Semasa anda berada di tempat kerja, aktif melakukan kerja keluar dan masuk rumah, atau malah bersantai di rumah bersama keluarga, perkara terakhir yang anda ingin elakkan ialah bau yang tidak menyenangkan ketika anda mengangkat tangan.
Bau badan adalah masalah biasa dan kebanyakan orang dewasa dan remaja pernah mengalami sekurang-kurangnya satu episod bau badan yang tidak selesa pada suatu ketika dalam kehidupan mereka. Namun, bau badan adalah suatu perkara semula jadi dalam pengalaman kehidupan manusia.
Apabila suhu badan kita meningkat, peluh dilepaskan di permukaan kulit untuk membantu menyejukkan suhu dalaman badan – dan apabila anda berpeluh lebih banyak, bau badan anda akan menjadi lebih kuat. Namun, peluh itu sendiri sebenarnya tidak berbau.
Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan aroma tidak menyenangkan yang terdapat pada kulit?
Dalam proses pengeluaran peluh, terdapat dua kelenjar utama yang terlibat – kelenjar apokrin dan kelenjar ekrin. Kelenjar ekrin terdapat di sebahagian besar badan; kelenjar apokrin terdapat di bahagian seperti ketiak. Sebilangan besar bau badan dikaitkan dengan kelenjar apokrin kerana peluh yang dihasilkan oleh kelenjar ini mengandungi tahap protein yang tinggi.
Bau badan yang kita hidu sebenarnya bukanlah peluh itu sendiri, tetapi hasil daripada bakteria pada kulit kita yang menguraikan peluh menjadi asid lalu menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Oleh kerana peluh daripada kelenjar apokrin mengandungi tahap protein yang tinggi, maka ia lebih mudah diuraikan menjadi asid oleh bakteria.
Itulah sebabnya bau peluh daripada ketiak lebih kuat daripada bahagian badan yang lain. (Tip: Gunakan Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ untuk mengatasinya dengan pantas.)
Berita baiknya – hanya kerana anda mempunyai bau badan, itu tidak bermakna anda harus dibebani masalah itu sepanjang masa. Lindungi diri anda daripada bakteria penyebab bau dengan produk-produk G&H PROTECT +.
Selama berabad-abad, manusia telah mengubah aroma badan mereka dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bunga-bungaan, buah-buahan dan garam untuk mengharumkan dan membersihkan kulit. Hari ini, barisan produk G&H PROTECT + menggunakan pendekatan berasaskan alam semula jadi dengan mengekstrak manfaat tiga bahan khusus untuk membantu mengurangkan bau badan..
Bahan pertama ialah Ekstrak Teh Putih. Teh Putih mengandungi beberapa antioksidan tahap tertinggi yang ditemui dalam teh. Antioksidan dapat membantu mengurangkan bau yang berpunca daripada sebatian penghasil sulfur dalam badan untuk aroma yang lebih segar.
Bahan kedua yang terkenal sebagai alternatif semula jadi bagi deodoran berasaskan bahan kimia – ia adalah Garam Mineral semula jadi. Garam Mineral ini menghasilkan penghalang pada kulit untuk mencegah bakteria penyebab bau daripada terbentuk pada kulit. Selain itu, ia membantu mengeluarkan toksin dan kekotoran daripada badan di samping mempertingkat tona kulit anda.
Akhir sekali, keajaiban semula jadi bahan ketiga yang menjadi pelengkap tiga bahan penentang bau ialah Ekstrak Bilberi. Ekstrak Bilberi kaya dengan sebatian yang disebut antosianin yang sangat bermanfaat kerana ia merupakan antioksidan, antivirus dan antiradang, serta ia melindungi kulit.
Nikmati kelebihan ketiga-tiga bahan dalam Sabun Ketul G&H PROTECT+. Sabun ketul yang lembut dan beraroma bersih ini menyasarkan punca bau badan (iaitu bakteria) dengan membersihkan kulit secara lembut dengan teknologi haruman penyahbau eksklusif yang meneutralkan bau badan.
Sementara itu, formula tanpa sulfat yang terbiodegradasi menjadikan kulit lembap, halus, lembut, dan terasa rapi. Selain itu, ia telah diuji oleh pakar dermatologi dan alahan, menjadikannya sesuai digunakan oleh seisi keluarga!
Terasa lebih segar dan lebih yakin dengan Sabun Ketul G&H PROTECT+ hari ini.