Floating Icon
19 FEB 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 764 LIHAT 44 BERKONGSI

3 Langkah untuk Memanfaatkan Atmosphere SKY Anda

Woman in a yoga pose and air purifier

Mengekalkan udara yang bersih

Seperti badan kita yang memerlukan penjagaan rapi, peranti rumah kita juga memerlukan penyelenggaraan untuk berfungsi pada kapasiti optimum – terutamanya jika peranti itu bertanggungjawab bagi memastikan udara yang kita hirup adalah bersih dan disanitasi.

Lagipun, bagaimana penulen udara anda menulenkan udara jika penurasnya dipenuhi dengan habuk dan bahan cemar untuk ia berfungsi dengan berkesan?

Itulah sebabnya adalah penting untuk membersihkannya dengan kerap dan menggantikan penuras di dalam Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk membersihkan Penulen Udara Atmosphere anda dalam 3 langkah mudah.


Langkah 1: Mulakan Dengan Prapenuras Anda

Apakah yang dilakukan oleh Prapenuras?
  • Ia memerangkap habuk dan bahan cemar yang besar di udara.
Berapa kerapkah anda harus membersihkannya?
  • Bersihkan prapenurassetiap 2 - 12 bulan, bergantung pada penggunaan.
  • Bersihkan Prapenuras dengan kerap untuk melanjutkan jangka hayat penuras lain dan keseluruhan unit.
Bagaimanakah anda membersihkannya?
  • Hidupkan unit anda.
  • Buka penutup hadapan penulen udara anda.
  • Prapenuras anda terletak betul-betul di belakang penutup hadapan.
  • Semasa penulen udara masih berjalan, gunakan vakum untuk menyedut habuk dan bahan cemar yang lebih besar pada Prapenuras.


Langkah 2: Gantikan Penuras HEPA Anda dengan Kerap

Apakah yang dilakukan oleh Penuras HEPA?
  • Ia membantu menghapuskan alergen untuk udara yang lebih bersih.
Berapa kerapkah anda harus membersihkannya?
  • Penuras HEPA tidak boleh dibersihkan, ia mesti diganti.
  • Gantikan Penuras HEPA anda setiap 3 - 5 tahun, bergantung pada penggunaan.
Bagaimanakah anda menggantikan penuras?
  • Penuras HEPA dipasangkan bersama prapenuras.
  • Keluarkan Penuras HEPA dengan berhati-hati dan gantikannya dengan penuras baru.


Langkah 3: Gantikan Penuras Karbon/Bau Anda Sekali Setahun

Apakah yang dilakukan oleh Penuras Karbon/Bau?
  • Mengurangkan formaldihaid, dioksin dan kotoran ozon.
  • Menghapuskan bau daripada haiwan peliharaan, asap rokok dan masakan.
Berapa kerapkah anda harus membersihkannya?
  • Penuras ini tidak boleh dibersihkan, ia mesti diganti.
  • Tukar penuras setiap 4 - 12 bulan, bergantung pada penggunaan.
  • Tidak kira penggunaannya, ia mesti diganti sekurang-kurangnya sekali setahun.
Bagaimanakah anda menggantikan penuras?
  • Penuras Karbon terletak di belakang Penuras HEPA.
  • Keluarkan Penuras Karbon lama dengan berhati-hati dan gantikannya dengan penuras baru.

Klik di sini untuk membeli penuras gantian bagi Penuras HEPA ATMOSPHERE SKY di sini dan Penuras Karbon dan Bau ATMOSPHERE SKY untuk udara dalam rumah yang lebih bersih.

Malah anda boleh gandakan perlindungan sanitasi dengan Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE atau Pencuci Pelbagai Guna L.O.C Amway Home untuk mengelap permukaan Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY bagi memastikan penulen udara anda bersih di dalam dan di luar.