Floating Icon
22 FEB 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 717 LIHAT 30 BERKONGSI

Cara Mudah untuk Menggunakan Semula Bekas Amway Anda

Bekas Plastik – Bukan Sekadar Menyimpan

Salah satu tabiat suri rumah di Malaysia ialah membersihkan dan menyimpan bekas makanan bawa pulang dan menggunakannya semula kemudian apabila terdapat lebihan makanan.

Walaupun generasi muda mungkin menggelengkan kepala dan merungut mengenai bilangan bekas yang terdapat di rumah, sikap para ibu (dan ayah) yang berjimat cermat ini memainkan peranan yang besar dalam menyelamatkan alam sekitar dengan menggunakan semula bekas ini.

Clean your containers thoroughly

Sebelum menggunakan semula sebarang jenis bekas, adalah penting untuk membersihkannya dengan cermat. Pilihlah daripada Pencuci Pelbagai Guna L.O.C, Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE, atau Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS untuk menjadikan bekas yang digunakan semula itu bersih berkilat dan selamat untuk keluarga anda.

Bekas ini juga bagus digunakan semula di rumah!

Penggunaan semula membantu mengurangkan jumlah sisa yang dilepaskan ke alam sekitar, malah mengurangkan jumlah pencemaran dan membantu melindungi alam sekitar. Lagi pun, benda boleh jimat, buat apa membazir!

Kitar Semua, Guna Semula dan Kitar Tinggi!

    Anda mungkin pernah mendengar perkataan kitar semula sebelum ini tetapi slogan yang mengujakan pada hari ini adalah “Guna Semula dan Kitar Tinggi”.

    Guna semula merujuk kepada hanya menggunakan semula produk berulang-ulang kali untuk mengurangkan sisa seperti menggunakan straw logam atau menggunakan beg membeli-belah kain yang mesra alam dan bukannya beg plastik.

    Sementara itu, kitar tinggi bermaksud mencari cara baru dan kreatif untuk mengubah semula fungsi barangan yang sudah pun ada di rumah anda dan bukannya membuang barangan tersebut ke tapak pelupusan yang mungkin menyumbang kepada pencemaran.

    Kitar Tinggi Bekas Amway Anda dengan 3 Cadangan Mudah Ini

    Jika anda tidak pasti bagaimana untuk memulakan kitar tinggi, apa kata mulakan dengan bekas Amway anda yang lama?

    Memandangkan bekas ini terdapat dalam pelbagai saiz, ia amat sesuai untuk beberapa penggunaan yang berbeza. Berikan nafas baru kepada bekas Amway lama yang tidak digunakan dan serikan ruang rumah anda dengan 3 cadangan ini:

    Use containers to grow herbs and vegetables

    Gunakan bekas yang besar untuk menanam herba anda sendiri

      Ada beberapa bekas Minuman Protein Soya Nutrilite, Nutrilite PhytoPOWDER, atau XS Whey Protein with Chocolate Flavour yang terbiar? Buatkan beberapa lubang saliran di bawahnya dan isikannya dengan tanah untuk tempat penyemaian yang pantas dan mudah yang anda boleh gunakan untuk menanam herba dan sayur-sayuran kecil anda sendiri.

      Organise spices in smaller bottles

      Susun rempah-ratus anda dalam botol lebih kecil

        Setiap botol suplemen NUTRILITE biasanya bertahan untuk beberapa bulan, jadi dalam masa setahun anda akan mempunyai beberapa biji botol di rumah anda. Jangan buang botol yang bagus ini, sebaliknya isikan rempah-ratus dan herba kering anda ke dalam botol ini untuk rak rempah yang kemas dan teratur. Lebih baik lagi, anda boleh mencungkil bakat kreatif anda dan menghias botol ini agar nampak lebih istimewa. Jangan pulak lupa melabelkannya – risau anda mungkin akan tersalah ambil garam bila anda mencari gula!

        Store toys, tools and art stuff in containers

        Wujudkan rak seni untuk mainan atau alat seni dan kraf

          Jika anda pandai menggunakan alatan dan sentiasa mencari projek baru, ini adalah salah satu projek untuk anda. Ambil cat dan reka haiwan kecil yang comel atau kartun di sekeliling bekas NUTRILITE yang lebih besar untuk dijadikan kotak mainan yang cantik untuk anak anda. Anda juga boleh membina rak yang boleh digunakan untuk menyimpan alat seni dan kraf, alat tulis atau alat berkebun anda. Anda bukan sahaja mendapat kepuasan apabila membina sesuatu dengan tangan anda sendiri malah anda juga turut memainkan peranan yang kecil dalam menyelamatkan alam sekitar.

          Sudah tentu, ini hanyalah beberapa cadangan yang kami ada dan jika anda mempunyai banyak lagi cara kreatif untuk guna semula bekas produk Amway lama anda, sila kongsikannya dengan kami.