Sekilas pandang di Instagram anda akan melihat peningkatan yang memberangsangkan bagi golongan yang menjaga diri mereka sendiri dengan lebih baik. Setiap hari, banyak foto dan video muncul yang menampilkan rutin senaman yang menyeronokkan, resipi sihat dan cara kreatif untuk berehat. Apa yang menarik ialah betapa cepat perkara ini memulakan tindak balas berantai yang positif, memberikan inspirasi kepada semua orang untuk melakukan perkara yang sama.
Selain memastikan kesihatan fizikal anda baik, penjagaan diri juga penting untuk kesihatan mental kita. Penjagaan diri merangsang keyakinan dan harga diri yang lebih tinggi, dan mempunyai hubungan yang teguh dengan diri anda sendiri boleh mengeratkan hubungan anda dengan orang lain. Malah, anda berkomunikasi dengan lebih berkesan apabila mood anda baik.
Selain itu, anggaplah Masa Bersendirian anda sebagai satu ganjaran kerana melakukan kerja dengan cekap. Sentiasa membayangkan hadiah ini juga dapat membantu anda memberikan tumpuan pada tugasan penting yang membantu anda mengurus tekanan dengan lebih baik. Mengapa tidak mula memanjakan badan anda di rumah? Anda berhak mendapatkannya!
Tahukah anda bahawa kulit anda sebenarnya adalah organ terbesar anda? Ia meliputi dan melindungi seluruh badan anda dengan luas permukaan lebih kurang 2 meter persegi – begitu banyak sekali kulit yang terdedah yang memerlukan penjagaan dengan penuh kasih sayang.
Ramai orang memanjakan wajah mereka dengan mewah tetapi kulit badan anda bekerja keras untuk menjaga anda dan seharusnya dijaga dengan cara yang sama.
Manjakan badan anda seperti anda manjakan wajah anda – dengan kerap dan perhatian khas kepada keperluan uniknya. Kulit pada seluruh badan anda mempunyai masalah yang sama dengan wajah anda, sama ada kekeringan, kekusaman, penuaan, pengenduran atau tekstur yang tidak sekata.
Berikut adalah 5 perkara yang kami gemari:
Bersungguh-sungguhlah dalam memanjakan kulit badan anda untuk tampak dan rasa hebat yang menyeluruh, dan bersedialah untuk menguasai dunia!