Petang Sabtu, 7 Ogos 2021, penuh dengan keterujaan apabila para Pemimpin Amway (Platinum dan Ke Atas) berkumpul untuk Konferens Kepimpinan Kebangsaan Maya 2021 (VNLC) tahunan. Disebabkan sekatan COVID-19 yang berterusan, konferens ini diadakan secara maya untuk tahun kedua, tetapi itu tidak mematahkan semangat para hadirin kerana sembang langsung (live chat) penuh dengan keseronokan dan mesej positif sepanjang masa.
Dengan semangat Amway yang sejati, para Pemimpin turut menyertai dan berusaha menghantar video diri mereka bersorak dan bertepuk tangan sebelum acara berlangsung. Video-video ini ditayangkan di sepanjang VNLC dan memberikan suasana yang meriah di acara tersebut walaupun ia merupakan acara maya. Oleh itu, kami ingin berterima kasih dan amat menghargai para Pemimpin kami kerana suasana VNLC 2021 yang hebat tidak mungkin tercipta tanpa mereka.
Memulakan acara ialah Peraduan IG Makan Malam Di Rumah VNLC2021 yang menjemput para Pemimpin untuk mengabadikan diri mereka dengan berpakaian paling cantik sambil menikmati makan malam dengan tanda pagar #amwaystartnow dan berkongsi di Instagram – dan ABO kami sememangnya tidak mengecewakan! Penyertaan bertalu-talu masuk dengan konsep yang kreatif dan momen indah para Pemimpin kami menikmati makan malam bersama keluarga sambil mengikuti VNLC.
Tepat jam 8 malam, pintu maya dibuka dan VNLC 2021 bermula dengan hebat apabila pengacara pada malam itu mengalu-alukan kehadiran para Pemimpin dari Malaysia, Singapura dan Brunei dan seterusnya penghormatan diberikan kepada para Pemimpin tertinggi Amway dari Tiga Intan hingga Duta Mahkota Pengasas.
Doug Devos, Pengerusi Bersama dan Lembaga Pengarah Amway Corporation, dan anggota generasi ke-2 keluarga pengasas, memulakan dengan mesej yang memberi inspirasi kepada para pemimpin kami dan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana menjadi juara perubahan dan mempelopori semangat keusahawanan yang merupakan nadi Amway.
Ini diikuti dengan ucapan motivasi oleh Milind Pant, CEO Amway Global, sementara Duta Mahkota Celia Wong, yang merupakan Ketua ADAC 2021, menyampaikan rasa terima kasih atas sumbangan dan sokongan pihak pengurusan Amway Malaysia & Brunei serta ahli ADAC.
Kemudian Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura & Brunei menyampaikan ucapan perasmian dan memperkenalkan tema tahun ini – Start N.O.W (Nutrilite, Opportunity, Wellness Community). Tema yang bertepatan dengan tahun ini kerana ia bukan sahaja memotivasi ketika kita memasuki TP2022 tetapi juga merangkumkan fokus tahun yang akan datang untuk membina komuniti kesejahteraan dengan lebih banyak produk berasaskan kesihatan.
Memandangkan dua titik fokus untuk tahun yang akan datang merupakan Nutrilite and Kesejahteraan, tiada yang lebih sesuai selain Dr Sam Rehnborg, Presiden Institut Kesihatan Nutrilite dan anak kepada pengasas Nutrilite untuk berkongsi pandangannya mengenai betapa pentingnya pemakanan dan membina komuniti kesejahteraan.
Para pemimpin begitu gembira mendengar sendiri daripada Dr Rehnborg apabila beliau memperkatakan tentang sejarah Nutrilite dan berkongsi anekdot lawatan sebelumnya ke Malaysia serta impak yang telah dicipta oleh Nutrilite dalam meningkatkan kehidupan komuniti di seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Malam itu diteruskan lagi dengan kemas kini yang begitu berwawasan daripada pasukan Pemasaran dan Jualan. Sesuai dengan tema membina kesejahteraan pada tahun akan datang, produk-produk menarik yang memfokus pada peningkatan kesihatan diumumkan oleh Joanne Chong, Ketua Pemasaran. Produk Nutrilite dan ARTISTRY akan datang yang perlu diberi perhatian meliputi Tonik Perubatan Pelengkap Tradisional (TCM), suplemen untuk kesihatan mata, dan produk Nutrisi Kulit ARTISTRY untuk kulit matang.
Sementara itu di bahagian Jualan, Leong Kok Fong, Ketua Jualan dan Pengalaman ABO, berkongsi pencapaian tahun ini seperti Program APC (Pelanggan Istimewa Amway) dan Program Core Plus+. Sejak dilancarkan pada awal tahun 2021, jumlah APC yang telah menyertai mencapai angka 140,000 yang luar biasa menjelang Jun 2021, sekali gus memperkukuhkan pasukan ABO dan APC. Selain itu, Program Core Plus+ meneruskan kejayaannya dengan memberi ganjaran kepada lebih daripada 71,682 ABO dengan pelbagai insentif.
Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu oleh semua Pemimpin, dan kemuncak pada malam itu tersingkap – destinasi impian untuk ALS (Seminar Kepimpinan Amway) 2022 dan DI (Jemputan Intan) 2022 adalah Istanbul dan Santorini & Athens! Para Pemimpin semua tersenyum riang dan bersorak dengan pengumuman itu dan sembang langsung menjadi kecoh dengan keterujaan.
Yang paling bagus, dengan Insentif istimewa ALS yang diperkenalkan baru-baru ini, Mata ALS yang diperoleh pada bulan Ogos 2021 juga akan dikira untuk ALS TP2022, memberikan para Pemimpin peluang dengan masa tambahan untuk memperoleh lebih banyak mata ALS untuk tahun pencapaian yang akan datang. Oleh itu, sejajar dengan tema tahun ini, tiada masa yang lebih baik untuk Mulakan Sekarang (Start N.O.W)!