Floating Icon
28 APR 2022 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 134 LIHAT 0 BERKONGSI

Hakikat Sebenar Tentang Perniagaan Amway (Bahagian 2)

Ada lagi soalan tentang perniagaan Amway? Jangan risau, kami ada jawapannya di sini.


Apakah itu jualan langsung?

Jualan langsung yang juga dikenali sebagai jualan runcit orang ke orang, ialah model perniagaan yang mana orang menjual produk secara terus kepada orang lain. Jualan langsung merujuk pada penjualan produk secara terus kepada pengguna dalam persekitaran bukan runcit. Jualan langsung membolehkan seseorang memulakan perniagaan dengan kos overhed yang sedikit dan tidak memerlukan pengalaman.

Jualan langsung menawarkan keusahawanan yang boleh diakses kepada sesiapa sahaja, di mana anda boleh memulakan perniagaan dengan kos permulaan yang sedikit dan tidak memerlukan pengalaman. Dalam jualan langsung, pengedar memperoleh pendapatan dengan menjual produk eksklusif kepada pelanggan, sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Usahawan jualan langsung juga boleh merekrut orang lain untuk menyertai pasukan jualan mereka, menjual produk dan meningkatkan potensi pendapatan mereka.


Amway_is_not_a_pyramid_scheme.jpg

Adakah Amway skim piramid?

Tidak, Amway bukan skim piramid. Malangnya, kekurangan pemahaman dan salah tanggapan, terutamanya di media sosial boleh meletakkan label yang salah ini kepada syarikat jualan langsung atau pemasaran berbilang aras, seperti Amway.


Amway_is_a_legitimate_direct_selling_business_that_has_operated_for_60_years_and_now_operates_in_100_countries_and_territories.jpg

Amway ialah perniagaan jualan langsung yang sah dan telah beroperasi selama 60 tahun dan kini beroperasi di lebih daripada 100 negara dan wilayah. Dalam keputusan 1979 yang berkuat kuasa hari ini, Amway telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat sebagai perniagaan jualan langsung yang sah yang pengedarnya menjual produk berkualiti kepada pengguna, dan tiada sesiapa memperoleh pendapatan melainkan produk dijual. Peraturan ini digunakan oleh negara-negara di seluruh dunia kerana mereka menetapkan peraturan untuk industri jualan langsung.


Faktor khusus yang membezakan Amway daripada skim piramid termasuk:

  • Ia permulaan perniagaan dengan risiko rendah dan kos rendah
  • Wang tidak dijana dengan merekrut semata-mata
  • Tiada pesanan produk minimum
  • Seseorang individu boleh memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada orang yang merekrut mereka
  • Amway menawarkan jaminan pemulangan wang 100% untuk yuran pendaftaran perniagaan*, serta jaminan kepuasan 100% selama 90 hari untuk kebanyakan produk**
  • Perlu menjual secara runcit
  • Terdapat kontrak bertulis antara Amway dan pemilik perniagaan yang mentakrifkan hubungan tersebut dan menyediakan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku

*Tertakluk pada terma & syarat.

** Tertakluk pada pengecualian. Untuk butiran lengkap, layari www.amway.my/policy-terms/amwaypromise.

Jadi, adalah tidak benar orang yang bermula lebih awal di Amway atau yang berada “di atas” perniagaan ini yang menjana lebih banyak wang.


Amway_products_are_purchased_and_sold_through_our_ABOs_to_a_strong_and_active_customer_base_of_people_that_love_and_buy_our_products.jpg

Adakah Amway mempunyai pelanggan sebenar?

Ada. Produk Amway dibeli dan dijual melalui ABO kami kepada asas pelanggan yang kuat lagi aktif yang menyukai produk kami.

