Floating Icon
20 OCT 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 191 LIHAT 0 BERKONGSI

Tanya ADA, Pembantu Digital Amway Anda

Anda boleh mencari ADA di Amway Central Malaysia. Anggap ADA sebagai rakan dalam talian anda. ADA sangat suka membantu. Ada soalan tentang PV/BV atau status pesanan anda? Tanya saja ADA!

Apakah itu ADA?

Pembantu Digital Amway (Amway Digital Assistant) atau ADA ialah nama Chatbot untuk Amway Malaysia.


Apakah itu Chatbot?

Chatbot adalah program komputer yang mensimulasikan perbualan manusia dan biasanya digunakan untuk khidmat pelanggan atau mengakses maklumat. Sesiapa sahaja boleh menanyakan soalan kepada Chatbot dan Chatbot akan mengimbas untuk maklumat menggunakan kata kunci dari soalan itu untuk memaparkan jawapan yang paling relevan. Chatbot memperoleh maklumat dari pangkalan data pengetahuan bahagian belakang.


Bagaimanakah ADA memberi manfaat kepada saya?

ADA akan memberikan sokongan dan maklumat berguna kepada ABO 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


Siapakah yang boleh mengakses ADA?

Semua ABO boleh mengakses ADA melalui aplikasi Amway Central Malaysia.


Bagaimanakah saya hendak mengakses ADA?

Untuk mengakses ADA, mula-mula anda perlu memuat turun aplikasi Amway Central Malaysia dalam versi berikut:

  • Android – 6.0.17
  • iOS – 2.3

Aplikasi Amway Central Malaysia boleh dimuat turun dari App Store untuk pengguna iOS/iPhone dan dari Google Play Store untuk pengguna telefon Android.

Sebaik sahaja anda telah memuat turun dan log masuk ke Amway Central Malaysia:

Where_do_I_find_Amway_Digital_Assistant-BM_750.jpg

Bahasa apakah yang tersedia dalam Amway?

ADA masih baru – ia hanya boleh bercakap dalam bahasa Inggeris buat masa sekarang dan sedang dalam proses belajar bahasa-bahasa lain.


Apakah jenis maklumat yang saya boleh dapat daripada ADA?

ADA akan membantu menjawab soalan anda dalam dua perkara:

  • Maklumat PV/BV
  • Status Pesanan dan Penghantaran

Sila bersabar kerana ADA masih berkembang dan belajar!


Apakah jenis maklumat PV/BV yang boleh disediakan oleh ADA?

ADA boleh memberikan maklumat tentang PV/BV perseorangan dan kumpulan anda untuk bulan semasa dan sebelumnya.


Apakah jenis maklumat pesanan yang boleh disediakan oleh ADA?

ADA akan memberikan anda tiga maklumat pesanan yang terkini. Apabila anda klik pada setiap pesanan yang tersenarai atau memasukkan nombor pesanan anda sendiri, anda akan diberikan butiran pesanan dan pautan ke laman web penjejakan syarikat kurier supaya anda boleh menjejaki pesanan anda dalam hampir waktu nyata. Untuk maklumat mengenai status penghantaran, ADA hanya dapat memberikan kesan & jejak di Malaysia Barat melalui City Link, CJ, GDEX dan FMX.

Teruskan dan mula bersembang dengan ADA!

Klik di sini untuk menonton video tentang apa yang ADA boleh lakukan!

Tonton video tentang cara bersembang dengan ADA!