan lebih banyak kejayaan.


Being_adaptable_can_bring_about_even_more_success.jpg


1. Bersosial (Secara Digital)

Gunakan masa ini sebagai peluang untuk berhubung semula dengan rangkaian semasa anda, jadi hubungi kenalan anda di mana sahaja dan aturkan pertemuan panggilan video. Kita dahagakan hubungan insan pada masa ini, oleh itu bertemulah dan bercakaplah dengan seseorang secara langsung (walaupun melalui panggilan video), berbanding melalui e-mel, tunjukkan yang anda mengambil berat dan benar-benar ikhlas bertanya khabar. 

Pastikan panggilan anda atas dasar satu dengan satu atau hulurkan jemputan kepada kumpulan kecil. Ini akan menggalakkan perbualan tanpa menimbulkan kekacauan semasa panggilan.

Anda boleh mencari orang dalam rangkaian dan komuniti anda menggunakan pelbagai platform sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan juga kumpulan komuniti tempatan. Sebarkan mesej ini. Hubungi mereka yang dibenarkan untuk anda hubungi.


2. Amalkan Promosi Kendiri

Apabila anda tidak dapat keluar dan bertemu orang baru secara bersemuka, adalah bagus untuk mewujudkan kehadiran dalam talian agar pelanggan baru yang berpotensi dan prospek anda dapat mengenali anda dengan lebih baik. 

Apa kata mulakan blog di mana anda boleh berbicara tentang produk dan berkongsi pengetahuan anda? Sebagai alternatif, Instagram adalah cara yang bijak untuk berhubung dengan orang ramai.

Anda boleh berkongsi kepakaran anda dalam kapsyen dan juga memuat naik IGTV pendek di mana anda boleh memberikan maklumat mendalam tentang bekerja dan membeli-belah dengan Amway serta memberi maklum balas kepada soalan daripada pengikut anda.

Instagram membenarkan anda menggunakan sehingga 30 tanda pagar setiap hantaran, jadi manfaatkan sepenuhnya dan gunakan yang paling relevan dengan hantaran anda. Dan ingat, profil media sosial anda boleh dianggap sebagai kad perniagaan digital anda, oleh itu pastikannya betul dari awal!


3. Buat ABO Baru Berasa Dialu-alukan

Sekali lagi panggilan video menjadi penyelamat. Jadualkan perjumpaan dan sambut ABO baru sambil mengalu-alukan mereka ke dalam Amway dan perkenalkan mereka kepada ABO lain. Kesedaran berkomuniti adalah mustahak buat masa ini dan ini adalah cara yang bagus untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong dan inklusif bagi ABO baru.

Gunakan masa ini dengan ABO baru anda untuk bertanyakan soalan dan bimbing mereka untuk maju ke hadapan. Kekalkan kesedaran berkomuniti itu walaupun setelah anda mengakhiri panggilan dengan mengundang ABO baru itu ke dalam kumpulan di Facebook atau WhatsApp.


4. Hidupkan Manfaat Amway

Teknologi bertujuan menjadikan hidup kita lebih mudah dan ia dapat menunjukkan banyak kelebihan Amway kepada ABO baru. Aplikasi Switch, Share, Duplicate Amway (dikenali juga sebagai SSD) adalah simulator pelan Penjualan dan Pemasaran (Pelan Teras) yang membolehkan anda menunjukkan keberuntungan menggunakan produk Amway.

Terutamanya apabila orang ramai kini menilai semula gaya hidup semasa mereka, ia menghidupkan Peluang Perniagaan Amway dalam cara yang rapi dan profesional…dan tersedia bila-bila masa dan di mana jua! 

Dengan menghubungkan telefon atau tablet anda ke komputer, anda boleh berkongsi aplikasi ini melalui mesyuarat digital dan menunjukkan secara langsung kepada pelanggan sedia ada, ketika mencari prospek dan ABO baru tentang bagaimana mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya tawaran perniagaan Amway yang unik ini.

Alat SSD tersedia dalam aplikasi Amway Central Malaysia, pastikan memuat turunnya dengan iOS atau Android.

Satu lagi alat yang hebat untuk perjumpaan maya ialah aplikasi Kecantikan Maya ARTISTRY! Jika anda merancang parti kecantikan maya dengan pelanggan anda, minta keputusan kulit mereka diperiksa terlebih dahulu. Mereka kemudiannya boleh menerima sampel yang bersesuaian daripada anda dan memanfaatkan sebaik-baiknya pesta maya ini.

Muat turun aplikasi hebat ini sama ada dengan iOS atau Android.

Tip: Untuk berkongsi aplikasi mudah alih anda pada skrin anda semasa panggilan, aplikasi pencerminan skrin seperti Reflector (untuk iOS) atau  Vysor (untuk Android) dapat membantu.