Floating Icon
10 MAY 2023 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 158 LIHAT 3 BERKONGSI

Komited Kepada Kelestarian – Bahagian 2



Dalam artikel kami yang lepas, kita telah mempelajari tentang dedikasi Amway untuk melindungi tumbuhan dan sumber semula jadi sebagai salah satu daripada keutamaannya dalam kelestarian alam sekitar. Bergerak menjangkau langkah-langkah pemuliharaan ke amalan pemulihan di atas tanah ladang organik yang diperakui dan menggalakkan usaha yang serupa daripada ladang rakan kongsi, syarikat terus menginovasi kaedah mampan dalam mengurus kesihatan tanah.

Sekarang, kita lihat dengan lebih dekat lagi langkahnya yang seterusnya:


Tindakan dan komitmen produk dan pembungkusan mampan

Teras bagi perjalanan kami ialah kepercayaan kami kepada kuasa tumbuhan yang menggalakkan kesejahteraan dan menyampaikan produk terbaik untuk menyokong pelanggan dalam perjalanan kesejahteraan mereka. Kami sedang berusaha untuk mencipta produk dan pembungkusan yang membolehkan pelanggan kami membuat pilihan yang dapat mengurangkan kesan alam sekitar – serta menjadikan Amway lebih mampan.



Dengan produk kami, kami…

  • Mempertimbangkan keseluruhan kitaran hayat dan sumber produk kami bagi membantu memaklumkan ciptaan produk yang mementingkan alam sekitar.
  • Mencipta produk menggunakan bahan yang dipilih dengan teliti, mengambil kira kepentingan orang ramai dan planet. Sebagai contoh, rumusan bilasan G&H baharu diperbuat daripada rumusan terbiodegradasi yang menjadikannya lebih selamat untuk laluan air kita.



Dengan pembungkusan kami, kami…

  • Seboleh-bolehnya mengurangkan penggunaan plastik. Kami juga berusaha untuk menggunakan lebih banyak kandungan kitar semula pasca pengguna (PCR) dan mereka bentuk pembungkusan yang menjadikan kitar semula lebih mudah. Sebagai contoh: O Botol produk penjagaan badan dan bayi G&H mengandungi 30% plastik kitar semula pasca pengguna1. Botol dan karton juga boleh dikitar semula2. O Pembungkusan ARTISTRY SKIN NUTRITION di peringkat global telah menghapuskan 21% plastik berbanding barisan produk ARTISTRY sebelum ini3. . Penggunaan plastik tahunan untuk semua barisan SKU telah dikurangkan sebanyak 130,930kg walaupun menyediakan jumlah produk yang sama.
  • Kami sedang mengurangkan pembungkusan kertas. Sebagai contoh:

    • Pembungkusan ARTISTRY SKIN NUTRITION di peringkat global menjimatkan 23,925kg kertas setahun4dengan menghapuskan kebanyakan sisipan bermaklumat yang kini dicetak di bahagian dalam karton.
  • Mengurangkan sisa pembungkusan. Sebagai contoh, kebanyakan barisan pembuatan botol plastik kami mengisar semula dan menggunakan semula sekerap pembuatannya.

Sebenarnya Amway sentiasa menyasarkan untuk hidup dengan bertanggungjawab dan kami percaya dalam menyediakan pilihan yang boleh membantu orang lain melakukan perkara yang sama. Bagi kami, kelestarian merupakan perjalanan yang penuh dengan kemungkinan dan peluang untuk melakukan perubahan untuk planet – melalui tindakan kita sendiri dan memperkasakan ABO kami dan pelanggannya bagi mengurangkan kesan.



Melindungi tumbuhan dan sumber semula jadi, mereka bentuk produk dan pembungkusan yang lebih bertanggungjawab serta mengurangkan kesan ke atas operasi kami di peringkat global; ini merupakan keutamaan kami untuk menjadikan planet lebih baik hari ini. Orang di Amway telah lama melakukan penambahbaikan yang mementingkan alam sekitar di seluruh syarikat. Sasaran baharu kami bagi 2030 ialah untuk terus melindungi tanah dan air, mengurangkan pelepasan, memulihara sumber dan banyak lagi. Pastikan anda mengikuti perkembangan dan inisiatif baharu kami apabila perjalananan kami diteruskan!

Di Amway, kami melihat kelestarian sebagai perjalanan yang penuh dengan kemungkinan dan peluang untuk melakukan perubahan untuk planet. Untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan artikel kami yang seterusnya.

Nota:

1 G&H products produced in Ada, Michigan (USA) and G&H baby products produced in Korea.

2 Excludes pumps. Plastic bottles and paper packaging are recyclable where appropriate facilities exist.

3 ARTISTRY HYDRA-V, ARTISTRY YOUTH XTEND, ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA and ARTISTRY IDEAL RADIANCE.

4 2.27kg per 500-sheet paper ream.