Floating Icon
09 JUL 2021 ACARA 2 MINIT BACA 136 LIHAT 0 BERKONGSI

Inilah yang Diperkatakan oleh Pakar di eRali Atmosphere Mini!

Atmosphere_Mini_e-Rally_Event_had_a_whopping_3_000_shares_and_6.8K_comments.jpg

Malam Sabtu, 26 Jun 2021 dipenuhi dengan keterujaan apabila ramai penonton mengikuti halaman Facebook Amway Malaysia untuk acara langsung yang menarik iaitu eRali Atmosphere Mini!

Dengan penampilan secara maya oleh penceramah terhormat seperti Dr. Wong Chee Kuan, Bill Luke, Pengarah Jabatan Peranti Kesejahteraan Amway dan pemimpin yang berinspirasi Dr. Ignatius Augustine, acara ini menjadi salah satu kemuncak bulan ini.

eRali Atmosphere Mini menawarkan peluang kepada penonton kami yang gemar untuk meneroka dan mempelajari daripada pakar cara Sistem Rawatan Udara Mini Atmosphere membantu meningkatkan kualiti udara dalaman untuk udara yang lebih segar dalam setiap nafas.

Selain itu, mereka yang menyertai acara langsung ini mempunyai peluang yang luar biasa untuk membawa pulang baucar RM200 atau S$70 sebagai hadiah melalui Peraduan Mengapa Anda Menyukai Atmosphere Mini yang diadakan semasa acara maya tersebut berlangsung. Sokongan daripada penonton kami lebih daripada yang dijangkakan apabila lebih daripada 3,000 perkongsian dan 6.8K komen dibuat mengenai sebab Atmosphere Mini disukai oleh semua.


Why_You_Love_Atmosphere_Mini_Contest_Winners.jpg

Pemenang Peraduan Mengapa Anda Menyukai Atmosphere Mini

  1. Jenny Soo
  2. Nurizyan Zawanah Kamaruddin
  3. Lim Lay Hong
  4. Ahmad Faiz Ahmad Hafiz
  5. Victoria Jayanthi Danker

Bermula tepat pada jam 8 malam, video langsung bermula dengan fakta yang membuka mata mengenai pencemaran udara. Malah, tahukah anda bahawa pencemaran udara adalah punca kematian 1 dalam 9 orang rakyat Malaysia? Amat memeranjatkan!

Lebih-lebih lagi, ia bukan sahaja udara dalaman yang tercemar. Malah, seringkali udara dalaman di kediaman kita dan pejabat tercemar dengan habuk, epidermis haiwan peliharaan, asap dan bahan cemar lain – cuma kita tidak mengetahuinya dan keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang teruk kepada kesihatan kita.


Dr._Wong_explaining_how_air_pollution_affects_the_body’s_respiratory_system.jpg

Selepas video pengenalan terus menjelaskan pelbagai sumber pencemaran udara dalaman, terdapat momen yang menggelikan hati diselitkan semasa eRali tersebut, apabila pengacara pada malam itu mencuba pelbagai kaedah “Diluluskan WhatsApp” untuk membersihkan udara seperti menggunakan bawang dan air panas untuk meningkatkan kualiti udara. Mujurlah, Dr. Wong yang merupakan pakar dalam Perubatan Dalaman dan Pernafasan di Pusat Pakar UM menyelamatkan keadaan dengan pendapat perubatannya mengenai cara pencemaran udara menjejaskan sistem pernafasan badan.

“Paru-paru kita sering terdedah kepada persekitaran luar dan jika kualiti udara tidak baik, paru-paru kita akan bekerja lebih kuat untuk memastikan badan kita selamat daripada bahan cemar berbahaya,” kata Dr. Wong.


Bill_Luke_Amway’s_Director_of_Wellness_Device_Department_points_out_that_not_all_air_purifiers_are_built_equal.jpg

Salah satu cara yang mudah untuk mencegah pencemaran udara daripada membahayakan badan ialah melabur dalam penulen udara yang berkualiti tinggi. Namun begitu tidak semua penulen udara dibangunkan setara dan ketika itulah Bill menjawab beberapa soalan lazim mengenai penulen udara. Satu perkara yang harus ditekankan ialah kepentingan untuk memberikan perhatian kepada penuras di dalam penulen udara.

Kebanyakan penuras menyingkirkan partikel berbahaya yang lebih besar tetapi partikel yang kecil yang boleh melepasi pertahanan semula jadi badan perlu diberikan perhatian, jelasnya. Di sinilah Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini mempunyai kelebihan berbanding penulen udara yang seumpamanya dibina iaitu untuk menulenkan udara dalam bilik yang lebih kecil dengan berkesan.

“Penuras partikel Atmosphere Mini dapat menyingkirkan dengan berkesan 99.99% partikel sekecil 0.0024 mikron iaitu kira-kira 30,000 kali lebih kecil daripada sehelai rambut manusia dan mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar kimia daripada udara yang melalui unit,” jelas Bill. “Atmosphere Mini mempunyai Kadar Penghantaran Udara Bersih atau CADR lebih daripada 130cfm, yang membuatkannya cukup berkuasa untuk membersihkan bilik bersaiz 200 kaki persegi dengan kecekapan 100%.”


Dr._Ignatius_Augustine_points_out_the_USPs_that_makes_Atmosphere_the_world’s_No._1_selling_air_purifier.jpg

Oleh itu, tidak hairanlah Atmostphere menjadi penulen udara No. 1 di dunia dari segi jualan dan itu turut dipersetujui oleh pemimpin yang berinspirasi Dr. Ignatius Augustine. “Anda telah membuat pilihan yang paling bijak dalam kehidupan anda dengan memilih Amway” tambahnya.


Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Atmosphere Mini baru.