Floating Icon
28 APR 2023 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 147 LIHAT 11 BERKONGSI

Komited Kepada Kelestarian – Bahagian 1

Amway sentiasa menyasarkan untuk hidup secara bertanggungjawab, dan kami percaya kepada menyediakan pilihan yang membantu orang ramai melakukan perkara yang sama. Bagi kami, kelestarian ialah perjalanan yang penuh dengan kemungkinan dan peluang untuk melakukan perubahan untuk planet ini – melalui tindakan kami sendiri serta memperkasa ABO dan pelanggan mereka untuk mengurangkan impaknya.



Melindungi tumbuh-tumbuhan dan sumber semula jadi, menghasilkan produk dan bungkusan yang lebih bertanggungjawab serta mengurangkan kesan operasi di peringkat global: inilah keutamaan kami untuk menjadikan planet ini lebih baik pada hari ini. Warga Amway telah lama melakukan penambahbaikan yang mementingkan alam sekitar di seluruh syarikat. Sasaran baharu kami sehingga 2030 akan terus melindungi tanih dan air, mengurangkan emisi, memulihara sumber dan banyak lagi.

Mahu menjejaki kemajuan dan inisiatif baharu kami ketika kami meneruskan perjalanan ini? Berikut ialah perkara yang perlu diperhatikan:



Tindakan dan komitmen tumbuhan yang lestari

Tumbuh-tumbuhan adalah keghairahan kami dan kami bersemangat untuk melindungi masa depannya! Kami bertekad untuk bergerak melangkaui langkah pemuliharaan ke amalan pemulihan di hampir 6,000 ekar (2,400 hektar) tanah ladang kami yang disahkan organik dan menggalakkan usaha yang serupa di ladang rakan kongsi kami. Petani kami sentiasa menginovasikan kaedah lestari dalam pengurusan kesihatan tanah.



Di tanah ladang kami sendiri, kami…

  • Mewujudkan bank benih untuk memulihara kepelbagaian botani utama, dan taman semaian untuk menanam pokok ceri aserola untuk memelihara DNA varieti aserola yang khusus.
  • Meningkatkan penggunaan tanaman penutup bumi dan mengurangkan pemugaran tanah untuk mengelakkan hakisan tanah atas dan membolehkan tanah ladang memerangkap lebih banyak karbon daripada udara.
  • Memulihara air dengan menggunakan meter air, sensor kelembapan dan data pusat cuaca untuk mengoptimumkan pengairan tanaman. Kami juga mengurangkan air yang digunakan dalam proses seperti pembersihan akar.
  • Melakukan lebih banyak lagi untuk membina tanah yang sihat, termasuk meluaskan tanaman saka dan menggunakan perumput laser untuk mengawal rumpai. Menyuburkan tanah dengan menggilirkan tanaman dan mengembalikan bahan tanaman yang tidak digunakan ke tanah sebagai kompos dan baja telah diamalkan di ladang Nutrilite sejak mula.
  • Meningkatkan jumlah tanah asal yang tidak bertanam di sekeliling tanaman dan menanam lebih banyak tumbuhan asal sebagai tanaman penutup bumi sebagai habitat untuk pendebunga dan serangga yang bermanfaat. Ladang Amway telah lama memupuk serangga yang bermanfaat untuk mengawal serangga berbahaya.
  • Menggunakan falko terlatih untuk menakutkan burung dan haiwan yang mungkin merosakkan tanaman yang hampir dituai di ladang Trout Lake di Amerika Syarikat.
  • Memanfaatkan kebolehjejakan untuk menyediakan bukti kelestarian botani dan produk.
  • Memperkasa pemimpin ladang untuk menjaga komuniti sekitar dengan menyokong usaha pendidikan untuk penduduk tempatan, menyumbang kepada peluang kualiti hidup tempatan dan memastikan amalan pertanian kami selamat dan memberikan bayaran yang adil. Ini telah menjadi nilai Amway dari mula.



Dengan pembekal botani kami, kami…

  • Memimpin dalam kebolehjejakan untuk mendokumentasi dan menguatkuasakan tindakan kelestarian.
  • Membantu ladang rakan kongsi meningkatkan tindakan pengawasan tanah dan air mereka.
  • Memastikan amalan ladang rakan kongsi selamat dan mereka memberikan bayaran yang adil.
  • Menggalakkan ladang rakan kongsi menyumbang kepada kualiti hidup komuniti sekeliling.
  • Bekerjasama dengan pembekal botani utama untuk memajukan kesihatan tanah, meningkatkan kepelbagaian dan mengambil langkah untuk mengurangkan perubahan iklim di ladang mereka.

Di Amway, kami melihat kelestarian sebagai perjalanan yang penuh dengan kemungkinan dan peluang untuk melakukan perubahan untuk planet ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan artikel kami yang seterusnya.