Letakkan Philips Airfryer di kaunter kerana anda perlukannya untuk menyediakan resipi yang lazat ini untuk keluarga anda! Kurangkan masa di dapur, biarkan peralatan yang dipercayai ini melakukannya dan nikmati saat-saat bersama keluarga anda.
Udang Stim dengan Suun
Bahan-bahan utama
- 5 ekor udang bersaiz besar
- 50g suun (rendam dalam air selama 15 minit)
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
Bahan-bahan sos
- 6 ulas bawang putih dicincang
- 1 cili, dipotong dadu
- 1 sk minyak bijan
- 3 sb kicap
- Secubit lada hitam
Cara
Penyediaan sos
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk.
Persediaan utama
- Bersihkan udang dan hiris dua.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam.
- Susun udang dalam pinggan dan letakkan suun di atas udang.
- Tuangkan sos pada udang dan suun.
- Tutup pinggan dengan kerajang aluminium.
- Isi 1/4 Philips Airfryer dengan air mendidih.
- Letakkan pinggan ke dalam Philips Airfryer. Tetapkan Airfryer pada 200°C selama 15 minit dan mulakan proses memasak.
- Letakkan dalam pinggan yang dihias dan hidangkan.
Kekapis dengan Sos Oren Mandarin
Bahan-bahan utama
- 400g kekapis (kira-kira 15 kekapis bersaiz sederhana)
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 1 sb tepung jagung
Bahan-bahan sos
- 3 sb jus oren
- 1 sk madu
- 5 sb kicap
- 1 sk minyak bijan
- Secubit lada hitam
- 1/4 sk tepung jagung
Cara
Penyediaan sos
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk.
Persediaan utama
- Cuci kekapis dan keringkan dengan tuala dapur pakai buang.
- Perasakan kekapis dengan garam dan lada hitam.
- Gaulkan kekapis dengan tepung jagung.
- Letakkan kekapis dalam dulang gril Philips Airfryer.
- Tetapkan Airfryer pada 200°C selama 10 minit dan mulakan proses memasak.
- Selepas 10 minit, keluarkan kekapis dari Philips Airfryer dan ketepikan.
- Letakkan piring keluli tahan karat ke dalam Philips Airfryer dan tuangkan sos ke atasnya. Panaskan selama 5 minit pada suhu 200°C.
- Setelah sos mendidih, masukkan kekapis ke dalam sos dan gaul rata.
- Kekapis siap untuk dihidangkan.