Floating Icon
12 MAY 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 5 MINIT BACA 373 LIHAT 21 BERKONGSI

ARTISTRY STUDIO SKIN: Testimonial

Mengenai ARTISTRY STUDIO SKIN Serba Baharu

ARTISTRY STUDIO SKIN ialah rangkaian produk penjagaan kulit serba baharu yang dirumus untuk kulit muda. Bagi remaja, rutin penjagaan kulit (terutamanya rutin 10 langkah yang dipopularkan di media sosial) boleh menjadi sangat membebankan. Kami mahu menjadikan pengalaman itu menyeronokkan dengan pembungkusan yang ceria lagi bertenaga dan bau yang menyegarkan agar remaja teruja dengan penjagaan kulit!

Ini dicapai dengan meminimumkan rutin kepada rejim yang ringkas dan mudah diikuti.


Mengapakah ARTISTRY STUDIO SKIN bagus untuk kulit muda?

Setiap produk ARTISTRY STUDIO SKIN terdiri daripada rangkaian 7 produk yang mengandungi bahan "ZEN" dan bahan "TENAGA". Bersama-sama, duo berkuasa ini membentuk teras kepada rangkaian penjagaan kulit yang berkesan, berbilang fungsi dan menyeronokkan. Jadi, apakah sebenarnya kesan ZEN + TENAGA terhadap masalah kulit muda seperti kekusaman, kulit berminyak dan jerawat? Dan sejauh manakah keberkesanan duo yang berkuasa ini?


Inilah apa yang diperkatakan oleh pengguna muda kami:

Yaw Jia Jye (19)

Saya ingin mengatakan bahawa kebimbangan kulit saya yang terbesar ialah jerawat. Dulu kulit saya kelihatan sangat berlekak-lekuk dan merah. Sebagai penuntut jurusan Komunikasi Massa, saya akan berasa sangat malu dan tiada keyakinan diri setiap kali saya berada di hadapan kamera.

Selepas menggunakan Done With Zits (Acne Treatment + Clearing Gel), keadaan kulit saya bertambah baik. Kulit saya kelihatan lebih sihat dan jerawat saya telah berkurangan. Yang paling bagusnya, jerawat saya tidak lagi menyakitkan! Kini saya gembira untuk melaporkan bahawa saya lebih yakin apabila menyelesaikan tugasan yang memerlukan saya berdepan dengan kamera!


Shaqeera Durrani Shamsul Effendy (18)

Kebimbangan utama kulit saya ialah parut jerawat. Walaupun saya tidak lagi mengalami masalah jerawat, kulit saya masih kelihatan tidak sekata kerana parut itu. Saya telah mencuba banyak produk penjagaan kulit dari kedai ubat, namun tiada satu pun yang berkesan. Malah sesetengahnya menjadikan keadaan kulit saya semakin teruk! Saya sangat terdesak sehinggalah saya sanggup mengamalkan tip penjagaan kulit buat sendiri yang saya temui di Internet!

Saya memutuskan untuk mencuba ARTISTRY STUDIO SKIN kerana ia mendakwa sebagai vegan dan dibuat tanpa melakukan ujian ke atas haiwan yang merupakan antara janji-janji ARTISTRY Clean yang lain.

Sejak saya mula menggunakan My Main Squeeze (Hydration + Antioxidant Boost Moisturiser) dan On The Go Glow (Glow + Moisture Ampoule), kulit saya terasa lebih terhidrat dan saya perasan parut jerawat juga kurang kelihatan.


Lee Hoong Xun (17)

Saya seorang pemain bola keranjang, jadi saya berlatih setiap hari. Saya sukakan sukan ini kerana saya dapat bermain dengan pasukan dan rakan saya. Apa yang tak bagusnya, semua aktiviti fizikal itu membuatkan saya berpeluh dengan banyak dan ia menyebabkan kemerahan pada muka saya. Apabila saya mula menggunakan ARTISTRY STUDIO SKIN, saya berharap ia akan membantu mengurangkan kemerahan dan menjadikan tona kulit saya sekata – dan ia berjaya! Kulit saya kelihatan lebih sihat! Malah ibu saya berkata bahawa saya kelihatan lebih kacak sekarang.


Thenmoli Ravi Annamalai (18)

Saya seorang pelajar dan penari Bharatanatyam (tarian klasik India). Apabila saya membuat persembahan, saya biasanya mengenakan solekan pentas dan ia biasanya sangat tebal kerana ia mestilah jelas kelihatan dari jauh.

Saya suka apa yang saya lakukan tetapi memakai solekan tebal biasanya akan menjejaskan kulit saya. Kulit saya mempunyai banyak parut jerawat dan liang pori yang besar yang membuatkan saya berasa agak malu terutamanya apabila saya melepak dengan rakan-rakan saya. Saya mula menggunakan Clean Start (Micellar Makeup Remover + Cleansing Wipes) untuk membersihkan muka saya setiap hari selepas persembahan tarian saya. Keberkesanannya benar-benar mengejutkan saya!

Selepas menggunakan rangkaian ini, kulit saya lebih terhidrat. Saya kini memiliki kulit yang lebih sihat dengan liang-liang yang halus. Mujurlah, ARTISTRY STUDIO SKIN datang untuk menyelamatkan saya!


Nur Wahidatul Najihah Mohd Mohehafiz (16)

Saya hendak buat pengakuan - saya suka makanan pedas! Tetapi seperti yang anda ketahui, makanan pedas dan kulit yang sihat tidak sehaluan. Kulit saya pernah kelihatan sangat kusam dan ternyahhidrat dan saya berharap agar ARTISTRY STUDIO SKIN dapat membantu mengatasi masalah itu.

Ia benar-benar berkesan. Kulit saya kini kelihatan lebih sekata, terhidrat dan ia terasa gebu dan lembut bila disentuh. Saya telah memilih ARTISTRY STUDIO SKIN untuk memiliki kulit yang kelihatan sihat juga!


Sarveshwaran A/L Mugunthan (13)

Saya suka bermain bola sepak. Malah, saya juga menyertai pasukan bola sepak sekolah. Masalah kulit saya yang utama ialah kulit berminyak dan kusam. Oleh kerana saya menghabiskan banyak masa bermain bola di bawah cahaya matahari, tona kulit saya menjadi tidak sekata.

Ini adalah kali pertama saya menggunakan produk penjagaan kulit dan ia merupakan pengalaman yang hebat setakat ini! ARTISTRY STUDIO SKIN telah membantu kulit saya kelihatan kurang berminyak dan lebih terhidrat. Malah kulit wajah saya juga bertambah baik – ia lebih sekata sekarang! Saya teruja untuk terus menjaga kulit saya dengan ARTISTRY STUDIO SKIN.


Tan Hao Xin (15)

Saya seorang gamer (pemain elektronik). Bermain game sememangnya menyeronokkan tetapi tidak hairanlah pendedahan yang lama kepada cahaya biru telah menyebabkan kulit saya menjadi sangat kering.

Eye Look Energised (Highlighting + Cooling Eye Serum) telah membantu memperbaiki keadaan di sekeliling mata saya. Sejak saya mula menggunakannya, lingkaran gelap telah berkurangan dan mata saya menjadi lebih cerah. Keseluruhan kulit saya juga kelihatan bertambah baik. Terima kasih ARTISTRY STUDIO SKIN!

Nota: Sesetengah respons telah diedit untuk panjang dan/atau kejelasan.

Ingin mentransformasikan kulit anda juga? Dapatkan koleksi ini di sini: https://www.amway.my/artistrystudioskin