Imran Zaman – Ketua Pegawai Pemasaran & Digital untuk Amway Europah, Afrika Selatan, Australia & New Zealand – menerangkan tentang mengembangkan perniagaan Amway anda dengan perdagangan sosial.
Salah satu perkara yang sering kita dengar ialah konsep "perdagangan sosial". Ringkasnya, perdagangan sosial ialah memanfaatkan saluran media sosial untuk menjual produk dan perkhidmatan.
Ia merupakan konsep yang mudah dilihat dalam kebanyakan saluran media sosial yang popular. Dalam sesetengah kes, "pempengaruh sosial" dibayar oleh pelbagai jenama produk untuk memberikan pendedahan untuk produk mereka. Dalam kes lain, pempengaruh sosial memberikan pendedahan untuk produk yang mereka jual sendiri.
ABO termasuk dalam kategori terakhir, berusaha untuk menjana minat terhadap produk Amway melalui saluran mereka sendiri. ABO adalah pempengaruh sosial lama wujud sebelum adanya Internet, tetapi media sosial memberikan mereka platform yang boleh meluaskan jangkauan mereka secara eksponen.
Untuk berjaya dalam perdagangan sosial memerlukan anda aktif di media sosial, menyiarkan secara kerap tentang perkara yang berlaku dalam hidup anda. Perkara yang anda lakukan untuk menjalani gaya hidup sihat. Tempat yang anda pergi. Apa agenda anda hari ini. Ini juga termasuk berinteraksi dengan apa yang orang lain siarkan, kerana media sosial ialah dialog antara anda dan mereka dalam lingkungan anda.
"Adalah penting untuk menjadi diri sendiri," jelas Imran. “Berkongsi tentang kehidupan anda, keghairahan anda, perkara yang anda suka lakukan, akan menarik orang lain yang berkongsi keghairahan dan minat tersebut. Ia juga membolehkan pengikut dalam talian mengetahui siapa anda. Ini dikenali sebagai penjenamaan peribadi. Menjadi diri anda yang sebenar adalah sangat penting untuk kejayaan yang anda boleh perolehi.”
“Memperkenalkan produk ke dalam siaran anda mungkin semudah menyiarkan gambar anda semasa mendaki, sambil memegang tin XS. Secara berkala, anda boleh melakukan siaran penuh iaitu berkongsi maklumat tentang produk baru Amway yang anda suka,” kata Imran.
"Apabila berkongsi tentang produk Amway, kuncinya ialah keseimbangan," kata Imran. “Tiada siapa yang menonton saluran TV yang hanya menyiarkan iklan. Orang ramai mencari kandungan yang menarik minat mereka, dan mereka memahami bahawa sesetengah pendedahan kepada produk mungkin disertakan dengannya … tetapi mereka tidak bersedia untuk melanggan aliran siaran yang berterusan hanya tentang produk dan tiada yang lain."
Selalunya, membina kumpulan sosial anda bermula dengan rakan dan keluarga tetapi berkembang apabila orang lain menyertai kumpulan itu berdasarkan minat bersama dalam topik yang anda bincangkan. Bagaimana mereka mencari anda? Sesetengah pertumbuhan boleh berlaku melalui kenalan anda yang sedia ada, tetapi menggunakan tanda pagar akan membantu memperluaskan jangkauan organik anda dengan lebih jauh lagi.
Jika anda berminat untuk memasak, misalnya, siaran anda boleh diberikan tanda pagar #CookingWithNoxxa atau #SoyProteinRecipe. Jika anda meminati gaya hidup aktif, anda mungkin menandakan siaran anda dengan #OwnYourMoment. Jika mekap dan glamor lebih kepada gaya anda, anda boleh menggunakan #HealthyBeauty atau #StudioMakeup sebagai tanda pagar.
Anda boleh menambah tanda pagar berjenama Amway seperti #AmwayMY, #NutriliteMY, #ArtistryMY atau #BodyKeyXSynergy untuk meningkatkan kuasa jenama anda. Akhir sekali, jangan lupa untuk menandakan saluran berjenama Amway @amwaymy, @artistry_msb dan @bodykeyxsynergy pada siaran Instagram anda untuk peluang dipaparkan!
"Tanda pagar menjadikan anda lebih mudah ditemui oleh orang yang berkongsi minat anda dan menggerakkan kandungan anda kepada penonton di seluruh dunia," kata Imran. “Jika anda melayari media sosial, klik pada tanda pagar yang menarik minat anda untuk mengetahui tanda yang anda mungkin ingin gunakan untuk menarik orang lain ke tapak anda!”
Amway sentiasa bersedia untuk membantu ABO agar berjaya dengan perdagangan sosial. Saluran media sosial Amway sendiri, seperti Facebook dan Instagram, menyediakan kandungan yang boleh anda siarkan semula untuk dikongsi dengan pengikut anda sendiri. Kami juga menyediakan Standard Komunikasi Digital (DCS), tip dan nasihat – jika anda seorang ABO, anda boleh mengetahui lebih banyak tentang DCS dan perdagangan sosial di portal e-Pembelajaran Amway. Atau, hubungi pasukan Tatacara & Peraturan Perniagaan Amway untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Perdagangan sosial tidak akan membawa maksud yang sama kepada semua orang, dan itu tidak mengapa," kata Imran. “Ideanya adalah untuk menjadi diri sendiri, tetapi dengan khalayak yang lebih luas daripada yang anda boleh wujudkan di luar talian sahaja. Dunia telah beralih kepada media sosial untuk komuniti, hiburan, maklumat dan banyak lagi. Ia juga sepatutnya menjadi tempat yang bagus untuk seluruh dunia menemui produk dan peluang perniagaan terhebat, melalui anda!”