Floating Icon
27 JUL 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 2590 LIHAT 76 BERKONGSI

Amway Malaysia: Berdiri Megah Selama Lebih Daripada 45 Tahun

Sejak 45 tahun lalu Amway Malaysia dikenali dengan kepemimpinan yang baik, amalan yang mampan, visi dunia yang lebih sihat dan misi untuk melindungi alam sekitar di samping membantu insan menjalani kehidupan yang lebih diperkasa.

Power of 5 CSR

One by One

Program Harapan Amway

Program tanggungjawab sosial korporat seperti The Power of 5, Program Harapan – Rumah Tunas Harapan dan Projek HeadSTART telah memberikan impak yang besar di Malaysia dan di seluruh dunia, membuktikan bahawa keuntungan dan kedermawanan boleh berjalan seiring.

Hari ini, lebih daripada satu juta orang di seluruh dunia menjalankan perniagaan Amway yang membantu mereka menjalani kehidupan impian, mencapai matlamat gaya hidup dan pendapatan – dengan cara mereka sendiri.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amway di Malaysia selama lebih daripada 45 tahun?


Perkongsian adalah asas kejayaan

Seseorang tidak boleh menjalankan perniagaan yang berjaya secara terpencil – anda memerlukan perkongsian yang tepat untuk membantu anda berkembang dan mengangkat anda ke tahap baru.

Rich DeVos and Jay Van Andel

Dua pengasas bersama Amway, Rich DeVos dan Jay Van Andel, rakan dengan nilai dan cita-cita yang serupa bergabung pada 1959 untuk menjalin perkongsian yang kuat. Warisan mereka? Mewujudkan asas yang akhirnya menjadi jenama yang kuat dan syarikat global, berdiri megah dan bangga selama lebih daripada enam dekad kemudian.

Hari ini, bekerja dalam perkongsian tetap sinonim dengan kejayaan perniagaan di Amway kerana ABO bekerjasama dengan pasukan, mentor, rakan setara, kakitangan Amway dan pelanggan untuk membina perniagaan mereka.

Masyarakat disatukan dengan nilai yang serupa dan bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama – dari kebebasan kewangan hingga lebih banyak masa dengan keluarga.


Nilai sejagat

Nilai teras yang kuat membentuk asas untuk syarikat yang berdaya tahan dan nilai teras Amway tetap difahami oleh masyarakat beberapa dekad kemudian kerana mereka sedar kepentingan menjalani kehidupan yang bermakna.

Empat nilai jenama Amway: keluarga, kebebasan, harapan dan ganjaran tetap relevan walaupun dunia mengalami perubahan besar. Hari ini, ia lebih penting memandangkan rentak kehidupan moden yang sibuk kerana masyarakat bergelut untuk menyeimbangkan pekerjaan, kesihatan dan keutamaan kehidupan mereka.

Perniagaan Amway membawa kembali nilai-nilai sejagat ini ke dalam kehidupan masyarakat untuk mewujudkan keseimbangan pekerjaan-kehidupan dan kepuasan kehidupan.

Nilai-nilai teras ini telah membimbing visi dan misi syarikat dan menarik perhatian orang yang tidak hanya hidup untuk bekerja dan mahukan lebih banyak dalam kehidupan.

Green products Home

Pengamal awal produk hijau

Sebelum ‘hijau’ atau ‘mesra alam’ menjadi trend seperti hari ini, Amway telah mencipta salah satu produk pembersihan terbiodegradasi pertama di pasaran – Liquid Organic Cleaner (L.O.C.TM) mesra alam tanpa menjejaskan kualiti.

Sejak Amway ditubuhkan pada 1959, produk kami telah dirancang dengan teliti berdasarkan prinsip-prinsip yang selamat untuk alam sekitar dan lestari seperti amalan pertanian organik, prinsip pengurusan sisa dan pembungkusan serta penggunaan bahan lestari atau kitar semula.


Amalan pertanian organik

Misi syarikat untuk membantu orang lain menjalani kehidupan yang lebih sihat bermula daripada bahan-bahannya. Setiap aspek proses dipantau dengan teliti – dari menanam biji benih hingga menghasilkan suplemen.

Syarika mula melabur dalam amalan pertanian lestari enam dekad lalu – amalan yang tidak membahayakan alam sekitar, planet atau manusia yang menggunakan produk akhir. Amway komited untuk menjadi jenama bukan GMO. Produk kami juga mematuhi atau melangkaui semua keperluan pelabelan GMO global.

Bukan GMO bermaksud produk dihasilkan tanpa kejuruteraan genetik dan bahan-bahannya tidak diperoleh daripada GMO. Hari ini, kami mempunyai hampir 6000 ekar tanah ladang yang disahkan organik. Kebanyakan bahan-bahan botani berasaskan tumbuhan ditanam di ladang Amway selaras dengan keperluan geografinya yang unik.

NutriliteTM ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik*.

Organic farm Nutrilite

Alam adalah sumber nutrien terbaik dan kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.


Lebih selamat untuk anda dan keluarga

Kami tahu apa yang masuk ke dalam setiap produk dan kami mendukung keselamatan dan kualiti produk kami.

Sesetengah produk Penjagaan Rumah Amway diiktiraf oleh ‘Safer Choice’. Label ‘Safer Choice’ membantu pengguna mengenal pasti dengan cepat produk yang diiktiraf kerana penggunaan bahan-bahan yang lebih selamat dan lebih baik tanpa mengorbankan kualiti atau prestasi.

SKIN NUTRITION range ARTISTRY

Produk terbaru Amway, ARTISTRY SKIN NUTRITION adalah berlandaskan pencarian berterusan untuk mencari bahan-bahan yang lebih baik dan teknik saintifik terkini. Produknya disesuaikan dengan jenis kulit seseorang berdasarkan keperluan nutrisi dan memberikan khasiat pada kulit yang disasarkan untuk kulit yang kelihatan lebih halus, cergas dan berseri. Selain itu, produk ini tidak mengandungi paraben, bahan-bahan daripada haiwan atau ujian haiwan.

Produk G&HTM kami menjaga kulit dan persekitaran anda. G&H ialah koleksi penjagaan badan terbiodegradasi yang bebas sulfat dan pecelup berbahaya. Produk diuji secara dermatologi dan alergi yang bermaksud ia selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga.

Perniagaan yang baik di Amway bermaksud baik untuk anda dan planet.


Melihat masa depan

Amway Malaysia telah melalui lebih daripada 45 tahun dengan nilai-nilai yang relevan dan berdaya tahan serta tidak goyah dalam misinya untuk meningkatkan kesihatan insan di seluruh dunia dan membantu mereka menjalani kehidupan yang mereka mahukan.

Masa depan kelihatan tetap cerah kerana Amway fokus untuk memperluaskan rangkaian produk kesihatan, kesejahteraan, tenaga dan penjagaan kulitnya, menggunakan teknologi untuk mengukuhkan perniagaan dengan komitmen berterusan terhadap amalan lestari dan organik.

Tiada masa yang lebih baik untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan dan jenama global ini. Selamat datang abad akan datang dan seterusnya!

*Euromonitor International Limited, euromonitor.com/amway-claims