Floating Icon
09 MAR 2021 ACARA 2 MINIT BACA 128 LIHAT 0 BERKONGSI

eRali: Kuatkan Keimunan Anda Untuk Saluran Udara yang Lebih Baik

Kuatkan Keimunan. Bernafas dengan Saluran Udara yang Lebih Baik

Selalu jatuh sakit? Demam selesema, flu, batuk dan jangkitan yang kerap adalah amaran yang menandakan sistem imun dan kesihatan pernafasan yang lemah. Secara ringkasnya, ini adalah tanda bahawa anda tidak melindungi kesihatan dengan suplemen antikeradangan.

Itulah sebabnya sistem imun tubuh yang sihat dan kuat untuk meningkatkan daya tahan semula jadi tubuh terhadap penyakit sangat penting. Mujurlah di Nutrilite, kami menyatukan yang terbaik dari alam dan sains menerusi Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric.

Nutrilite Botanical Beverage Mix eRally 2021 3.jpg


Perangsang Tiga Kali Ganda untuk Saluran Udara yang Lebih Baik

Mengandungi kunyit, likuoris dan ceri aserola, minuman kesihatan ‘Timur bertemu Barat. Tradisional bertemu Moden’ ini terdiri daripada bahan-bahan semula jadi dan tradisional dari timur yang digandingkan dengan bahan-bahan botani dari barat dan disempurnakan oleh teknologi untuk membantu merangsang sistem imun anda.

Nutrilite Botanical Beverage Mix eRally 2021 Hosts.jpg

Untuk meraikan pelancaran produk ini dan menyediakan sesi pendidikan untuk ABO kami, dua penceramah pakar telah dijemput untuk berkongsi pengetahuan mendalam mereka dalam eRali yang berlangsung pada 5 Feb 2021 melalui laman Facebook Nutrilite Malaysia.


Timur bertemu Barat. Tradisional bertemu Moden.

Traditional Chinese Medicine expert CmDr Iko Chin.jpg

Untuk menjelaskan bahawa bahan-bahan tradisional dan herba yang digandingkan dengan penemuan sains utama ialah kunci untuk meningkatkan kesihatan seseorang ialah pakar Perubatan Tradisional Cina, CmDr Iko Chin.

Traditional food items such as petai contain many health benefits.jpg

Dr Chin berkata, masyarakat Cina, India dan Melayu telah lama menggunakan herba tradisional dalam makanan dan perubatan mereka. Contohnya, petai yang biasanya dimakan dengan sambal dan nasi juga mengandungi vitamin C dan sifat antioksidan yang bagus untuk membina keimunan.

Bahan masakan biasa yang lain ialah likuoris dan kunyit. Banyak digunakan dalam masakan Malaysia, kedua-duanya padat dengan sifat antikeradangan, antioksidan dan antibakteria. Akar likuoris mengandung asid glisirizik (disebut gliser-rizik) yang secara tradisional diambil untuk kesihatan pernafasan yang lebih baik, mengurangkan batuk dan meningkatkan bahan kimia di dalam tubuh kita untuk menyembuhkan ulser.

Sementara itu, kunyit mengandungi kurkumin dan digunakan secara meluas untuk merawat simptom seperti bersin, gatal, hidung berair, sesak hidung dan meningkatkan kesihatan pernafasan, tambah beliau.

Amway China Nutrition Investigation Senior Scientist Dr Junot Kan.jpg

Berkongsi pengetahuan selepas Dr Chin ialah Saintis Kanan Penyiasatan Pemakanan Amway China, Dr Junot Kan. Menjelaskan bahawa banyak penyelidikan dan penyiasatan telah dilakukan terhadap minuman Nutrilite ini, Dr Junot menekankan bahawa keberkesanan produk tersebut tidak hanya bergantung pada bahan aktifnya tetapi juga bagaimana bahan-bahan itu diperoleh dengan teliti.

“Ceri aserola dalam minuman ini dipetik ketika masih hijau kerana kandungan vitamin C-nya berada pada tahap puncak. Ini menunjukkan bahawa kami memilih bahan-bahan yang terbaik dan dipercayai sahaja untuk manfaat kesihatan maksimum.”

Nutrition Category Manager Joyce Tan.jpg

Marketing Head Joanne Chong.jpg

Selain penceramah pakar tadi, 1,500 orang penonton eRali ini turut menyaksikan kemas kini pemasaran dan Nutrilite daripada Ketua Jabatan Pemasaran, Joanne Chong dan Pengurus Kategori Pemakanan, Joyce Tan. Pada akhir eRali, 10 pemenang memenangi sekotak produk minuman ini selepas memberikan jawapan yang betul untuk kuiz kesihatan yang diadakan semasa acara berlangsung.

eRally Quiz Winners.jpg