Floating Icon
14 JAN 2022 ACARA 2 MINIT BACA 141 LIHAT 0 BERKONGSI

Bual Bicara Kecantikan ARTISTRY 2021

Ketika berlaku sekatan pergerakan, peminat kecantikan telah beralih ke dalam talian untuk menyertai Bual Biacara Kecantikan ARTISTRY, meraikan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Blooming Sleeping Mask baru. Sentiasa berada di barisan depan trend penjagaan kulit terkini (terutamanya dari Korea, di mana produk inovatif dan pertama di pasaran begitu banyak sekali) ARTISTRY telah menambah Blooming Sleeping Mask ke rangkaian maskernya yang meluas.

Hos selebriti Nadia Heng memulakan perbincangan dengan Joanne Chong, Ketua Pemasaran yang telah menerokai trend K-Beauty dan menyelidiki manfaat Cica, bahan wira bagi industri penjagaan kulit dan Blooming Sleeping Mask.

Apabila Nadia menyatakan bahawa ramai orang terlalu mengambil mudah dari segi penjagaan kulit kerana kurangnya berinteraksi secara bersemuka, Joanne menekankan kepentingan menjaga kulit walaupun ketika bekerja dari rumah dan tinggal di rumah tanpa perlu keluar untuk acara dan janji temu.

Exploring the benefits of ARTISTRY Blooming Sleeping Mask

Turut serta dalam panggilan ialah Duta Mahkota Pengasas Eva Wong dan Saintis Penyelidik Jenny Lee.

Eva mendedahkan rahsia kulit mudanya dengan beberapa petua dalam penjagaan kulit, menekankan kepentingan menjalani gaya hidup sihat agar dapat memiliki kulit wajah yang awet muda dan lebih sihat. Sebagai seorang peminat setia pelbagai masker ARTISTRY, Eva berkongsi pengalaman peribadinya dengan Blooming Sleeping Mask yang sangat mudah digunakan dan cara yang hebat untuk berehat selepas hari yang panjang, hanya bangun keesokan pagi dengan kulit yang dipermudakan.

Seterusnya, Jenny menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sains dan teknologi di sebalik Blooming Sleeping Mask.

Dia memulakan dengan menegaskan kepentingan mendapat tidur yang cukup kerana kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh menjejaskan penampilan wajah fizikal seseorang dan memberi kesan kepada pelbagai parameter seperti tahap penghidratan kulit, jumlah sel kulit mati malah tona dan tekstur kulit.

Di samping itu, kulit terdedah kepada banyak faktor luaran termasuk sinar UV, suhu melampau dan pencemaran yang mengakibatkan kerosakan, pengeluaran melanin yang berlebihan dan keradangan. Kemudian terdapat faktor dalaman seperti genetik yang mempengaruhi penuaan sel dan meningkatkan kerentanan terhadap kerosakan.

Tambah Jenny, yang paling penting dari segi penuaan foto adalah memahami bahawa kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV berterusan untuk tempoh yang lama selepas seseorang melangkah keluar dari kawasan terik matahari – oleh itu, memerluan produk yang membaiki kerosakan DNA yang disebabkan oleh pendedahan matahari sebelumnya dan juga mencegah kerosakan selanjutnya.

Jenny kemudiannya menjelaskan secara mendalam mengenai manfaat Fermentia CICA yang terbukti secara klinikal mempunyai manfaat melembap yang lebih hebat (bertambah sebanyak 8 kali) dan antikeradangan (meningkat dua kali ganda) apabila dibandingkan dengan Cica yang tidak ditapaikan, lalu menjadikannya bahan utama di samping AA2G dan ekstrak Bunga Kekwa. Terima kasih kepada Teknologi Pelepasan Masa termaju masker tidur, bahan aktif juga dilepaskan secara berterusan sepanjang malam.

Meningkatkan lagi kesan menenangkan masker ialah gabungan minyak pati Lavender dan Bergamot Nutri-Cert yang sarat dengan manfaat aromaterapeutik. Eva menambah lagi bahawa pengurut berbentuk T yang disertakan juga mengoptimumkan manfaat masker dengan merangsang kulit dan aliran darah.

Kumpulan ini kemudiannya disertai oleh Hae Jo, Pengarah East COE, yang mengakui telah menggunakan masker hampir setiap hari dan menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama. Jenny kemudiannya mendedahkan cara pengurut berbentuk T direka bentuk secara khusus untuk pengalaman menyeluruh dan berkongsi video bermaklumat yang menunjukkan teknik urutan muka yang berbeza.

Akhir sekali, Eva berkongsi lebih banyak rahsia – kali ini mengenai cara untuk mengembangkan perniagaan kecantikan seseorang dengan melabur dalam minat itu dan menjadikannya peluang, meningkatkan jualan dengan menjadi produk kepada produk dan memberikan inspirasi kepada generasi usahawan kecantikan akan datang.

BELI-BELAH SEKARANG!