Floating Icon
13 JAN 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 523 LIHAT 10 BERKONGSI

Mengapa Penting Menjaga Kebersihan Pelitup Muka Anda

germs affecting reusable face masks


Menyesuaikan Diri Dengan Norma Baru

Dengan wabak yang sedang melanda, pemakaian pelitup muka ketika berada di luar rumah telah menjadi satu keperluan dan fesyen, sama seperti telefon pintar dalam kehidupan seharian kita. Dalam norma baru sekarang, aksesori keselamatan ini sangat penting untuk mencegah penyebaran penyakit.

Walaupun sesetengah orang memilih untuk memakai pelitup muka pakai buang, kebanyakan kita memilih alternatif pelitup muka boleh guna semula yang lebih menjimatkan. Pelitup muka boleh guna semula bukan sahaja lebih menjimatkan tetapi ia diperbuat daripada fabrik lut udara dan lebih selesa pada kulit.

Namun, ia ada kelemahannya – pelitup muka boleh guna semula perlu kerap dicuci.


Mengapa anda perlu mencuci pelitup muka boleh guna semula?

Pelitup muka boleh guna semula memerangkap kuman dan bakteria daripada udara luar dan menghalangnya memasuki sistem pernafasan kita. Jika pelitup muka itu tercemar, ia mungkin menjadi tempat pembiakan kuman. Walaupun sesetengah pelitup muka boleh guna semula baru menampilkan ciri seperti fabrik ‘antibakteria’, anda sangat disarankan untuk mencucinya seperti pakaian lain yang biasa anda pakai.

Oleh sebab pelitup menyentuh hidung dan mulut anda, partikel kuman dan virus mungkin masuk ke dalam sistem anda atau dipindahkan ke permukaan di rumah anda yang menjadikannya pembawa kuman yang kita mahu hindari.

Oleh itu, sebaik-baiknya sediakan dua pelitup muka supaya anda boleh mencuci pelitup muka boleh guna semula setiap hari.


Tetapi persoalannya ialah berapa kerap anda ingat untuk mencuci pelitup muka anda?

Mencuci pelitup muka dengan kerap ialah amalan kebersihan yang baik sama seperti kita kerap mencuci pakaian dan tangan kita. Ia mencegah virus dan kuman!

Jika anda tidak boleh mencuci pelitup muka anda setiap hari, cuba cuci sekurang-kurangnya setiap dua hari sekali. Dengan cara itu anda mempunyai masa untuk mencuci dan mengeringkan satu pelitup muka ketika memakai pelitup muka yang satu lagi.

Satu lagi sebab untuk mencuci pelitup muka anda adalah sebab sosial. Bau nasi lemak yang anda nikmati ketika makan tengah hari mungkin melekat pada fabrik pelitup muka. Bau itu boleh membuatkan diri dan orang di sekitar anda rasa tidak selesa. Jadi, cuci pelitup muka boleh guna semula dengan kerap untuk mensanitasi dan menyahbau.

SA8 Laundry


Hilangkan Kuman dan Bau Dengan Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8 Premium

Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8 Premium Amway Home hebat membersih. Dikuasakan oleh BIOQUEST formula, ia mengandungi bahan-bahan daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah sitrus dan mineral. Ia juga mengandungi rumusan penghilang kotoran berpaten yang mengandungi kristal membuih untuk menghilangkan berbilang lapisan kotoran dan daki dengan berkesan. Rumusan terbiodegradasi ini juga telah diuji secara dermatologi agar lembut pada kulit sensitif.

Sanitasi dang nyahbau pelitup muka anda dengan haruman segar dan pelembut berasaskan tumbuhan semula jadi. Tersedia dalam rumusan cecair atau serbuk pekat, ia membersih dengan berkesan pada semua suhu dan memerlukan sedikit saja detergen untuk setiap cucian. Rumusannya yang unik dihasilkan tanpa bahan kimia kuat yang boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda dan insan tersayang.

Tingkatkan keberkesanan detergen ini dengan Peluntur Fabrik SA8 yang membersih dengan peluntur oksigen aktif. Berikan pelitup muka anda pembersihan mendalam yang menyingkirkan kotoran yang paling degil sekalipun. Anda hanya perlukan 10ml setiap 5kg cucian. Inilah pembersihan berkuasa yang kekal hijau!

Pelitup muka ialah perlindungan pertama daripada virus dan kuman, jadi lindungi keluarga anda daripada kuman dan penyakit di luar dengan produk pembersihan SA8 Amway Home ini. Jangan berhenti di situ – jaga keluarga anda di rumah dengan rangkaian produk pembersih permukaan Amway Home Care seperti Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE. Kekal selamat dan bersih ketika sibuk dengan Pensanitasi Tangan PURSUE.