Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 525 LIHAT 11 BERKONGSI

Senaman di Rumah bersama XS – Bersenam Bersama Anak Anda


Sukar untuk terus kekal cergas sebagai ibu bapa. Ramai orang berpendapat bahawa mengejar anak-anak sudah cukup sebagai senaman tetapi hakikatnya mengejar anak-anak sekali-sekala tidak cukup untuk 30 minit penuh senaman kardio dan dari segi latihan kekuatan, anda perlu memastikan yang anda menyasarkan semua otot di setiap bahagian tubuh anda.

Jadi, jika anda tidak boleh menghantar anak kepada pengasuh semasa anda bersenam, mengapa tidak biarkan mereka membantu anda bersenam? Ini cara yang hebat untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak anda dan ia juga mengajar mereka untuk menjalani gaya hidup sihat. Di sini, Nik M Rabbani daripada XS Force (dan bayi comelnya yang seberat 10kg) akan menunjukkan kita caranya.


Workout_With_XS_&_Your_Kid_750.jpg

Mula-mula sekali, ambil masa untuk melakukan senaman pemanasan yang sempurna. Jangan tergesa-gesa semasa pemanasan atau anda akan menghadapi risiko kecederaan. Dengar kata badan anda dan berhenti jika anda perlu. Sentiasa berunding dengan doktor sebelum anda memulakan sebarang program senaman. Akhir sekali, sejukkan badan anda setelah selesai.


Lakukan setiap senaman selama 45 saat. Rehat selama 15 saat antara senaman.


  1. Butt Kick Side to SideWorkout_With_Your_Kid_-_Butt_Kick_Side_to_Side.jpg

  2. SquatsWorkout_With_Your_Kid_-_Squats.jpg

  3. Side Lunges
  4. Bulgarian Split Squats (kaki kiri di depan)Workout_With_Your_Kid_-_Bulgarian_Split_Squats.jpg

  5. Bulgarian Split Squats (kaki kanan di depan)
  6. Chair Dips (ulangi 2x)Workout_With_Your_Kid_-_Chair_Dips.jpg

  7. Deadlifts (ulangi 2x)
  8. Military Press (ulangi 2x)

Rehat selama 60 saat dan ulangi keseluruhan litar 3-4 kali.


Anda sudah selesai! Masa untuk menyejukkan badan dan menikmati XS Mixed Whey Protein With Chocolate Flavour untuk membantu otot anda pulih dan membesar. Nikmati gabungan asid amino rantai bercabang (BCAA), serbuk biji chia, serbuk spirulina dan 30g protein dalam setiap hidangan. Jangan salah sangka, ia memang berkhasiat dan juga lazat.

Seperti biasa, pastikan badan anda sihat dan kuat dengan diet yang berkhasiat untuk membantu mencegah kenaikan berat badan berlebihan dan mengekalkan penurunan berat badan. Ia juga bagus untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhan serta membekalkan tenaga untuk bersenam.

Kaedah terbaik untuk melakukannya? Makan dengan kerap tepat pada waktunya dan dapatkan nutrien anda daripada semua kumpulan makanan utama. Tambahkan suplemen dalam rutin harian anda untuk mengisi jurang pemakanan jika ada.


Mulakan perjalanan makan secara sihat anda sekarang! Baca artikel pemakanan dan kesejahteraan kami di sini untuk idea-idea yang lazat dan mudah.