Floating Icon
21 JUN 2024 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 78 LIHAT 9 BERKONGSI

Idea Hamper Bayi Comel untuk Hadiah yang Sempurna

Apa hadiah bayi yang baik dan sesuai? Penuh dengan barang penting dan hadiah menawan, hamper bayi yang disusun dengan teliti ialah hadiah yang sempurna untuk bayi baru lahir dan bayi sebagai tanda kasih dan sokongan kepada ibu bapa baharu. Sama ada anda menghadiri majlis meraikan bakal ibu, meraikan kelahiran bayi yang comel atau sekadar ingin menyebarkan keceriaan, tonton video ini untuk idea hamper bayi yang pasti menggembirakan mana-mana bakal ibu bapa.





Berikan hadiah kebahagiaan waktu mandi

Give the gift of bathtime bliss.jpg

Jadikan waktu mandi lebih mudah dengan pembersih yang lembut untuk rambut dan badan bayi serta losen yang menyuburkan untuk kulit bayi yang halus. Kami mengesyorkan dua produk penting daripada rangkaian g&h Baby Care – Mandian & Syampu g&h Baby dan Losen g&h Baby.

Mandian & Syampu g&h Baby dan Losen g&h Baby dengan bahan-bahan semula jadi adalah selamat untuk bayi dan kanak-kanak 6 bulan hingga 3 tahun. Mandian & Syampu g&h Baby dan juga Losen g&h Baby disahkan vegan dan dirumus tanpa sebarang haruman berbahaya, surfaktan sulfat, pewarna tiruan, minyak mineral, ftalat atau paraben.



Mengapa si kecil sukakan Mandian & Syampu g&h Baby

Diuji oleh pakar dermatologi dan menjalani ujian alergi, Mandian & Syampu g&h Baby mempunyai formula lembut tanpa sabun dan haruman serta tidak memedihkan mata. Ia dihasilkan untuk membersih dan melembap dengan teliti dengan Perlindungan Tiga Perintang, manakala harumannya yang menenangkan mencetuskan suasana yang tenang untuk bayi anda walaupun untuk kulit bayi yang paling sensitif.

Dipertingkat dengan Air Kompleks Kalendula, Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun dan Minyak Pati Kamomil, formula 2 dalam 1 yang mudah ini melembap dan melindungi kulit dan rambut yang halus. Ia juga mengandungi Kompleks Ekstrak Tunas Segar yang melegakan (campuran brokoli, alfalfa, kubis, gandum yang bertunas, bok choy dan tunas lobak) serta Kompleks Ekstrak Daun Hijau untuk membantu membina lapisan pelindung yang kuat dan mempertahankan kulit yang lembut daripada tekanan luaran.

Pilih Losen g&h Baby untuk kulit yang lembut dan lembap

Dengan Perlindungan Tiga Perintang, losen yang sangat melembap ini mengunci kelembapan sehingga 24 jam. Ia membantu menguatkan perintang lembapan kulit dengan Air Kompleks Kalendula, Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun dan Minyak Pati Kamomil untuk merangsang tahap penghidratan semula jadi kulit. Pada masa yang sama, Kompleks Ekstrak Tunas Segar dan Kompleks Ekstrak Penapaian Semula Jadi membantu melegakan kulit kering.

Tekstur yang sangat mudah meluncur dan tidak berminyak, losen yang menghidrat ini meresap dengan cepat untuk kulit yang lembut, licin dan kelihatan lembap. Hanya urut sedikit pada kulit bayi anda untuk membantu mengunci lembapan, meredakan kerengsaan dan mencegah kekeringan.

Sentuhan bermakna

Anda boleh menyertakan tuala berhud, tuala muka yang lembut dan mainan mandian yang comel untuk mengubah waktu mandi menjadi pengalaman mengeratkan hubungan yang menyeronokkan. Sebagai alternatif, berikut ialah beberapa item lain yang anda boleh pertimbangkan untuk ditambah dalam hamper anda:

Pelukan hangat – Balut si kecil dengan kemesraan dan kasih sayang. Tambah selimut yang gebu, mainan lembut dan stoking yang selesa untuk memastikan bayi tenang dan ceria pada bulan-bulan awal yang berharga itu.

Keperluan bilik tidur – Bantu ibu bapa membuat persediaan untuk bilik tidur bayi dengan barangan seperti tisu lembap bayi, lampin, bib dan kain sendawa untuk memudahkan peralihan menjadi ibu bapa.

Kejutan waktu cerita – Pupuk minat membaca sejak kecil dengan buku keras klasik, cerita interaktif dan buku fabrik lembut untuk merangsang imaginasi dan menggalakkan perkembangan bahasa.

Melodi muzik – Tenangkan bayi dengan hadiah muzik. Pilih lagu dodoi yang menenangkan, mainan muzik dan mainan gantung bayi yang lembut untuk mencipta persekitaran yang tenang untuk tidur yang lena.

Pengembaraan menanti – Inspirasikan naluri pengembaraan dengan penggendong bayi, topi sinar, pelindung matahari dan selimut berkelah untuk sekeluarga bersiar-siar di luar.

Kit kenang-kenangan – Simpan kenangan berharga dengan jurnal bayi, kad pencapaian dan kit cetakan tanah liat untuk membantu ibu bapa menghargai dan mengabadikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk tahun-tahun akan datang.

Kesempurnaan diperibadikan – Tambahkan sentuhan peribadi pada hadiah anda. Pertimbangkan barangan yang disulam dengan nama bayi seperti selimut, bib dan pakaian, untuk hadiah yang benar-benar istimewa dan tidak dapat dilupakan.


g&h Baby Wash & Shampoo and g&h Baby Lotion make great gifts for little ones.jpg


Jangan lupa untuk menyesuaikan hamper bayi anda agar sesuai dengan pilihan dan keperluan ibu bapa baharu – dan pastikan anda menyertakan Mandian & Syampu g&h Baby dan Losen g&h Baby! Sama ada anda memilih barang keperluan yang praktikal atau mengikut imaginasi, tanda ingatan anda pasti dihargai pada detik istimewa ini. Dengan idea hamper bayi yang comel ini, anda boleh meraikan kegembiraan menerima kehadiran insan baharu dan menunjukkan kasih sayang dan sokongan anda untuk keluarga yang semakin berkembang.