Sama ada anda inginkan inovasi terkini dalam penjagaan kulit mahupun kosmetik warna yang mengikut trend, kami mempunyai alat maya baru untuk semua ABO, peminat ARTISTRY dan Passionista!
Sentiasa dapatkan maklumat tentang jenama dan pelancaran produk terkini agar anda sentiasa terkedepan dalam penjalanan kecantikan peribadi anda.
Gunakan Alat Realiti Terimbuh Pengalaman Solekan untuk “mencuba” warna solekan berlainan secara maya, di mana sahaja anda berada dengan telefon pintar anda – anda tidak perlu menggunakan produk secara fizikal pada muka anda.
Sebaliknya, saksikan transfomasi serta-merta pada swafoto dengan mengklik pada warna produk maya untuk melihat bagaimana rupa wajah anda secara realiti! Oleh itu, lihat warna dan kemasan yang mana paling sesuai dengan anda dan bagaimana produk yang berbeza kelihatan apabila digabungkan.
Apabila anda sudah memilih item yang anda sukai untuk rupa wajah yang anda pilih, sila teruskan dan memesannya. Selepas itu beritahu orang lain dengan berkongsi swafoto anda – dengan memakai produk tersebut pada muka anda sambil memegangnya di tangan anda – di rangkaian media sosial anda! #wearitshareit
Untuk ABO yang menjual produk dan jenama ARTISTRY, aplikasi ini menyediakan peluang jualan dan mengembangkan perniagaan yang kukuh. Mula-mula, cuba aplikasi tersebut untuk diri anda sendiri supaya anda dapat membiasakan diri dengan skor anda sendiri dan saranan produk.
Aplikasi tersebut ialah alat yang boleh dibawa ke mana sahaja yang sempurna untuk menunjukkan produk kepada pelanggan tanpa perlu membawa produk bersama anda. Anda hanya memerlukan telefon pintar anda sahaja. Buka aplikasi dan libatkan pelanggan yang berminat dalam perbualan santai tentang semua keperluan penjagaan kulit and penampilan bersolek yang ingin mereka cuba.
Muat turun Aplikasi ARTISTRY Virtual Beauty bagi peranti Apple atau Android secara percuma melalui Apple Store atau Google Play, dan lihat jualan produk kecantikan anda, dan komuniti Passionista, berkembang!