Floating Icon
19 OCT 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 179 LIHAT 0 BERKONGSI

Trend Kesihatan & Pemakanan Untuk Dekad Akan Datang

Apakah Perubahan Kesihatan Dan Pemakanan Yang Akan Muncul Pada Dekad Akan Datang?

Perubahan kalendar tahun ini sangat besar, bukan sekadar tahun baru tetapi juga dekad baru. Ketika kita melihat kembali trend kesihatan sepanjang 10 tahun yang lalu, timbul satu persoalan besar: Apakah perubahan kesihatan dan pemakanan yang akan muncul pada dekad akan datang?

Untuk membantu kami meneliti trend ini, kami bertanya kepada Holiday Zanetti, saintis penyelidikan kanan dan penyiasat klinikal suplemen jenama Nutrilite.

Ada beberapa alihan gaya hidup dan kesejahteraan yang sudah mula mendapat tempat, katanya. Berikut adalah antara yang diramalkan akan bertahan dalam dekad yang akan datang.



The_number_of_people_turning_to_plant_based_eating_is_increasing.jpg

Makan berasaskan tumbuhan

Bilangan orang yang beralih kepada makanan berasaskan tumbuhan akan terus meningkat, kata Holiday. Ini kerana orang memilih makanan tanpa daging, menukar makanan tumbuhan daripada tenusu, daging dan jenis bahan lain sebagai cara untuk mencapai kesihatan yang lebih baik.



The_market_for_wearable_tech_used_to_monitor_your_health_is_booming.jpg

Teknologi boleh dipakai

Sama ada jam tangan pintar, alat penjejak kecergasan atau cip pada pakaian atau kasut anda, pasaran untuk teknologi boleh dipakai yang digunakan untuk memantau kesihatan anda akan berkembang pesat, ramal Holiday.

Sama ada anda menjejaki tidur, kadar denyut jantung, aktiviti fizikal atau jendela kesuburan, ini aspek yang semakin menarik minat orang yang berusaha mengatur dan menganalisis data kesihatan mereka.

Di samping itu, minat terhadap aplikasi pemakanan, pengurusan berat badan dan latihan yang diperibadikan juga meningkat, katanya.



Meal_delivery_kits_are_becoming_popular_and_ideal_for_busy_families.jpg

Kit penghantaran makanan

Di Amerika Syarikat, langganan makanan sebegini semakin diminati. Hanya jawab beberapa soalan tentang apa yang anda suka makan dan kotak yang dipenuhi dengan bahan-bahan segar dan resipi yang mudah diikuti mula muncul di pintu rumah anda.

“Saya rasa trend ini akan terus popular, terutamanya dalam kalangan keluarga yang bekerja yang berminat dengan pilihan yang cepat sekurang-kurangnya beberapa kali dalam seminggu,” katanya. “Tambahan pula, ia pilihan yang sangat baik untuk meminimumkan sisa makanan dan tentunya sangat menarik bagi orang yang kurang pengalaman di dapur tetapi mahu makan sesuatu yang enak dan boleh disesuaikan dengan keperluan diet mereka.”

Namun, dia mengingatkan walaupun harganya lebih murah daripada memesan makanan yang sama di restoran, anda tetap membayar lebih banyak untuk membolehkan semuanya dibungkus dan dihantar



Where_do_product_ingredients_come_from_and_what_are_they.jpg

Kata kunci: Kebolehkesanan, ketelusan, organik, sokongan

“Pengguna pada hari ini mahu tahu dari mana datangnya bahan-bahan sesuatu produk, apa bahan-bahannya dan apa kesannya terhadap alam sekitar.”

Ramai pengguna mahu mengurangkan bungkusan dan mahu tahu bahawa syarikat-syarikat dan kerajaan mengambil kira perubahan iklim atau kesan persekitaran dalam memutuskan bagaimana makanan ditanam, diproses dan dihantar.

Keselamatan makanan juga semakin dititikberatkan, jadi pengguna mencari syarikat yang memfokus pada ketelusan dan keboleh kesanan untuk memastikan keselamatan.

