Floating Icon
23 FEB 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 446 LIHAT 0 BERKONGSI

Mengikuti Asas Pengasas Kami

Selama lebih daripada 60 tahun, Amway telah mengikuti prinsip asal yang diturunkan berdekad lamanya oleh pengasas syarikat. Asas ini masih teguh dan hidup hari ini di dalam syarikat sama seperti sewaktu ia ditubuhkan pada 1959.

Empat nilai teras untuk syarikat adalah; Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran. Semangat di sebalik nilai-nilai ini amatlah jelas, terutamanya semasa kita mengimbau kembali apa yang pengasas dan penggantinya telah katakan mengenai beberapa asas perniagaan Amway.

Berkaitan Kebebasan, Amway percaya bahawa peluang peribadi dan peluang ekonomi berjalan seiringan, dan dengan Amway, seseorang itu boleh mendapat kebebasan untuk mengubah kehidupan mereka dengan memiliki perniagaan mereka sendiri.

Amway_Co_Founder_Rich_DeVos.jpg

"Dalam perniagaan ini, kami amat percayakan institusi keluarga untuk berusaha menjadikan penglibatan dalam Amway sesuatu yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan bukannya mengancam.” - Rich DeVos, Corner Stone.

"Dalam perniagaan ini buatlah kawan. Di mana sahaja anda pergi, apa jua yang ada lakukan, sama ada mereka membeli sesuatu, sama ada mereka mendaftar sebagai ahli, tidaklah penting. Buatlah kawan untuk perniagaan ini." - Doug DeVos, The Battle Goes On Speech.

Asas Keluarga merujuk kepada hakikat bahawa kita semua perlukan keluarga untuk membantu mendorong kita dala meneruskan usaha perniagaan kita dan Amway menyediakan keluarga global ini untuk menghormati dan menjaga satu sama lain untuk memupuk kejayaan.

"Walaupun di luar komuniti kita sendiri, warganegara dengan sikap yang positif mampu memberi impak yang sama terhadap negara dan bahkan dunia kita." - Rich DeVos, 10 Powerful Phrases for Positive People.

Doug_DeVos.jpg

"Masyarakat yang paling kuat menjadi kuat bukan disebabkan oleh pemimpin mereka, tetapi disebabkan orangnya." - Doug DeVos, 50th Anniversary.

"Memiliki perniagaan anda sendiri merupakan peluang untuk mengubah kehidupan anda. Dan jika anda boleh mengubah kehidupan anda, anda boleh mengubah dunia." - Steve Van Andel, 50th anniversary.

Ketiga, asas Harapan melambangkan keinginan syarikat memberi inspirasi kepada anda agar menanam impian yang lebih besar, untuk Amway mewujudkan persekitaran di mana harapan benar-benar dapat terus subur.

"Walaupun di luar komuniti kita sendiri, warganegara dengan sikap yang positif mampu memberi impak yang sama terhadap negara dan bahkan dunia kita." - Rich DeVos, 10 Powerful Phrases for Positive People.

"Masyarakat yang paling kuat menjadi kuat bukan disebabkan oleh pemimpin mereka, tetapi disebabkan orangnya." - Doug DeVos, 50th Anniversary.

Steve_Van_Andel.jpg

"Memiliki perniagaan anda sendiri merupakan peluang untuk mengubah kehidupan anda. Dan jika anda boleh mengubah kehidupan anda, anda boleh mengubah dunia." - Steve Van Andel, 50th anniversary.

Asas terakhir, Ganjaran menyasarkan untuk mewujudkan kepercayaan bahawa kebahagiaan dapat dicapai dengan baik melalui kejayaan yang diperolehi. Oleh itu, Amway memberikan ganjaran atas apa yang anda capai, dan juga apa yang anda bantu orang lain capai.

"Ganjaran melibatkan tindakan bersama iaitu memberi dan menerima. Ganjaran membantu kita berkembang. Sama ada sebagai pemberi atau penerima." - Rich DeVos, Foundation for Excellence – Founders.

Amway_Co_Founder_Jay_Van_Andel.jpg

"Nikmat terbesar bukannya datang daripada pemerolehan kebendaan yang tiada kesudahan tetapi apabila kita mencipta kekayaan dan memberikannya kepada orang lain." - Jay Van Andel, An Enterprising Life.