Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 532 LIHAT 66 BERKONGSI

Senaman di Rumah dengan XS – Kardio & Perut


Rangsangan kardio yang hebat kerana pergerakan yang laju, senaman HIIT merupakan pilihan yang sangat baik untuk bersenam di rumah kerana anda tidak memerlukan apa-apa untuk menggerakkan badan. Di sini, Priscilla Khu daripada XS Force menunjukkan bagaimana anda hanya memerlukan tikar, kerusi dan 20 minit atau kurang.

Lakukan setiap senaman selama 40 saat penuh kemudian berehat selama 15 saat sebelum beralih ke senaman seterusnya. Satu set senaman lengkap memerlukan kurang dari 5 minit. Terdapat empat set semuanya. Rehat selama 30 saat antara setiap set. Faham? Bagus. Sekarang, panaskan badan dan mula!


Set Pertama

  • Chair Jump Squat 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Tricep Dip 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Seated Y-T-W 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Inclined Plank Jack 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Inclined Push Up 40 saat

Rehat selama 30 saat. Ulangi keseluruhan set.

Rehat selama 30 saat sebelum set seterusnya.


Set Kedua

  • Bulgarian Split Squat (kaki kanan) 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Bulgarian Split Squat (kaki kiri) 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Knee Tug 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Step Up (berselang-seli antara kedua-dua kaki) 40 saat
  • Rehat 15 saat
  • Cross Climber (lutut kiri ke siku kanan, lutut kanan ke siku kiri) 40 saat

Rehat selama 30 saat. Ulangi keseluruhan set.

XS-Whey-Protein.jpg

Sudah selesai! Ingat untuk menyejukkan badan dan minum XS Mixed Whey Protein With Chocolate Flavour untuk membantu otot anda pulih dan membesar. Dengan campuran asid amino rantai bercabang (BCAA), serbuk biji chia, serbuk spirulina dan 30g protein setiap sajian, ia berkhasiat dan lazat dengan perisa coklat yang berkrim.

Jangan lupa untuk memastikan tubuh anda sihat dan kuat dengan diet yang berkhasiat. Ini sangat penting untuk membantu mencegah kenaikan berat badan berlebihan, mengekalkan penurunan berat badan, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhan dan membekalkan tenaga untuk senaman.

Sebaik-baiknya makan secara teratur tepat pada waktunya dan dapatkan nutrien daripada semua kumpulan makanan utama. Namun begitu, anda juga boleh menambah suplemen dalam regim harian anda untuk mengisi jurang pemakanan yang masih ada. Bersedia untuk memulakan kembara makan secara sihat? Baca artikel pemakanan dan kesejahteraan kami di sini

untuk idea-idea yang lazat dan mudah.