Selain itu, semakin ramai pengguna tertarik dengan idea untuk berbakti melalui kuasa beli mereka. Masyarakat ingin tahu jika mereka membeli produk tertentu, syarikat itu kemudiannya akan melakukan sesuatu yang positif untuk dunia, sama ada menanam pokok atau menyalurkan sejumlah wang kepada badan amal.



Proper_nutrition_and_daily_physical_activity_go_hand_in_hand.jpg

Keto, paleo, Whole30, dll

Walaupun ini adalah diet kegemaran masa kini, sejarah memberitahu kita bahawa akan ada diet baru yang mengambil tempat itu tidak lama lagi. Prospek pelan diet baru yang mengubah kehidupan adalah tarikan kuat bagi ramai orang, walaupun mereka tahu ia mungkin bukan penyelesaian jangka panjang yang baik.

“Secara ideal, pemakanan yang sihat secara keseluruhan akan terus diamalkan dan menjadi cara hidup yang diterima tetapi itu mungkin terlalu mudah,” kata Holiday. “Pengguna sentiasa mencari sesuatu yang baru dan berbeza untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik dalam jangka pendek.”

Walaupun nasihat diet dan pelangsingan ikut-ikutan akan datang dan pergi, pemakanan yang betul (makan diet yang seimbang) dan aktiviti fizikal harian akan tetap menjadi komponen penting dalam mana-mana program pengurusan berat badan yang berkesan.



Food_made_from_other_food_is_becoming_a_popular_trend.jpg

Makanan yang diperbuat daripada makanan lain

Kategori baru ini termasuk makanan seperti pasta yang diperbuat daripada kacang atau kacang kuda atau balutan yang diperbuat dari telur dan keju. Ini trend yang dijangka akan berterusan kerana idea tentang bahan-bahan alternatif terus berkembang.

“Banyak syarikat makanan melihat trend makanan berasaskan tumbuhan dan kelestarian dan pastinya mereka memenuhi permintaannya,” kata Holiday. “Pasta yang diperbuat daripada kacang boleh menjadi pilihan yang lebih baik berbanding tepung halus tradisional kerana kebanyakan produk sebegini mengandungi lebih banyak serat.”

Namun begitu, alternatif berasaskan tumbuhan tidak selalunya pilihan yang lebih baik, katanya. Kadangkala ia perlu menjalani lebih banyak proses daripada versi bukan tumbuhan, mungkin lebih berbahaya kepada alam sekitar, malah mungkin mempunyai profil nutrisi yang lebih teruk daripada bahan asalnya.

Contohnya, susu badam. Sesetengah jenama tidak diperkuat jadi ia hanya membekalkan sedikit khasiat dan mungkin menjejaskan persekitaran untuk masa yang lama dari aspek air yang diperlukan untuk menanam pokok dan menghasilkan susu berkenaan.



Plant_based_supplements_with_herbal_and_botanical_ingredients_take_top_honours.jpg

Suplemen berasaskan tumbuhan

Suplemen berasaskan tumbuhan dengan bahan-bahan herba dan botani memperoleh penghormatan tertinggi menjelang dekad baru, kata Holiday. Selain itu, trend terbesar dalam permintaan suplemen ialah pengguna yang mencari produk berkualiti dan dipercayai yang mengandungi bahan-bahan yang telus dan boleh dijejaki.

Jenama Nutrilite telah memenuhi permintaan ini selama berdekad-dekad dan baru-baru ini melancarkan usaha untuk berkongsi kisah kebolehjejakannya dengan pengguna. Ia memperincikan proses yang dilalui bahan-bahan botani dari ladang-ladang yang ditanami herba, buah-buahan dan sayur-sayuran hingga menjadi produk yang sampai ke tangan pengguna. 

Tinjau di sebalik labelnya dengan Nutrilite! Ketahui mengapa pentingnya untuk mengetahui dari mana suplemen anda berasal dan lakukannya bersama kami! Kunjungi  https://traceability.nutrilite.com.my/