Floating Icon
28 OCT 2022 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 448 LIHAT 13 BERKONGSI

Mulakan Kerja Sambilan Dari Rumah

Berbaloikah melakukan kerja sambilan?

Dunia pascapandemik telah memaksa orang ramai untuk menilai apa yang benar-benar penting bagi mereka. Semakin ramai rakyat Malaysia memulakan perniagaan baharu dalam tempoh dua tahun lalu berbanding sebelumnya. Sama ada menjadikan hobi membuat roti sebagai perniagaan di rumah yang berkembang maju, atau menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk mendapatkan wang di tapak web seperti Fiverr.

Pandemik juga telah menjadikan model perniagaan tradisional tunggang-terbalik. Orang ramai kini mencari sesuatu yang lebih baik di luar kubikel mereka dan memilih untuk tidak mendaki tangga korporat. Tidak hairanlah begitu banyak carian Google untuk ‘cara memulakan kerja sambilan’!

Inilah masa terbaik untuk memulakan perniagaan sambilan dengan adanya Internet dan teknologi seperti Zoom atau Google Meet, yang membantu anda menjalankan perniagaan dengan mudah dari bilik tidur atau ruang tamu anda.

Kerja sambilan dari rumah

Memulakan kerja sambilan dari rumah sangat sesuai jika anda seorang pelajar universiti yang tidak banyak masa lapang atau ibu bapa sepenuh masa yang ingin bekerja sambil menjaga anak-anak anda. Bagi kebanyakan orang, memulakan perniagaan sampingan bermakna mempelajari pelbagai kemahiran dari awal – yang paling penting dan paling sukar ialah membina minda sebagai pemilik perniagaan.

Keluk pembelajarannya curam, jadi tidak hairanlah 60% daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) baharu gagal dalam tempoh lima tahun penubuhannya di Malaysia. Tanpa bimbingan, produk yang tepat atau sokongan pemasaran, pemilik perniagaan kecil sering mendapati diri mereka bekerja dalam tempoh yang panjang dan mengorbankan masa berharga bersama keluarga untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Tetapi memulakan kerja sambilan tidak semestinya menuntut masa, pengorbanan atau kos overhed yang tinggi. Bagaimana jika:

Semua ini boleh dilakukan dengan perniagaan Amway.

Mengapa Amway?

Amway yang telah wujud selama lebih daripada 60 tahun membantu memperkasa orang ramai untuk menjadi pemilik perniagaan bebas yang bertanggungjawab ke atas matlamat, pendapatan dan memilih sendiri waktu untuk menjalankan perniagaan mereka. Amway menarik minat masyarakat daripada semua peringkat umur dan pengalaman. Apa yang anda perlukan untuk berjaya ialah kerja keras dan kesanggupan untuk belajar.

Opsyen untuk menggantikan pekerjaan tetap anda

Pemilik Perniagaan Amway atau ABO mempunyai pilihan untuk memulakan perniagaan Amway secara sepenuh masa atau sambilan. Sesetengah pemilik perniagaan mempunyai pekerjaan tetap dan membina perniagaan mereka pada hujung minggu atau pada waktu malam selepas kerja. Ramai yang meninggalkan pekerjaan dengan gaji tinggi dan profil tinggi kerana pendapatan daripada perniagaan telah melebihi gaji mereka.

Pendapatan yang anda peroleh mempunyai kaitan secara langsung dengan usaha yang anda lakukan, sama seperti perniagaan tradisional. Perkara terbaik tentang perniagaan Amway? Tiada had untuk jumlah pendapatan yang anda boleh peroleh.



Jalankan perniagaan sampingan anda secara dalam talian atau melalui telefon

Walaupun sesetengah kerja sampingan mempunyai kos permulaan yang tinggi, anda boleh menjalankan perniagaan Amway dari mana-mana sahaja yang anda suka dengan telefon pintar atau komputer riba. Semua yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan yang berkembang maju tersedia di hujung jari anda termasuk latihan, seminar dan komunikasi dengan ahli pasukan anda. Anda juga boleh menjalankan perniagaan anda ketika sedang bercuti, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemilik perniagaan kami.

Perniagaan Amway memberikan anda kemudahan dan fleksibiliti yang tiada tandingan. Ia perniagaan yang boleh disesuaikan dengan kehidupan anda dan memberikan lebih banyak pilihan daripada pekerjaan sepenuh masa atau perniagaan tradisional.



Sokongan untuk kerja sambilan anda

Walaupun ramai pemilik perniagaan bergelut untuk melakukannya seorang diri, perniagaan Amway bermakna anda tidak akan sesekali berseorangan dalam membina perniagaan anda. Anda dikelilingi oleh rakan-rakan sealiran yang berminat untuk belajar dan berkembang, serta mentor yang sentiasa membimbing anda dan prihatin untuk melihat anda berjaya. Ramai pemilik perniagaan mengaitkan kejayaan mereka di Amway dengan sokongan dan galakan yang diperoleh daripada mentor mereka.

Berminat untuk mengetahui sama ada perniagaan Amway sesuai untuk anda?

Jadilah bos dan nikmati fleksibiliti untuk membina perniagaan mengikut cara yang anda mahukan. Sebagai ABO, anda boleh memperoleh wang tambahan dan mengakses produk dan jenama berkualiti termasuk Nutrilite dan ARTISTRY, dan sentiasa diberikan sokongan.

Hubungi kami melalui tapak web Amway dan daftar hari ini untuk memulakan perniagaan berisiko rendah, ganjaran tinggi anda sendiri. Kami menawarkan jaminan kepuasan 100% 90 hari*. Cuba perniagaan ini selama 90 hari dan jika anda tidak berpuas hati, kembalikan produk yang masih ada dan kami akan membayar balik wang anda.

*Terma & Syarat dikenakan.