Penuras Partikel Udara Berkecekapan Tinggi (singkatannya penuras HEPA) ada di mana-mana pada hari ini. Dari pembersih vakum sehingga penulen udara, malah kapal terbang dan kenderaan bermotor. Ia benteng yang berkuasa antara bahan cemar bawaan udara dan paru-paru kita yang sensitif. Penuras HEPA yang baik boleh menyingkirkan sekurang-kurangnya 99.97% partikel bersaiz 0.3 mikron daripada udara. Itu kira-kira 300 kali lebih kecil daripada sehelai rambut manusia.
Latar belakang penuras HEPA sangat menarik. Tahukah anda? Penuras HEPA dicipta buat kali pertama pada 1940-an untuk menangani bahan cemar radioaktif bawaan udara semasa perang. Perkembangan pembuatan industri dan undang-undang pencemaran udara yang ketat membawa penuras HEPA ke dalam rumah keluarga di seluruh dunia.
Penuras HEPA sangat cekap kerana reka bentuknya. Diperbuat dengan kombinasi gentian bertenun, ia bertindak sebagai jaringan yang memerangkap bahan cemar dan pencemaran melalui empat proses utama:
1. Pengimpakan langsung: Bahan cemar yang besar seperti habuk dan debunga terperangkap di sini.
2. Menapis: Partikel yang lebih halus ditapis oleh dua gentian dan terperangkap.
3. Pemintasan: Malah partikel-partikel lebih kecil yang bergerak dengan aliran udara ditolak ke jaringan gentian dan terperangkap pada sisinya.
4. Pembauran: Partikel ultrahalus yang berjaya melepasi tiga proses pertama akan melalui penuras yang ditenun rapat yang menghalangnya daripada masuk ke dalam udara.
Penuras HEPA didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz tetapi tidak semua penuras sama. Malah sesetengah penulen udara di pasaran tidak menggunakan penuras HEPA sebenar! Penuras ‘seperti HEPA’ kadangkala diberi penekanan dalam jenama penulen udara tetapi jangan tertipu! Ia tidak sama dengan penuras HEPA sebenar.
Penuras HEPA sebenar perlu diiktiraf oleh organisasi pihak ketiga seperti United States Department of Energy (DOE) atau Institute of Environmental Sciences and Technologies (IEST). Ini mengesahkan bahawa penuras HEPA yang digunakan di dalam penulen udara boleh berfungsi seperti yang dijangkakan.
Yang paling penting dalam memilih penulen udara adalah sentiasa pastikan anda mendapat apa yang anda bayar. Contohnya, Atmosphere SKY dilengkapi dengan sistem penurasan tiga peringkat, termasuk penuras HEPA yang disahkan dan juga penuras karbon.
Tidak pasti sama ada penuras HEPA di dalam penulen udara anda melakukan tugas yang sepatutnya? Berikut ialah video tentang apa yang boleh dilakukan penuras HEPA Atmosphere SKY sebagai perbandingan: