Floating Icon
26 JAN 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 440 LIHAT 15 BERKONGSI

Resipi Sup Mi Ayam

Menjalani hari yang sukar? Adakah cuaca hujan menjadikan semuanya kelihatan suram? Apa kata ceriakan perut dan minda anda dengan makanan selesa yang enak? Tiada yang lebih baik daripada semangkuk Sup Mi Ayam.

Chicken Noodle Soup 1

Tambahan pula ia juga sajian yang sihat! Kami tahu memasak sebungkus mi segera lebih cepat dan enak (kerana tambahan MSG) tetapi kami berjanji, ia tidak mengambil masa yang lama dan tidak mengandungi banyak kalori.

Sihat, berkhasiat dan mudah disediakan. Sediakan semangkuk sup mi ayam yang mengenyangkan (mungkin tidak selazat yang disediakan oleh ibu) dan biarkan makanan yang enak ini menceriakan hari anda!


Resipi Sup Mi Ayam


Mi Telur

Menghasilkan: 500g


Bahan-bahan

    • 400g tepung gandum
    • 1sb serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite
    • 155ml campuran 1 telur + air
    • 3g garam
    • 3g minyak zaitun

Cara-cara

(gunakan Pembuat Mi Noxxa)

Noxxa Noodle Maker


  1. Pilih acuan mi yang diingini dan pasangkan pembuat mi.
  2. Masukkan tepung dan serbuk protein ke dalam cawan pengadun dan pasang penutupnya.
  3. Hidupkan kuasa dan tekan butang “Auto/Stop”.
  4. Campurkan minyak zaitun dan garam ke dalam campuran telur + air dan tuangkan perlahan-lahan melalui kedua-dua lubang pada penutup.
  5. Mi akan keluar secara automatik.
  6. Masukkan mi ke dalam air mendidih dan biarkan masak selama 2-5 minit bergantung pada ketebalannya.
  7. Keluarkan mi, siram dengan air sejuk dan ketepikan.


Untuk sup

Bahan-bahan

    • 2 sb minyak zaitun
    • 3 ulas bawang putih (dicincang)
    • 2 bawang merah (dipotong)
    • 5 paha ayam
    • 3 lobak merah (dihiris)
    • 3 batang saderi (dipotong)
    • 2L air eSpring
    • Garam dan lada secukup rasa
    • Pasli
    • 500g mi yang telah dimasak

Cara-cara

(gunakan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa)

Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker.jpg


  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk menggunakan fungsi STIR FRY pada suhu 160°C. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  2. Masukkan paha ayam, lobak merah dan saderi. Tumis selama 1 minit. Ingat: bersihkan ayam sebelum memasukkannya ke sup!
  3. Masukkan air dan pasang penutupnya. Putar tombol kawalan ke PRESSURE.
  4. Tekan CANCEL dan pilih fungsi SOUP/BROTH dan tetapkan masa selama 10 minit.
  5. Setelah masak, tekan CANCEL, bebaskan tekanan dan buka penutup dengan berhati-hati.
  6. Keluarkan paha ayam dan carik-carik isinya.
  7. Tambahkan garam dan lada ke sup dan masukkan ayam yang telah dicarik-carik ke dalam sup.
  8. Masukkan pasli segar dan hidangkan dengan mi yang telah dimasak.


Berminat untuk mendapatkan Pembuat Mi Noxxa dan Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa? Layari www.amway.my