Floating Icon
13 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 883 LIHAT 56 BERKONGSI

Bina Otot Anda Dengan Pemakanan Yang Betul Dengan XS Whey Protein

Apabila menyebut tentang otot, kita sering terbayang bisep yang membonjol atau 6 otot kekar di perut. Walau bagaimanapun, otot bukan hnaya untuk tujuan estetik, ia memainkan peranan penting untuk memastikan tubuh kita terus berfungsi.

Terdapat 3 jenis otot yang berbeza di dalam tubuh kita, iaitu otot licin, otot kardium dan otot rangka. Ketiga-tiga otot ini membentuk 600 otot dalam tubuh kita yang melakukan segala-galanya dari peredaran darah hingga membantu kita mengangkat benda berat.

Selain membuatkan anda kelihatan menarik, sebab lain kita memerlukan otot termasuk:

  1. Menambah otot melalui latihan kekuatan membantu meningkatkan kadar metabolisma yang menyebabkan tubuh anda membakar lebih banyak lemak.
  2. Membina otot anda juga membina dan menguatkan tulang dan tendon anda; membantu mencegah tulang patah serta tendon terseliuh dan tergeliat.
  3. Meningkatkan tahap kecergasan dan pemulihan anda, dengan itu meningkatkan kesihatan keseluruhan anda.

Otot licin: Otot luar kawal yang terdapat dalam organ untuk membantu fungsi tubuh.

Otot kardium: Mengecutkan jantung untuk mengepam darah.

Otot rangka: Bersambung dengan rangka untuk membantu menggerakkan anggota tubuh dan bahagian tubuh yang lain.

Penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang mengambil 20-25 gram protein yang cepat dicerna (seperti whey) boleh melihat peningkatan dalam pembentukan otot melalui proses sintesis protein otot.

Sumber: Schoenfeld, B. and Aragon, A. (2018).How much protein can the body use in a single meal for muscle-building? Implications for daily protein distribution.

Overhead mood shot of XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour 3


MENGAPA WHEY PROTEIN?

Susu diperbuat daripada 2 protein, kasein dan whey. Yang kedua itu biasanya digunakan oleh atlet, pembina badan dan model kecergasan untuk menambah baik prestasi sukan dan meningkatkan jisim otot dan kekuatan.

Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism menyimpulkan bahawa "pengambilan suplemen whey protein semasa latihan rintangan memberikan beberapa faedah berbanding dengan latihan rintangan semata-mata." Di samping itu, "lelaki yang mengambil suplemen whey protein mengalami pertambahan relatif jisim tisu tanpa lemak yang lebih besar."

Sumber: Burke, D., Chilibeck, P., Davison, K., Candow, D., Farthing, J. and Smith-Palmer, T. (2001). The Effect of Whey Protein Supplementation with and Without Creatine Monohydrate Combined with Resistance Training on Lean Tissue Mass and Muscle Strength.

Whey protein menggalakkan pertambahan otot dalam beberapa cara termasuk:

  1. Tinggi kandungan asid amino leusina yang diketahui merangsang sintesis protein otot pada tahap molekul dan genetik.
  2. Meningkatkan pembebasan hormon anabolik seperti insulin yang boleh merangsang pertumbuhan otot.
  3. Whey protein diserap dan digunakan dengan sangat cepat berbanding dengan jenis protein lain.
30g Setiap hidangan (40g) mengandungi 30g protein
BCAA Asid amino rantai bercabang membantu otot pulih dengan cepat
Makanan Berkhasiat Mengandungi Spirulina dan Biji Chia yang membantu meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot


MEMPERKENALKAN XS MIXED WHEY PROTEIN WITH CHOCOLATE FLAVOUR

XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour ialah adunan protein berkualiti tinggi yang kaya dengan asid amino rantai bercabang (BCAA) yang membantu pemulihan otot di samping membantu membina otot. Setiap hidangan (2 skup) membekalkan 30 gram protein, tanpa tambahan lemak, pewarna tiruan, pemanis atau perisa.

Diperbuat dari campuran pekatan whey protein dan asingan whey protein, ia juga mengandungi Spirulina dan Biji Chia yang menyediakan kesan antioksidan dan antiradang. Ia dirumus khas untuk membekalkan tubuh anda dengan protein berkualiti yang diperlukan untuk meningkatkan pemulihan dan menggalakkan pertumbuhan otot.

Tersedia dalam perisa coklat, adunan yang lazat dan berkrim ini sesuai sebagai snek protein tinggi yang cepat atau diambil selepas sesi senaman. Dapatkan yang terbaik daripada sesi senaman anda dan capai matlamat!