Angka yang ditunjukkan sudah cukup jelas:

  • Anda boleh menemui produk Amway dalam 71 juta isi rumah di 10 pasaran teratas kami sahaja
  • 1 daripada 5 rumah di A.S. memiliki produk Amway
  • 63% isi rumah di Beijing, China, memiliki sekurang-kurangnya satu produk Amway
  • 58% isi rumah di Korea Selatan memiliki sekurang-kurangnya satu produk Amway

Memang benar bahawa ramai Pemilik Perniagaan Amway juga membeli produk kami – malah, kami memberikan diskaun apabila mereka membelinya. Jika anda benar-benar sukakan produk yang menjadi asas perniagaan anda, tidakkah anda mahu menggunakannya dan menjimatkan wang atas pembelian anda?


Adakah orang di Amway lebih memfokus pada merekrut daripada menjual produk?

Menjual produk adalah bahagian paling penting dalam perniagaan Amway, bukan merekrut. Pemilik Perniagaan Amway tidak boleh menjana wang melainkan produk dijual. Pemilik Perniagaan Amway boleh merekrut sejuta orang tetapi jika tidak seorang pun daripada mereka menjana jualan produk, tiada sesiapa yang akan menjana sebarang wang. Pemilik Perniagaan Amway mesti menjual produk dan orang dalam pasukan jualan mereka juga mesti menjual produk untuk memperoleh pendapatan.

Mana-mana pemimpin jualan akan memberitahu anda, untuk membina perniagaan yang membuat jualan lebih besar, anda mahu sebanyak mungkin titik jualan yang anda boleh urus dan sokong. Setiap Pemilik Perniagaan Amway ialah “titik jualan” dalam erti kata itu. Seperti mana-mana organisasi jualan, lebih ramai orang yang menjual produk, secara amnya lebih banyak jumlah yang boleh anda capai. Inilah sebabnya peruncit membuka kedai baharu. Lebih banyak titik jualan, lebih ramai pelanggan yang anda boleh jangkau.

Oleh sebab produk kami sangat berkualiti tinggi, Pemilik Perniagaan Amway yang berjaya sering kali bekerja dengan pelanggan yang merupakan pembeli berulang. Biasanya orang yang menggunakan produk berkenaan akan memutuskan untuk menjualnya juga. Mereka juga boleh membina pasukan jualan yang produktif menerusi perekrutan, yang akan menjana lebih banyak jualan produk untuk rangkaian mereka. Tetapi perlu ditekankan lagi, tiada wang yang dijana melainkan pemilik perniagaan menjual produk!


An_ABO_can_make_more_money_than_the_person_who_introduced_them_to_the_business_even_if_that_person_has_been_with_Amway_far_longer.jpg

Adakah orang yang berada di atas Amway menjana semua wang?

Tidak, ini adalah salah tanggapan biasa tentang jualan langsung dan Amway, khususnya. Tidak benar bahawa hanya orang yang bermula di Amway lebih awal atau yang berada “di atas” perniagaan ini yang menjana semua wang.

Seseorang Pemilik Perniagaan Amway boleh menjana lebih banyak wang daripada orang yang memperkenalkan mereka kepada perniagaan itu, walaupun orang itu telah bersama Amway selama sedekad atau lebih lama. Tiada faedah untuk mereka yang “menyertai Amway awal”.

Sesetengah Pemilik Perniagaan Amway menjana lebih banyak wang daripada pemilik yang lain, tetapi hal ini kerana mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk menjual sendiri produk, tetapi juga mengendalikan, menyokong dan memimpin kumpulan Pemilik Perniagaan Amway yang lebih besar dan menjual produk dalam jumlah yang besar. Pada peringkat ini, mereka ialah pemimpin perniagaan yang berpengalaman, mahir dan tekun menjalankan perniagaan mereka.


Bagi mereka yang tidak berminat untuk membina perniagaan Amway, dan hanya mahu membeli produk Amway yang berkualiti tinggi untuk kegunaan sendiri, mereka boleh mendaftar sebagai Pelanggan Istimewa Amway (APC). Ketahui lebih lanjut mengenainya di sini: www.amway.my/register-landing-apc


Ini ialah Bahagian 2 daripada 2 bahagian artikel.