Floating Icon
31 DEC 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 178 LIHAT 0 BERKONGSI

Ubah Keghairahan Menjadi Keuntungan

Seorang bijak pernah berkata, “Lakukan apa yang anda suka dan anda tidak perlu bekerja lagi sepanjang hidup anda.” Prinsip yang sama boleh diterapkan untuk bekerja dengan pelanggan: jika anda berkongsi apa yang anda suka dan disertai dengan kemurahan hati, hubungan dan sikap suka menolong, anda tidak perlu mendesak untuk mendapatkan jualan.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana hendak melakukannya, anda bernasib baik. Kami menawarkan lima petua ringkas tentang cara berhubung, menggabungkan produk, memberikan tanggapan yang baik, bercakap tentang harga dan mengubah keghairahan anda menjadi keuntungan:


Seek-to-listen-and-connect.jpg

1. Berusaha untuk mendengar dan berhubung

Lihat lebih dalam untuk memahami pelanggan. Bagaimanakah gaya hidup mereka? Apakah jenis benda yang mereka perlukan atau adakah mereka rasa ia berguna? Adakah mereka berusaha menjalani kehidupan yang lebih sihat? Adakah mereka mengutamakan keluarga dan minat memasak? Cari persamaan dengan pelanggan serta pengalaman, minat dan keghairahan yang anda kongsi dengan mereka. Kemudian ajukan soalan untuk memahami lebih mendalam. Contohnya, gunakan undian dalam talian yang ringkas untuk mengenal pasti keperluan dan kebimbangan serta pertimbangkan bagaimana anda hendak menanganinya.


Get-personal.jpg

2. Kenali peribadi

Jangan senaraikan semua produk dan manfaat yang boleh anda fikirkan. Sebaliknya, pilih produk yang sesuai dengan gaya hidup pelanggan. Apabila bercakap tentang manfaat pula, memenuhi keperluan setiap pelanggan. Ingat undian anda tadi? Gunakan keputusannya dan gabungkan dengan kisah peribadi dan testimoni untuk memenuhi keperluan khusus dengan cara yang ikhlas dan peribadi. Ingat, semasa menggunakan media sosial, sentiasa patuhi DCS.

Petua: Buat dan hantar video pendek tentang cara-cara dan kehidupan nyata, untuk sentuhan peribadi.


Bundle-it-up.jpg

3. Gabungkan!

Idea yang baik untuk menunjukkan kepada pelanggan yang anda memahami dan prihatin tentang keperluan unik mereka adalah dengan membuat pakej peribadi. Mulakan dengan memperkenalkan produk yang ringkas dan mudah difahami. Contohnya, Nutrilite Bio C Plus All Day Formula untuk menguatkan keimunan. Sesuaikan cara anda bercakap tentang produk itu, berdasarkan musim atau keadaan untuk menjadikan manfaat yang anda sebutkan boleh diterapkan dan diakses oleh pelanggan anda.

Seterusnya, fikirkan penyelesaian pelengkap, termasuk produk kategori lain yang mungkin memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan berkenaan. Contohnya, jika pelanggan anda mementingkan kehidupan sihat, mungkin selain produk Nutrilite sebutkan Sistem Rawatan Air eSpring atau Atmosphere SKY

Jika mereka orang yang sibuk tetapi ingin tampil menarik dengan usaha minimum di samping mengekalkan diet mereka, mungkin Nutrilite DOUBLE X dan juga ARTISTRY STUDIO Bangkok Edition Mascara Base Primer dan ARTISTRY STUDIO NYC Edition Lash Boosting 3-in-1 Mascara adalah kombinasi tepat yang mereka mahukan.


4. Cipta pengalaman dan kongsikan

Kalau sudah lihat baru boleh percaya, jadi jangan segan untuk membiarkan pelanggan mengalami sendiri produk tersebut. Gunakan pengalaman peribadi anda serta tulus dan ikhlas dalam berkongsi keghairahan dalam konteks gaya hidup yang sesuai. Bawa sampel dan tawarkan petua dalaman tentang cara mendapatkan hasil yang terbaik. Biarkan pelanggan anda berinteraksi dan berseronok! Kemudian, teruskan perbualan dengan melibatkan diri dalam komuniti anda di dalam dan di luar talian.

Petua: Kongsi kandungan berharga seperti hantaran daripada media sosial Amway, Nutrilite atau ARTISTRY dan laman web rasmi Amway!

Berikut adalah halaman untuk dilayari dan membolehkan anda memulakan langkah:

https://nutrilite.com.my/

https://www.facebook.com/NutriliteMalaysia

https://bodykey.my/

https://www.instagram.com/artistry_msb/

https://www.instagram.com/bodykeyxsynergy/


Talk-price-.jpg

5. Bercakap tentang harga (tetapi tanpa tekanan)!

Jangan takut untuk bercakap tentang topik yang sukar. Walaupun harga mungkin topik yang sensitif, ia perlu dibincangkan. Tambahan pula, jika anda tidak mendedahkan harga kepada pelanggan, mereka akan sedar ada sesuatu yang disembunyikan atau menganggap produk itu mahal dan anda berisiko hilang kepercayaan.

Apabila menyentuh tentang kos, jadikan harga munasabah dan dapat difahami – terutamanya untuk barangan mahal. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menjelaskan kos relatif dalam jangka panjang. Contohnya, apabila bercakap tentang eSpring, anda boleh menunjukkan bahawa selain memberikan potensi penjimatan jangka panjang, ia juga pelaburan untuk kesejahteraan anda dan kelestarian planet ini. Walaupun harga penting untuk mendapatkan jualan, jangan paksa orang untuk membeli, terutamanya dalam persekitaran kumpulan. Sebaliknya, turuti kehendak pelanggan anda dan pupuk hubungan itu.