Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, kulit kita sering menanggung akibat gaya hidup yang sibuk, kelihatan letih, kusam dan ternyahhidrat. Lagipun, antara mengimbangi kerja, keluarga dan komitmen peribadi, biasanya hanya ada sedikit masa untuk penjagaan diri.
Jangan bimbang – ada penyelesaian penjagaan kulit semalaman yang sesuai dengan rutin anda yang sangat sibuk: ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask.
Sama ada anda ibu bapa yang sentiasa sibuk, si lipas kudung yang sukakan kesibukan atau seseorang yang sukakan TLC (layanan lembut penuh kasih sayang) pada waktu malam, berikut ialah 5 sebab ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask layak mendapat tempat tetap dalam rutin penjagaan kulit anda.
Gaya hidup kita yang sentiasa sibuk boleh menghilangkan kelembapan kulit kita, disebabkan tekanan, kurang tidur dan penceroboh alam sekitar. Memperkenalkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask dengan unsur penghidratan yang berkuasa seperti Ekstrak CICA Tertapai dan Bunga Bakawali (Tan Hua).
CICA Tertapai mempunyai kesan pelembapan yang 7 kali lebih kuat daripada CICA tak tertapai – ia menyimbahi kulit anda dengan penghidratan bak embun.
Bahan yang berharga, Bunga Bakawali bertindak sebagai takungan air yang mengembalikan tahap kelembapan dalam kulit. Bersama-sama, bahan-bahan ini bertindak semalaman dan menjadikan kulit kelihatan gebu, lembut dan sangat terhidrat setibanya waktu pagi.
Semasa tidur, kulit kita mengalami proses pembaikan semula jadi. ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask menyokong proses ini dengan gabungan bahan-bahan yang memulihkan kulit, termasuk Prebiotik daripada serbuk Akar Cikori dan Biji Chia Putih.
Prebiotik membantu menguatkan mikrobiom kulit manakala Biji Chia Putih Nutrilite ialah bintang serba boleh dalam setiap produk SKIN NUTRITION – dengan alasan yang kukuh! Ia membantu menguatkan perintang lembapan kulit, melawan penuaan pramatang dan merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih licin, kelihatan lebih muda lama-kelamaan.
Jadual yang sibuk seringkali bermakna kurang masa untuk rutin penjagaan kulit yang menyebabkan kulit kusam dan tidak berseri. Untuk mengatasi masalah ini, ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask menampilkan Niasinamida (Vitamin B3) yang menyekatakan tona kulit dan memancarkan keserian pada kulit untuk menyerlahkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya pada waktu pagi.
Tekanan dan kelesuan boleh mempercepatkan proses penuaan, menimbulkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit kita. Jangan takut kerana ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask diperkuat dengan kuasa antioksidan seperti Biji Chia Putih, Ekstrak Kekwa dan Askorbil Glukosida (AA2G). Pahlawan perkasa ini membantu meminimumkan tanda-tanda penuaan ketara, memejal dan melicinkan kulit untuk penampilan yang lebih muda.
Gaya hidup yang sibuk boleh menyebabkan kulit rasa tertekan dan terengsa. Itulah sebabnya ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask mengandungi bahan botani yang melegakan seperti Kompleks Botani 7 Ramuan serta Minyak Pati Lavender dan Bergamot. Agen penenang ini mengurangkan keradangan dan kemerahan semasa anda tidur supaya kulit anda kelihatan seimbang, tenang dan memperoleh rehat secukupnya pada waktu pagi!