Floating Icon
17 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 1077 LIHAT 65 BERKONGSI

Serum Terbaik untuk Wajah Anda

Ubah penampilan dan tingkatkan keyakinan anda dengan ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum

Anda tentu pernah mendengar kata-kata ini, 'Tahun baru, anda yang baru' tetapi mengapa tidak 'Tahun baru, anda yang baru, kulit yang baru'? Dengan ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum, ini boleh menjadi azam tahun baru yang menjadi kenyataan! Bunyi macam mustahil bukan? Tidak sama sekali. Mari kita lihat bahan-bahan yang menyuburkan kulit dan teknologi revolusioner yang membentuk serum yang menakjubkan ini.


PersonalizedSerum.jpg

1 Serum Asas. 5 Penguat. 25 Penyelesaian yang Diperibadikan.

Memandangkan Serum Asas boleh digabungkan dengan sehingga 3 Penguat, 25 kombinasi serum adalah mungkin − yang bermaksud apa jua masalah kulit anda, pasti ada kombinasi untuk anda.


Hanya Bahan-bahan yang Terbaik

Dikuasakan oleh 100% air yang diseduh dengan Fito dan adunan Ekstrak Ceri Aserola, Black Currant, Teh Hijau, Delima dan Bayam, Serum Asas mempunyai ekstrak tumbuhan yang diluluskan Nutrilite™ dengan kepekatan tertinggi di dalam satu produk ARTISTRY. Serum Asas adalah penting kerana ia meningkatkan penembusan kulit sehingga 175% untuk membantu Penguat mencapai lapisan kulit yang paling dalam dengan mudah.


Lima Sekawan

ARTISTRY Serum Hydrating
Penguat Menghidratkan

Teknologi Hidro-Probiotik untuk memulihkan pertahanan semula jadi kulit, meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 233% dan mengunci lembapan untuk penghidratan sepanjang hari.




ARTISTRY Serum Brightening
Penguat Mencerahkan

Teknologi Pembaharuan Keserian untuk meningkatkan pembaharuan sel kulit yang menyebabkan kulit wajah menjadi berseri dan bermaya dengan segera.




ARTISTRY Serum Anti Wrinkle
Penguat Antikedutan

Teknologi Penghapus Garis untuk memantapkan rangkaian sokongan kulit yang menjadikan garis-garis halus dan kedutan kurang jelas kelihatan!




ARTISTRY Serum Firming
Penguat Memejalkan

Teknologi Pengetat Kulit untuk meningkatkan keanjalan dan kepejalan kulit yang memberikan raut muka yang lebih berbentuk dan jelas.




ARTISTRY Serum Anti Spot
Penguat Antitompokan

Teknologi Vitamin C Menyasarkan Tompokan untuk meratakan, mencerahkan dan mengurangkan pembentukan tompok gelap. Penambahbaikan ini diperhatikan pada 100% wanita dalam kajian klinikal.