Floating Icon
19 OCT 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 254 LIHAT 0 BERKONGSI

4 Sebab Anda Boleh Kekal Bermotivasi

Memulakan dan mengembangkan perniagaan Amway akan menguji diri usahawan yang paling kental sekalipun. Sama ada ini berfungsi sebagai pendorong atau peringatan tentang mengapa anda terus mewujudkan dan mengembangkan perniagaan anda sendiri, yang berikut ialah empat perkara yang harus dilakukan untuk membantu anda kekal bermotivasi dan mencapai matlamat.

ABOs_needs_training_compelling_&_effective_mentorship_&_business_development_tools_to_succeed_750.jpg


INGAT MENGAPA ANDA BERMULA

Ketika menghadapi cabaran dan meraih kejayaan, sentiasa kenang kembali mengapa anda bermula. Sentiasa ingat mengapa anda memulakan perniagaan dan apa yang anda ingin lakukan untuk diri, keluarga dan masyarakat akan membantu memberikan motivasi yang diperlukan untuk terus maju ke depan.

Selain itu, mencari peluang kejayaan besar yang seterusnya ialah kuncinya. Begitu banyak peluang untuk pertumbuhan, kemajuan dan inspirasi dan ia boleh muncul pada masa dan tempat yang tidak dijangka. Jika anda membiarkan masa-masa sukar mematahkan semangat anda, anda mungkin belum benar-benar bersedia apabila momen-momen kemungkinan terbentang di depan mata anda.


MANFAATKAN KEKUATAN SEMANGAT

Semangat ialah sifat sama yang ada dalam diri usahawan berjaya di seluruh dunia walaupun budaya dan latar belakang mereka berbeza. Inilah yang membuatkan mereka bangun pada waktu pagi, menjadi pendorong dan membuatkan mereka kekal fokus. Usahawan yang bersemangat tentang perniagaan mereka lebih bermotivasi kerana mereka mendapati usaha mereka begitu bermakna secara peribadi, yang menjadi kunci keyakinan dan ketabahan.

ABOs_can_lean_on_their_growing_community_for_ongoing_encouragement_and_guidance_750.jpg


CARI KEKUATAN DALAM BILANGAN

Usahawan yang paling kuat dan bersemangat sekalipun tidak melakukannya sendirian. Untuk berjaya dalam perniagaan, anda mesti mahir dalam apa yang anda lakukan dan tidak ramai orang yang memulakan perusahaan dengan mengetahui semua yang mereka perlu tahu untuk berjaya. 

Bagi pemilik perniagaan bebas, pendidikan dan latihan tambahan boleh membantu meningkatkan potensi pertumbuhan dan pencapaian. Itulah sebabnya Amway sentiasa menyediakan latihan dan pendidikan untuk menyokong pemilik perniagaan mereka dan inilah antara ciri yang membezakan kami daripada peluang keusahawanan yang lain.

Pemilik Perniagaan Amway (ABO) dipersiapkan dengan sistem yang unik berupa pementoran dan sokongan berterusan yang menjadikan pemilikan perniagaan Amway tidak seperti mana-mana aktiviti keusahawanan yang lain. Dengan Amway, anda menceburi perniagaan untuk diri sendiri tetapi tidak sekali-kali bersendirian. 

Sumber-sumber ini menyediakan motivasi dan pengukuhan dan merupakan ciri utama sebuah syarikat yang menjadi peneraju dalam arena pembangunan profesional. Usahawan meraih manfaat yang diberikan oleh keunggulan dan sokongan ini, seterusnya membolehkan mereka membina kemahiran yang menyokong kejayaan.


LUASKAN PENGALAMAN ANDA

Pemilik perniagaan bebas yang berjaya ialah individu seimbang yang sentiasa mencari peluang untuk meluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka.

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan keusahawanan yang berterusan. Untuk memperkasa kejayaan, Amway menggalakkan pembelajaran berterusan dan sering meluaskan penawaran dan sumbernya – semuanya disesuaikan dengan minat dan personaliti yang berbeza.

Aset keusahawanan yang paling penting ialah kepimpinan dan kemahiran perniagaan asas. Pemilik perniagaan bergantung kepada wawasan berharga berdasarkan kejayaan dan kegagalan orang lain dalam kehidupan sebenar untuk membangunkan kemahiran ini dan mengembangkan peluang untuk belajar dan memimpin. 

Itulah sebabnya ABO berpeluang mendapat latihan, pementoran yang mendalam dan berkesan serta alat pembangunan perniagaan. Untuk sokongan tambahan, ABO boleh bergantung kepada komuniti mereka yang semakin berkembang yang memberikan galakan dan bimbingan yang berterusan.

Dengan sentiasa peka tentang apa yang menjadi inspirasi dan memacu kejayaan sejak mula lagi sambil menarik sokongan daripada masyarakat dan mengembangkan pendidikan, bakal usahawan atau usahawan sedia ada akan kekal bermotivasi. Pendidikan dan latihan yang memenuhi keperluan pembangunan dan tahap motivasi mereka, di mana-mana sepanjang laluan pemilikan perniagaan, akan memupuk pembelajaran sepanjang hayat dan pengayaan peribadi.


Artikel ini pada asalnya ditulis oleh Dr David Audretsch. Beliau adalah Profesor Ulung dan penyandang Kursi Pembangunan Ekonomi Ameritech serta Pengarah Institut Strategi Pembangunan di Indiana University. Beliau juga adalah Profesor Kehormat Ekonomi dan Keusahawanan Industri di Sekolah Ekonomi WHU-Otto Beisheim di Jerman dan Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan Dasar Ekonomi di London.

Penyelidikan Dr. Audretsch telah memfokus pada hubungan antara keusahawanan, dasar kerajaan, inovasi, pembangunan ekonomi dan daya saing global. Beliau adalah pengarang bersama The Seven Secrets of Germany, yang diterbitkan oleh Oxford University Press, dan pengasas bersama dan Ketua Editor Small Business Economics: An Entrepreneurship Journal.