Floating Icon
17 JUN 2024 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 0 MINIT BACA 143 LIHAT 44 BERKONGSI

Senarai Semak Protein: Adakah Anda Kekurangan Protein?

Kami telah membincangkan bagaimana protein ialah nutrien penting yang mustahak untuk kesihatan yang baik di sini.  Dari rambut yang cantik hingga kekuatan otot kita, protein bekerja tanpa jemu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Tetapi awas! Tahukah anda kekurangan protein boleh mencetuskan beberapa tanda amaran yang serius? Adakah anda tidak mengambil protein? Berikut ialah senarai semak untuk membantu anda mengesan tanda-tanda tersebut.

Berikut ialah petua penting: Senarai semak ini boleh dicetak! Ini bermakna anda boleh menyemak senarai ini pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, bersama insan tersayang – keluarga, rakan.


Protein-Checklist-BM.jpg

Klik di sini untuk melihat eRisalah Protein sepenuhnya dan mengetahui lebih lanjut tentang Minuman Protein Soya Nutrilite.

Pernah terfikir mengapa tidak mengambil protein boleh menyebabkan beberapa gejala di atas? Berikut ialah sebab mengapa kita memerlukan protein:


Rambut, Kulit dan Kuku

Nutrilite Soy Protein Drink for hair, skin and nail health.jpg

Kolagen, keratin dan elastin mempunyai kaitan rapat dengan rambut, kulit dan kuku yang diperbuat daripada protein. Protein adalah penting untuk mengekalkan rambut, kulit dan kuku yang sihat. Kekurangan boleh mengakibatkan rambut menipis, kulit kendur dan kuku rapuh yang menjejaskan penampilan dan fungsinya.


Lambat Pulih daripada Kecederaan

Protein adalah penting untuk pembaikan tisu dan penyembuhan luka dengan mengurangkan kadar kehilangan otot semasa pemulihan dan meningkatkan kepekaan insulin yang mempercepatkan penyembuhan. Jika anda kekurangan protein, anda mungkin mendapati kecederaan anda mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh kerana keupayaan tubuh anda untuk pulih dengan segera terhalang.


Keletihan dan Kelesuan

Nutrilite Soy Protein Drink to manage tiredness and fatigue.jpg

Protein memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga melalui kawal atur metabolisme. Pengambilan yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan anemia iaitu apabila sel anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi seterusnya melambatkan metabolisme dan menyebabkan anda tidak bermaya, mengantuk dan mudah lesu.

Kehilangan Otot dan Tulang Lemah

Nutrilite Soy Protein Drink to manage muscle loss and weak bones.jpg

Protein memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi optimum otot yang bertanggungjawab untuk postur, pergerakan dan melindungi kesihatan tulang anda. Pengambilan protein yang tidak mencukupi mengakibatkan kehilangan jisim otot yang sama dengan kehilangan kekuatan otot yang menjadikannya lebih sukar untuk mengekalkan keseimbangan anda. Secara tidak langsung ia melemahkan tulang anda dan meningkatkan risiko patah tulang, terutamanya apabila usia semakin meningkat.


Pertahanan Badan yang Lemah

Nutrilite Soy Protein Drink for better body defense.jpg

Protein diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang kuat melalui asid amino iaitu blok binaan protein. Sistem pertahanan badan anda menggunakan asid amino dalam penghasilan antibodi yang diaktifkan apabila sel darah melawan virus, bakteria dan toksin. Kekurangan boleh melemahkan keupayaan badan melawan jangkitan dan penyakit yang menjadikan anda lebih mudah terdedah kepadanya.


Kelaparan

Nutrilite Soy Protein Drink to manage hunger.jpg

Protein memberikan tenaga dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dengan mengurangkan hormon kelaparan anda – ghrelin. Ia juga merangsang paras peptida YY, hormon yang membuatkan anda berasa kenyang. Jika anda kekurangan protein, anda mungkin berasa lapar secara tiba-tiba atau lebih cepat berasa lapar walaupun selepas makan.


