Floating Icon
26 AUG 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 5 MINIT BACA 797 LIHAT 141 BERKONGSI

Mengapa Anda Memerlukan Pelbagai Jenis Masker

Walaupun pemakaian masker tidak asing kepada anda, kepelbagaian yang ada di pasaran amat menggentarkan, membuatkan ramai tertanya-tanya, masker yang manakah harus ditambah kepada rutin penjagaan kulit biasa mereka, belum lagi pertanyaan tentang cara atau bila. Jangan risau – kami akan maklumkan semua yang anda perlu tahu:

Masker cuci bersih

Menampilkan pelbagai tekstur daripada berkrim hingga berbiji dan seperti jeli, masker ini memenuhi pelbagai keperluan. Tentunya ada sesuatu untuk setiap orang bagi menangani semua jenis masalah kulit. Sapukan pada muka, berehat untuk jangka masa yang diarahkan dan bilas. Ikuti dengan pelembap.


Topeng helaian

Cepat, mudah dan sangat senang digunakan, tiada siapa pun boleh menolak topeng helaian? Menyegarkan semula muka anda sepenuhnya hanya dalam masa 15 minit – dan dengan reka bentuk baru dalam semua bentuk dan saiz, sesuai diabadikan dalam beberapa potret yang cantik lagi menyeronokkan untuk menyerikan Instagram anda! Hanya buka lipatan, padankan pada muka anda dan bersantailah. Selepas menanggalkannya, urutkan saki baki esen pada muka dan leher anda.


Masker tidur

Cara terbaik untuk tertidur. Selepas rutin pembersih, penyegar, serum dan pelembap waktu malam anda, urut masker semalaman pada kulit anda dan dapat rasakan masker itu mengekalkan kesemua penghidratan. Tidak perlu bilas – hanya basuhkannya pada keesokan hari.


Bunyinya menarik, bukan? Bagaimana dengan pilihan masker ARTISTRY? Kami ingatkan anda tidak akan bertanya.

Why you need wash-off masks

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks

Masker ini adalah cara terbaik untuk memperibadikan penjagaan kulit anda. Gabung dan padan menggunakan masker berlainan pada pelbagai bahagian muka anda untuk menyasarkan pelbagai masalah kulit. Pilih daripada 5 varian:

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Polishing Mask

Dengan Gula Tebu semula jadi dan Ekstrak Black Currant disumberkan oleh Nutrilite untuk melicinkan kekusaman dan sel mati agar kulit berseri, tona serta tekstur sekata. Hebat sebagai skrub muka.

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Brightening Mask

Dengan Bijian Petola, Memanik Jojoba semula jadi dan Ekstrak Biji Chia Putih disumberkan oleh Nutrilite untuk mengelupas dan mencerahkan kulit. Sesuai untuk kulit wajah yang lebih berseri dan mulus.

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Firming Mask

Dengan Ekstrak Delima disumberkan oleh Nutrilite untuk memejalkan dan memperbaharui kulit sementara memberikannya rangsangan khasiat dan antioksidan. Pilihan terbaik untuk mencegah kedutan dan kenduran.

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Purifying Mask

Dengan Tanah Liat Perancis, Mil Oat dan Ekstrak Sitrus disumberkan oleh Nutrilite, untuk menyerap minyak berlebihan, memusamkan kulit, mengeluarkan kekotoran dan bahan cemar. Satu-satunya bahan untuk mengecutkan liang roma yang besar.

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Hydrating Mask

Dengan Ekstrak Teh Hijau disumberkan oleh Nutrilite untuk menghidrat secara mendalam dan menyegarkan semula kulit, membantu menyediakan perlindungan antioksidan dan melegakan kulit daripada kerengsaan. Wira untuk kulit wajah yang kering dan sensitif.


Why you need sheet masks

essentials by ARTISTRY Vitamin Sheet Masks

Penambahbaikan topeng helaian kami yang sebelum ini, ia menjaga kulit anda dengan dwi esen vitamin dan fitonutrien. Terdapat 4 varian untuk dipilih:

essentials by ARTISTRY Pro-Vitamin B5 Prunus Mume Mask – Hydrating

Adakah muka anda terasa kering? Ekstrak Prunus Mume membantu meningkatkan metabolisme kulit sementara Pro-Vitamin B5 menggalakkan pembaharuan sel kulit. Ia juga menguatkan perintang lembapan untuk kekal sihat.

essentials by ARTISTRY Vitamin B3 Prunus Domestica Mask – Refining

Mempunyai kulit yang sensitif? Ekstrak Prunus Domestica membantu melegakan kerengsaan manakala Vitamin B3 meningkatkan lembapan. Ia juga meningkatkan metabolisme kulit dan menjana semula kulit wajah yang halus.

essentials by ARTISTRY Vitamin E Avocado Mask – Nourishing

Adakah kulit anda mahukan lebih banyak lagi? Ekstrak avokado mengekalkan lembapan manakala Vitamin E menjana semula sel yang rosak akibat radikal bebas dan menggalakkan pertumbuhan sel. Ia juga menyuburkan kulit.

essentials by ARTISTRY Vitamin C Grape Seed Mask – Brightening

Inginkan wajah yang berseri? Ekstrak Biji Anggur memberikan perlindungan antioksidan sementara Vitamin C mencerahkan tona kulit dan menambah baik tekstur kulit. Ia mengubah kulit kusam dan menguning.


Why you need a sleeping mask

ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Blooming Sleeping Mask

Tambahan terkini kepada keluarga masker kami, Blooming Sleeping Mask ialah masker rawatan semalaman yang hebat. Menampilkan teknologi termaju dan bahan berkuasa, masker yang melembapkan ini mempermudakan kulit matang sambil melegakan kemerahan dan kerengsaan.

Ia mengandungi Fermentia CICA untuk menghidratkan kulit kering dengan mendalam, melegakan kerengsaan dan keradangan. AA2G dan Ekstrak Bunga Kekwa mencegah dan melambatkan kerosakan DNA sambil memberikan kulit rangsangan antioksidan dan pencerahan. Kulit juga dinyamankan, terima kasih kepada MultiEx BSASM©, adunan botani ekstrak 7 tumbuhan. Akhir sekali, lavender dan minyak pati bergamot Nutri-Cert serta pengurut rhodium yang disertakan itu melengkapkan pengalaman yang menenangkan dan menegangkan kulit. Secara keseluruhannya, ia adalah rakan baru yang sempurna untuk kulit matang anda.


Beli rangkaian masker kami yang pelbagai di Amway.my.