Floating Icon
24 MAR 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 687 LIHAT 11 BERKONGSI

Kekal Bahagia, Sihat dan Terhidrat

staying hydrated

Sorakan untuk kekal terhidrat dan sihat

Apakah salah satu cara termudah untuk mencegah penyakit? Minum air. Semudah itu. Lebih daripada separuh berat badan anda adalah air dan tanpa jumlah yang cukup, tubuh anda tidak boleh berfungsi dengan baik. 

Penghidratan yang baik menyokong sistem imun tubuh (pertahanan terbaik daripada penyakit), membantu kesihatan kulit dan menjadikan minda kita tajam dan hari kita produktif. Sama ada anda menjalani hari ‘gelas separuh kosong’ atau ‘gelas separuh penuh’, ambil gelas anda dan cubalah petua-petua ini untuk kekal terhidrat dan sihat!


Meet your daily water quota

Penuhi kuota air harian anda

Minum sepanjang hari untuk membantu tubuh anda membuang toksin yang mungkin terkumpul dan memberi kesan buruk pada sistem imun anda. Anda harus menyasarkan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (kira-kira 1.8L secara keseluruhan) untuk membantu menyingkirkan toksin dan menghidratkan semula tubuh.

Tetapi jangan berhenti di situ. Sebaik-baiknya, tingkatkan pengambilan air jika bersenam, dalam cuaca panas atau lembap atau jika anda melawan penyakit. Kami syorkan anda membawa bekal air dan menjadikan botol air sebagai aksesori wajib anda untuk diteguk sepanjang hari.


Beating obesity

Beri perhatian pada dahaga anda

Penyahhidratan boleh berlaku. Sama ada anda lupa minum air, memilih terlalu banyak minuman bergula atau melawan penyakit, penyahhidratan ringan sekalipun boleh menghilangkan tenaga dan menjadikan anda letih. Kekal terhidrat dengan air membantu mengurangkan simptom seperti mulut kering, sakit kepala dan pening, malah mempercepatkan pemulihan.

Jika anda mahu menambahkan sesuatu ke dalam minuman anda, cuba tambahkan Kristal Minuman PhytoPOWDER NutrilitePerisanya yang menyegarkan, elektrolit serta vitamin dan mineral tambahan memudahkan anda mencapai kuota air harian.


Brave the Heat with a Bottle of True Water

Pastikan kebersihan air anda

Tidak semua air sama. Malah air perbandaran boleh tercemar ketika perjalanan antara loji rawatan dan paip anda. Pastikan air yang anda minum atau gunakan untuk masak selamat. Kami mengesyorkan Sistem Rawatan Air eSpring™ untuk ketenangan fikiran anda.

Unit eSpring™ berkesan menyingkirkan lebih daripada 140 bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan dan menggunakan lampu UV untuk memusnahkan 99.99% virus dan bakteria bawaan air dengan berkesan. Kita semua harus berasa gembira!


Bekalkan kulit dengan penghidratan

Kulit adalah organ tubuh yang terbesar dan seperti organ yang lain, ia memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Tanpa air, kulit kelihatan kering, ketat dan mengelupas akibat penyahhidratan. Selain minum air secukupnya, pertimbangkan penjagaan kulit yang tepat untuk penghidratan mendalam dan tahan lama seperti produk Penyelesaian yang Menghidratkan ARTISTRY SKIN NUTRITION yang baru.

Masa yang tepat untuk memberikan penghidratan pada kulit ialah sebelum tidur kerana sel-sel kulit diperbaharui 2-3x lebih cepat pada waktu malam berbanding dengan waktu siang. Sapu ARTISTRY Hydrating Gel Cream agar kulit anda kekal lembap semasa tidur dan gandingkannya dengan Hydrating Day Lotion SPF 30 untuk menghalang sinar UV pada waktu siang.


ARTISTRY SIGNATURE SELECT Polishing Mask

Basuh, keringkan, hidrat, ulang

Sering mencuci tangan boleh menjejaskan kulit, menjadikannya kering, terengsa dan pecah-pecah. Topeng rawatan adalah cara terbaik untuk menghidratkan semula kulit dengan segera agar terasa lembap, lebih sihat, halus dan lembut. Hasilkan rawatan tangan anda sendiri dengan ARTISTRY SIGNATURE SELECT™ Masks. Kami syorkan agar gunakan Polishing Mask dahulu untuk menyingkirkan kulit mati yang kering yang mengelupas.

Kemudian, suburkan kulit dengan Hydrating Mask, yang mengunci lembapan, melegakan dan membantu melindungi kulit daripada serangan persekitaran. Segarkan juga rambut anda yang tidak bermaya dengan
Masker Penggiat Satinique™ untuk menguatkan, menghidratkan dan memperbaiki rambut yang rosak agar ia kembali kelihatan sihat semula jadi. Penjagaan diri memang sangat penting!

Air sangat penting untuk tubuh menjalankan tugasnya. Oleh itu, kekalkan keimunan anda dengan kekal terhidrat di dalam dan di luar untuk tubuh sihat yang bukan hanya terasa hebat tetapi juga kelihatan hebat.