Sarkopenia dalam kalangan Warga Emas

Kehilangan otot secara tidak sengaja yang dikenali sebagai sarkopenia adalah akibat biasa daripada penuaan. Pengambilan protein yang mencukupi yang ditambah dengan senaman rintangan, boleh membantu melambatkan kehilangan otot dan mengekalkan kekuatan orang dewasa yang lebih tua.


Kami syorkan: Minuman Protein Soya Campuran dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite


Minuman Protein Soya Nutrilite: Wira Protein Anda!

Nutrilite Soy Protein Drink - Your Protein Hero!.jpg

Protein merupakan nutrien penting yang sepatutnya berjumlah sekurang-kurangnya 10% daripada kalori harian anda dengan pengambilan minimum 0.8 gram untuk setiap kilogram berat badan. Orang yang aktif pula hendaklah menyasarkan sekurang-kurangnya 1 gram untuk setiap kilogram. Contohnya, jika anda mengambil sebarang jumlah dalam lingkungan pengesyoran minimum 1,200-1,500 kalori dan berat dalam 60 kilogram, 120-150 kalori harus diperoleh daripada makanan berasaskan protein dengan jumlah pengambilan protein antara 48-60 gram.
 
Mengekalkan pengambilan protein anda dengan formula ini adalah penting untuk memastikan badan anda berfungsi dengan lancar dan inilah sebabnya Minuman Protein Soya Nutrilite adalah penyelesaian kami yang syorkan dan salah satu Kegemaran Pelanggan kami!

Padat dengan soya, gandum dan kacang pis, ia merupakan minuman berkhasiat yang lazat dan dihasilkan melalui Proses Kebolehjejakan 9 Langkah Nutrilite kami yang terkemuka.

Tetapi nanti dulu, ada lagi! Dengan sembilan asid amino perlu, ia menyokong pencernaan, pertumbuhan tisu dan juga merangsang perkembangan otak. Ia juga bebas rasa bersalah: vegetarian, bebas laktosa, rendah lemak dan bebas kolesterol.

Selain itu, ia mendapat markah tertinggi dalam Skor Asid Amino Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS = 1) yang memastikan protein berkualiti tinggi. Gandingkan dengan makanan kegemaran anda untuk rangsangan protein mudah yang mencegah rasa lapar!



Rujukan

Morley JE, Baumgartner RN, Roubenoff R, et al. Sarcopenia. J Lab Clin Med. 2001;137(4):231-243. [PubMed]

Fielding RA, Vellas B, Evans WJ, et al. Sarcopenia: an undiagnosed condition in older adults. Current consensus definition: prevalence, etiology, and consequences. International working group on sarcopenia. J Am Med Dir Assoc. 2011;12(4):249-256. [PubMed]

Lexell J. Evidence for nervous system degeneration with advancing age. J Nutr. 1997;127(5 Suppl):1011S-1013S. [PubMed]

Narici MV, Maffulli N. Sarcopenia: characteristics, mechanisms and functional significance. Br Med Bull. 2010;95:139-159. [PubMed]

Cruz-Jentoft AJ, Landi F, Topinková E, Michel JP. Understanding sarcopenia as a geriatric syndrome. Curr Opin Clin Nutr Metab Care. 2010;13(1):1-7. [PubMed]

Studenski SA, Peters KW, Alley DE, et al. The FNIH sarcopenia project: rationale, study description, conference recommendations, and final estimates. J Gerontol A Biol Sci Med Sci. 2014;69(5):547-558. [PubMed]

Cesari M, Kritchevsky SB, Baumgartner RN, et al. Sarcopenia, obesity, and inflammation—results from the Trial of Angiotensin Converting Enzyme Inhibition and Novel Cardiovascular Risk Factors study. Am J Clin Nutr. 2005;82(2):428-434. [PubMed]

Buford TW, Anton SD, Judge AR, et al. Models of accelerated sarcopenia: critical pieces for solving the puzzle of age-related muscle atrophy. Ageing Res Rev. 2010;9(4):369-383. [PubMed]