Floating Icon
17 MAY 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 377 LIHAT 0 BERKONGSI

2021 Direct Selling News Global 100

Direct Selling News GLobal FB


Amway berada di kedudukan No. 1 dalam senarai 2021 Direct Selling News Global 100, kedudukan syarikat jualan langsung yang menjana pendapatan teratas di dunia. Berita tersebut diumumkan pada 19 April 2021 semasa Sambutan Direct Selling News Global secara maya. Lihat senarai penuh di sini.

Dengan jualan sebanyak $8.5 bilion pada 2020, ini tahun kesembilan berturut-turut Amway dinamakan sebagai No. 1 oleh Direct Selling News.

Amway amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai pemimpin dalam industri yang hebat ini. Kami memberikan penghargaan kepada kakitangan kami dan Pemilik Perniagaan Amway di seluruh dunia – apabila mereka berjaya, kami berjaya!

Sebagai syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang diterajui oleh usahawan yang berpusat di Ada, Michigan, Amway komited untuk membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat – di lebih daripada 100 pasaran di seluruh dunia. Menurut majalah Forbes, ia adalah antara 50 syarikat persendirian milik keluarga teratas di Amerika Syarikat. Jenama-jenama terlaris Amway ialah Nutrilite™ dan ARTISTRY™ yang dijual secara eksklusif oleh usahawan yang dikenali sebagai Pemilik Perniagaan Amway.