Floating Icon
02 SEP 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 1081 LIHAT 178 BERKONGSI

ARTISTRY SKIN NUTRITION: Memperkenalkan Penyelesaian yang Memperbaharui & Memejalkan Kami


Penjagaan kulit yang baik sangat penting untuk mengekalkan penampilan yang muda. Mengambil masa untuk memberikan nutrisi dan penghidratan yang diperlukan oleh kulit anda boleh mencegah isu-isu seperti kedutan awal, garis-garis halus, tompok-tompok gelap dan kekenduran. Dengan rangkaian antipenuaan terbaru ARTISTRY, anda boleh melambatkan kesan masa pada kulit anda!


Penyelesaian yang Memperbaharui & Memejalkan ARTISTRY SKIN NUTRITION

Disokong oleh kajian saintifik selama bertahun-tahun dan manfaat bahan-bahan Nutrilite seperti Biji Chia Putih, Penyelesaian yang Memperbaharui & Memejalkan ARTISTRY SKIN NUTRITION menyuburkan kulit anda dan memenuhi 5 Keperluan Utama Nutrisi Kulit:

  • Membersihkan
  • Menyeimbangkan
  • Membina semula
  • Melembapkan
  • Melindungi


Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menghasilkan produk yang mampan dan mesra alam, yakinlah produk ini juga disahkan vegan, bebas paraben dan dibuat tanpa ujian ke atas haiwan.

Selain Buah Delima Nutrilite untuk perlindungan antioksidan daripada kerosakan radikal bebas, Penyelesaian yang Memperbaharui dan Memejalkan dikuasakan oleh Kompleks Pembaikan – gabungan Bayam, Kunyit dan Bunga Tea Olive yang ditanam Nutrilite untuk memulihkan keadaan kulit yang muda sebanyak 600% (ujian ex vivo).

ASN Renewing Firming PRC.jpg


Menjaga kulit matang dan kering

Penyelesaian yang Memperbaharui terdiri daripada pembersih, penyegar, krim mata, pelembap dan dua rumusan SPF 30 (pilih antara losyen untuk kulit berminyak atau krim untuk kulit kering) sementara Penyelesaian yang Memejalkan ialah pelembap yang boleh digunakan dengan produk lain dalam rangkaian Memperbaharui:


Renewing Foaming Cleanser.jpg

Renewing Foaming Cleanser

  • Menampilkan adunan Shiso Perilla dan Aloe Vera berpaten, pembersih berbuih ini direka untuk menyingkirkan bendasing seperti kotoran dan pencemaran daripada kulit anda tanpa menjejaskan mikrobiom kulit anda
  • Rumusan yang tidak melelaskan, tidak mengeringkan dan bebas sabun mengekalkan keseimbangan pH kulit anda
  • Diuji secara klinikal dan dermatologi
  • Rumusan yang lembut dan ringan menjadikan pembersih ini sesuai untuk kulit sensitif


Renewing Softening Toner.jpg

Renewing Softening Toner

  • Emulsi bak susu menstabilkan dan menyuburkan mikrobiom kulit
  • Menenangkan, melegakan dan melembutkan kulit yang rengsa/radang
  • Gel Biji Chia Putih menghidratkan dan menguatkan perintang kulit untuk wajah yang lembap bak embun
  • Rumusan yang tidak mengeringkan dan tidak komedogenik sesuai untuk kulit sensitif


Renewing Reactivation Eye Cream.jpg

Renewing Reactivation Eye Cream

  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan ketara seperti kedutan di sudut luar mata, kedutan dan garis ketawa
  • Mengurangkan kesembapan dan lingkaran gelap
  • Buah Delima Nutrilite melindungi kulit dengan sifat antioksidan yang berkuasa
  • Bebas haruman dan selamat untuk pengguna kanta lekap


Renewing Reactivation Cream.jpg

Renewing Reactivation Cream

  • Mengaktifkan semula proses pembaikan semula jadi kulit
  • Meningkatkan paras kelembapan untuk mengurangkan garis-garis, kedutan dan tanda-tanda penuaan ketara yang lain
  • Ekstrak rosemary menguatkan perintang daripada kerengsaan yang disebabkan oleh pencemaran dan serpihan
  • Meminimumkan dan mengetatkan liang roma untuk kulit yang kelihatan lebih muda dan lembut


Renewing Reactivation Day Cream SPF 30.jpg

Renewing Reactivation Day Cream SPF 30

  • Krim yang kaya memberikan perlindungan daripada cahaya dan pencemaran dengan SPF 30 spektrum luas
  • Mengurangkan kerosakan sedia ada pada kulit dengan ketara dan mengembalikan penyembuhan kulit
  • Melindungi daripada radikal bebas oksidatif dan bahan cemar untuk kulit yang lebih sihat
  • Biji Chia Putih dan Mentega Shea menyuburkan kulit kering dan melembutkan teksturnya


Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30.jpg

Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30

  • SPF 30 spektrum luas melindungi daripada kerosakan matahari UVA dan UVB
  • Rumusan pelembap sangat ringan yang bagus untuk kulit berminyak
  • Buah Delima yang ditanam Nutrilite melindungi daripada pencemaran yang merosakkan
  • Karnosin mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan pada cahaya biru dan cahaya inframerah


Firming Ultra Lifting Cream.jpg

Firming Ultra Lifting Cream

  • Rumusan antipenuaan kami yang paling komprehensif dan maju
  • Ekstrak Buah Silvervine memulihkan kulit menua yang kusam
  • Menegang dan memejalkan kulit yang kendur dengan berkesan
  • Mengurangkan kedutan dalam, garis ekspresi dan perubahan warna


Kami juga ada dua penanggal mekap baru menyertai ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser yang telah dilancarkan pada Mac.

  • Cream Makeup Remover
  • Makeup Remover + Cleansing Oil

Nantikan artikel kami tentang penanggal mekap pada minggu depan!

Bersedia untuk meremajakan kulit anda? Beli rangkaian ini di Amway.my