Floating Icon
29 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1836 LIHAT 68 BERKONGSI

4 Suplemen Mesti Dimiliki Oleh Pencinta Makanan

Mungkin sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia. Kita cenderung untuk menyatakan rasa kasih kita kepada keluarga dan sahabat melalui makanan. Sekiranya jarak antara satu perayaan dan perayaan yang lain tidak begitu jauh, ia bermakna anda bukan sahaja menyambut perayaan berganda. Malah, kalori juga turut berganda!

Walaupun ramai yang menggemari tart nanas (tahukah anda bahawa sekeping tart mengandungi 82 kalori?) dan menjamu selera pada bila-bila masa dan di mana sahaja telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia, kita tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan kita. Tiada siapa yang boleh melarang anda untuk makan apa sahaja tetapi bersederhanalah!

Nutrilite mempunyai apa yang anda perlukan untuk memastikan anda boleh menikmati makanan yang lazat tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan kesihatan anda. Kami memilih empat produk Nutrilite yang mesti dimiliki yang akan membantu anda mengekalkan kesihatan yang baik selain bersenam di gim!

Nutrilite and BodyKey supplements

Salmon Omega Complex

Bagus untuk mengekalkan kesihatan umum anda secara keseluruhan, Nutrilite Salmon Omega Complex mengandungi campuran unik minyak ikan yang terbaik, dengan kepekatan asid lemak EPA dan DHA yang tinggi.

Faedah kesihatan asid lemak Omega-3 yang terbukti termasuk menaikkan paras kolesterol 'baik' HDL, meningkatkan kesihatan kulit dan menyokong aliran darah dan fungsi jantung yang sihat.

Mixed Fibre Chewable Tablet

Nutrilite Mixed Chewable Tablet mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut yang bersumber secara semula jadi. Ini penting kerana serat larut mengurangkan paras gula darah, meningkatkan rasa kenyang dan membantu menurunkan kolesterol darah dengan menurunkan lipoprotein berkepekatan rendah, atau paras kolesterol 'jahat', manakala serat tidak larut menambah pukal pada najis anda, membantu najis keluar dengan lebih cepat melalui usus. Juga, serat larut dan tidak larut berfungsi secara sinergistik untuk menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik!

BodyKey By Nutrilite Meal Replacement Shake

Kami tahu bahawa menikmati makanan yang sedap-sedap memang tidak dapat dielakkan (dan kami juga tidak mahu anda melepaskannya!) Tetapi mengapa tidak mengawal sajian yang anda boleh? Pastikan anda menggantikan sekurang-kurangnya satu sajian sehari dengan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey by Nutrilite untuk mendapatkan 25 vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan anda.

Dirumus untuk kemudahan, rasa yang hebat dan kiraan kalori yang rendah, kami mengesyorkan agar anda mengambil Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey by Nutrilite sebagai sarapan untuk mengurus pengambilan kalori anda pada hari itu.

CB Plus

Bekalkan diri anda dengan Nutrilite CB Plus setiap kali anda meninggalkan rumah kerana anda tidak tahu bila anda mungkin memerlukannya! Adalah disyorkan untuk mengambil satu hingga tiga tablet sebelum makan sajian yang tinggi karbohidrat.

Dirumus dengan bahan-bahan yang benar-benar organik yang mengandungi nutrien penting, ini mungkin apa yang anda perlukan untuk memastikan anda terus mematuhi program pengurusan berat badan anda!