Floating Icon
06 JAN 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 214 LIHAT 0 BERKONGSI

Menukar Minat Menjadi Perniagaan

Penjualan sosial adalah tentang menggabungkan gaya hidup, nasihat dan maklumat peribadi dengan produk yang benar-benar anda suka untuk membentuk kandungan berkualiti. Dengan menerangkan bagaimana suplemen Omega 3 membuat anda rasa lebih baik, menunjukkan bagaimana ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks membantu menjadikan kulit anda bertambah baik atau menunjukkan betapa cepat dan mudahnya Pembayang Mata ARTISTRY STUDIO Bangkok Edition disapu, khalayak anda dengan serta-merta menjadi lebih berminat dengan produk-produk ini.

Tidak hairanlah khalayak anda lebih cenderung untuk mempercayai nilai sesuatu produk kerana anda telah membina hubungan yang boleh dipercayai dengan mereka. Jika anda menyukai produk Amway dan berminat untuk mempromosikannya kepada pengguna melalui media sosial, kami ada beberapa petua untuk anda memulakannya.


Share what you really know about and are interested in.jpg

Petua umum media sosial:

  1. Kongsikan apa yang anda benar-benar tahu dan minat
  2. Bersikap jujur – orang tahu jika anda berpura-pura dan mereka lebih berminat dengan gaya hidup sebenar anda sebagai inspirasi
  3. Tunjukkan kandungan daripada kumpulan anda – ia menggambarkan komuniti Amway; ia juga boleh membantu menambah baik hubungan dan memotivasikan rakan sealiran
  4. Tentukan masa hantaran yang terbaik untuk mencapai penglibatan optimum – contohnya, pada waktu petang ketika orang pulang dari kerja


Know your target audience.jpg

Petua teratas Facebook:

  1. Ketahui khalayak sasaran anda – ketahui golongan sasaran supaya anda boleh menyesuaikan kandungan anda
  2. Sertailah kumpulan yang relevan dan jadilah ahli yang aktif
  3. Hantar gambar dan kandungan dengan kerap
  4. Balas komen dengan cepat – sama ada negatif atau positif
  5. Sediakan kandungan dalam hantaran anda, bukan hanya foto atau pautan – menyertakan kata kunci menjadikan profil anda lebih cenderung muncul di Google atau enjin carian lain
  6. Berikan perhatian pada gambar profil dan foto utama anda – jika berkaitan media sosial, biasanya orang menilai sesuatu daripada luarannya – jadi pastikan ia mengujakan!
  7. Majukan hantaran Instagram ke Facebook untuk mengemaskini profil Facebook anda dengan mudah


Utilise Instagram TV stories posts boomerang filters and emojis.jpg

Petua teratas Instagram:

  1. Gunakan Instagram TV, cerita, hantaran, ‘boomerang’, ‘filter’ dan emoji Instagram kemudian gabungkan kandungan dan format unutk menjadikannya menarik
  2. Hantar cerita setiap hari (walaupun tentang anda menggosok gigi – pastinya menggunakan Glister!) supaya khalayak anda tahu yang anda tetap aktif dan mereka kekal berhubung
  3. Gunakan 7–10 tanda pagar, menggabungkan tanda pagar rasmi Amway dengan topik yang berkaitan dengan hantaran berkenaan
  4. Jadikan kandungan anda menyeronokkan namun tetap profesional – buat orang tersenyum dan ketawa dan mereka akan cenderung kembali ke profil anda
  5. Gunakan gambar dan video yang berkualiti – fokus pada pencahayaan, pembingkaian dan resolusi
  6. Bina hubungan untuk mengembangkan asas pengikut anda
  7. Ikuti perkembangan ‘filter’ dan ciri terkini dan gunakannya dalam cerita dan hantaran anda


Ketahui lebih lanjut di sini:

www.amway.my > Pendidikan > e-Pembelajaran > Penjualan Sosial