Floating Icon
02 AUG 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 74 LIHAT 9 BERKONGSI

INTAN DING MIN TIEN & CHO HUI YIN

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.


Intan Ding Min Tien & Cho Hui Yin

KLUANG | LOH YAO CHUNG & TAN SU PIK SUE


Kejayaan Bergantung Pada Pemikiran Kita

DIAMOND-DING-MIN-TIEN-&-CHO-HUI-YIN-1.jpg

Saya dan isteri menamatkan pengajian di United Kingdom sebagai ahli farmasi. Isteri saya memperoleh biasiswa penuh kerajaan untuk pengajian tingginya manakala saya pula menerima biasiswa penuh untuk kursus prauniversiti di Malaysia.

Kami memulakan kerjaya pertama kami di hospital tetapi tidak lama kemudian kami menyedari bahawa ijazah profesional tidak menjamin kehidupan yang baik. Kami mencari-cari cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan sehinggalah kami bertemu dengan ABO atasan kami yang telah memperkenalkan kami kepada Amway.

Kami mendaftar sebagai ABO dengan matlamat awal untuk memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM500 sebulan. Kami menghadiri pelbagai mesyuarat dan acara untuk mempelajari selok-belok perniagaan dan bekerja keras walaupun pada mulanya keluarga dan rakan kami tidak begitu menyokong tindakan kami.

Kami mencapai Platinum Pengasas setelah bertungkus lumus selama tiga tahun untuk membangunkan perniagaan secara sambilan. Sejak itu, pendapatan Amway kami telah melebihi pendapatan yang kami peroleh sebagai ahli farmasi. Kami selamanya berterima kasih kepada mentor kami, Intan Eksekutif Pengasas Loh Foh Min & Tan Bee Ching atas bimbingan serta memberikan inspirasi kepada kami melalui gaya hidup dengan kebebasan kewangan mereka.

Perniagaan ini telah memberikan kami ganjaran dalam pelbagai cara, bukan sahaja dari segi kewangan. Kami juga melayakkan diri untuk menghadiri Seminar Kepiminan Amway di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Dubai, Australia, Alaska dan New Zealand – kesemuanya dibiayai oleh Amway.

Ketika pandemik melanda, kami berjaya mengatasi pelbagai cabaran dan ketidakpastian yang datang dan mencapai penyemat Zamrud dan Intan. Kami berpegang teguh pada kepercayaan yang kejayaan bergantung pada pemikiran kita. Hakikatnya, orang yang berjaya bukannya kurang masalah, mereka hanya bekerja lebih keras untuk mencari cara agar dapat mengatasi cabaran itu.

DIAMOND-DING-MIN-TIEN-&-CHO-HUI-YIN-9.jpg

Hari ini, kami menerajui sekumpulan orang daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan profesional yang bekerja keras bersamasama untuk merealisasikan impian kami. Matlamat kami adalah untuk membantu setiap ahli pasukan agar memanfaatkan potensi mereka sepenuhnya untuk menjadi Intan dan seterusnya kerana kami percaya bahawa kejayaan bukan diukur melalui jumlah wang yang anda peroleh tetapi berapa banyak kehidupan yang telah anda sentuh dan dorong.

DIAMOND-DING-MIN-TIEN-&-CHO-HUI-YIN-2.jpg

Perniagaan Amway kami telah memberikan kami kebebasan untuk meninggalkan pekerjaan kami, menjadi ibu bapa sepenuh masa kepada anak -anak kami dan dapat mengawal semula masa kami sepenuhnya. Lakukan perkara yang orang lain tidak akan lakukan hari ini, supaya anda boleh lakukan perkara yang orang lain tidak boleh lakukan esok!



“Orang yang berjaya bukannya kurang masalah, mereka hanya bekerja lebih keras untuk mencari cara agar dapat mengatasi cabaran.”