Floating Icon
13 JUN 2024 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 1 MINIT BACA 130 LIHAT 36 BERKONGSI

7 Sebab Protein Itu Penting

Sebelum ini kita telah meneroka manfaat menggabungkan protein dengan buah kurma, pilihan diet yang penting bagi umat Islam semasa bulan puasa. Hari ini, kita menyelidiki kepentingan protein bagi mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kita.

Mari kita mendalami peranan penting yang dimainkan oleh protein untuk badan anda, dengan pandangan bernas daripada Shamini Devi Rajaretnam, Pakar Pemakanan Kanan dan bekas Jurulatih Amway yang mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun.

Sebab 1: Protein untuk Pertumbuhan dan Penyelenggaraan

Protein bukan sahaja penting untuk pertumbuhan otot – ia juga penting untuk kebanyakan komponen kesihatan kita. Daripada pembentukan sel kepada pembaikan tisu, protein adalah blok binaan kehidupan. Tanpa pengambilan protein dan asid amino perlu (EAA) yang mencukupi, luka akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh, rambut dan kuku sukar untuk tumbuh dan proses penting seperti penghasilan enzim dan hormon akan terjejas.

 

Sebab 2: Protein untuk Pengawalseliaan Badan yang Sihat

Nutrilite Soy Protein Drink for Healthy Bodily Regulation.jpg

Protein membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan, memudahkan pengangkutan nutrien serta mengawal selia tahap elektrolit di dalam sel kita. Keseimbangan ini penting untuk fungsi otot dan saraf yang betul serta mengekalkan tekanan darah yang stabil.

 

Sebab 3: Protein untuk Komponen Darah

Darah kita, yang membawa nutrien penting ke sel dan membuang sisa, bergantung pada protein. Sel darah merah yang bertanggungjawab untuk mengangkut oksigen memerlukan protein untuk pembaharuan. Hemoglobin, protein darah yang penting, memastikan pertukaran oksigen yang cekap di dalam paru-paru.

 

Sebab 4: Protein untuk Menyokong Pertahanan Badan

Nutrilite Soy Protein Drink for Supporting Body Defense.jpg

Protein memainkan peranan utama dalam menyokong sistem pertahanan badan kita. Sel darah putih yang merupakan pengawal badan kita terhadap patogen, bergantung pada protein untuk pembentukan dan fungsi. Antibodi, penting untuk melawan jangkitan, juga berasaskan protein

 

Sebab 5: Protein untuk Menyokong Tahap Tenaga

Protein bukan sahaja untuk membina otot, ia turut mempunyai impak ke atas tahap tenaga anda. Enzim yang diperlukan untuk mengubah makanan kepada tenaga adalah berasaskan protein. Hormon yang mempengaruhi segala-galanya daripada selera makan hingga metabolisme, juga bergantung pada protein.

 

Sebab 6: Protein dan Usus

Nutrilite Soy Protein Drink for Better Gut Health.jpg

Protein dan serat bekerjasama bagi memastikan kita berasa kenyang lebih lama kerana kita mempunyai usus yang sihat. Selain itu, penghadaman protein mengambil masa yang lebih lama bagi membantu kita berasa kenyang. Proses penghadaman yang lebih perlahan boleh membantu mengawal selera makan dan menggalakkan pengurusan berat badan.

Ketahui lebih lanjut:https://amwaynow.my/en/articles/gut-reset-food-for-thought

 

Sebab 7: Protein dan Pengurusan Berat Badan

Nutrilite Soy Protein Drink for Weight Management.jpg

Ingin menurunkan berat badan? Protein boleh menjadi teman baik anda. Bukan sahaja dapat membantu mengekalkan jisim otot semasa penurunan berat badan, ia turut menyumbang kepada pembakaran kalori dan kawalan selera makan. Ini menjadikannya sekutu yang berharga dalam memerangi lemak.

Nah! Inilah 7 sebab protein itu penting dan manfaatnya dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

Ingin mencari cara baharu untuk meningkatkan penggunaan protein dan kesihatan anda?

Kami ada penyelesaiannya untuk anda! Dapatkan pengambilan protein harian anda melalui protein soya yang padat dengan campuran soya, gandum dan kacang pis yang mujarab – diperoleh dengan teliti melalui proses kebolehjejakan yang ketat.

Ucapkan selamat tinggal kepada kekurangan protein dan helo kepada diri anda yang lebih sihat! Pilih protein soya yang betul dan alami perbezaannya dalam kesejahteraan anda. Buat pilihan yang lebih bijak untuk kesihatan anda hari ini!

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut!

Rujukan

Tappy L, Jequier E, Acheson K. Thermic effect of infused amino acids in healthy humans and in subjects with insulin resistance. Am J Clin Nutr 1993;57:912–6.

Halton TL, Hu FB. The effects of high protein diets on thermogenesis, satiety and weight loss: a critical review. J Am Coll Nutr 2004;23:373–85.

Schutz Y, Bray G, Margen S. Postprandial thermogenesis at rest and during exercise in elderly men ingesting two levels of protein. J Am Coll Nutr 1987;6:497–506.

Anderson GH, Moore SE. Dietary proteins in the regulation of food intake and body weight in humans. J Nutr 2004;134:974S–9S.

Weigle DS, Breen PA, Matthys CC, et al. A high-protein diet induces sustained reductions in appetite, ad libitum caloric intake, and body weight despite compensatory changes in diurnal plasma leptin and ghrelin concentrations. Am J Clin Nutr 2005;82:41–8.