Floating Icon
25 NOV 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 183 LIHAT 0 BERKONGSI

Alat Dalam Talian Untuk Membantu Anda Bekerja Dari Rumah

Dari Instagram hinggalah ke Zoom, panduan kami tentang alat digital untuk menjalankan perniagaan dalam talian.

Dengan situasi semasa di seluruh dunia yang disebabkan oleh COVID-19, kehidupan seharian setiap orang tiba-tiba berubah. Cuba menjalankan perniagaan atau bekerja dari rumah mungkin seperti cabaran yang besar. Anda tidak bersendirian dan Amway komited untuk menyokong anda dengan cara yang terbaik.

Terus berhubung dengan tuntutan kerja harian mungkin seperti tugas yang mustahil sekarang tetapi mengalihkan mesyuarat penting ke dalam talian dengan bantuan laman penstriman video atau menggunakan platform media sosial akan membantu anda terus berhubung dalam jangka pendek, malah mungkin membolehkan anda menambah baik cara anda bekerja dan meningkatkan kehadiran dalam talian anda pada masa hadapan!

Jika anda tidak pernah mendengar tentang Zoom dan hanya menggunakan Instagram untuk melihat-lihat kemas kini rakan anda, panduan* kami boleh membantu membawa kerja anda ke dunia dalam talian yang lebih menguntungkan dan cekap.


Perjumpaan Bersemuka secara Dalam Talian

Sama ada anda mahu mengadakan perjumpaan satu dengan satu atau berhubung dengan beberapa kenalan atau pelanggan sekali gus, terdapat banyak platform untuk dipilih. Kami telah memilih tiga platform untuk perniagaan kegemaran kami. Semuanya menawarkan opsyen percuma dan premium serta membolehkan anda membuat panggilan audio dan video:

microsoft_teams_750.jpg

Microsoft Teams: Menyokong sehingga 300 ahli dengan akses tetamu, panggilan video dan audio satu dengan satu dan berkumpulan, perkongsian fail, perkongsian skrin dan pewarnaan dokumen menggunakan aplikasi Office dalam talian. Versi berbayar membolehkan pentadbir menganjurkan webinar dan mesyuarat besar sehingga 10,000 peserta.

zoom_750.jpg

Zoom: Membolehkan sehingga 100 tetamu menyertai mesyuarat atau pembentangan secara percuma, asalkan perjumpaan anda tidak melebihi 40 minit. Jika anda memerlukan lebih banyak masa, anda boleh menaik taraf dengan bayaran langganan bulanan sama ada dalam aplikasi atau di komputer meja anda, alat ini dilengkapi dengan ciri-ciri berguna untuk membantu anda bekerjasama, berkongsi atau melakukan sumbang saran dalam talian.


skype_750.jpg

Skype: Perintis pemesejan video, anda mungkin telah menggunakannya untuk berhubung dengan rakan dan keluarga di seluruh dunia tetapi ia tetap cara yang baik untuk berhubung dengan rakan sekerja dan pelanggan.

Walau apa pun platform penstriman video yang anda gunakan, pastikan anda menggunakannya di pelayar yang disyorkan dan sentiasa melakukan mesyuarat ujian terlebih dahulu untuk membiasakan diri dengan semua ciri. Apabila menganjurkan mesyuarat digital, kami syorkan untuk menghantar jemputan digital yang mengandungi pautannya kepada semua tetamu anda.


Sertailah revolusi penjualan sosial

Media sosial merupakan cara terbaik untuk menyiarkan kemas kini perniagaan anda kepada seramai mungkin pelanggan, mempromosikan produk dan cara yang baik untuk meluaskan asas pelanggan anda. Berikut adalah beberapa petunjuk yang berguna:

Instagram bukan hanya untuk foto: Instagram telah menjadi salah satu alat penjualan sosial paling berkesan untuk usahawan dalam talian. Ia juga menjadi platform yang baik untuk menonjolkan produk dengan fotografi dan penggunaan imej atau video yang kreatif. Kami syorkan menggunakan penstriman langsung untuk melakukan demonstrasi produk atau menjawab soalan lazim pelanggan.

Sebarkan berita: Pautkan semua platform media sosial anda. Contohnya; tambah handle Instagram anda ke profil Facebook dan YouTube anda. Tambah handle anda ke tandatangan e-mel dan pastikan pautan ke halaman peribadi anda di laman web Amway di setiap bio dan profil media sosial. Akhir sekali, ikuti saluran rasmi Amway kami:

Amway Malaysia Facebook page | Artistry Malaysia Facebook page | Nutrilite Malaysia Facebook page | Amway Malaysia Instagram page | Artistry MSB Instagram | XS MSB Instagram | Amway Malaysia YouTube

Manfaat media sosial ialah anda boleh terus menyertai dan mula membina komuniti dalam talian anda sendiri. Kunci kejayaan dengan alat digital ini adalah teratur. Bahagikan asas pelanggan anda kepada mereka yang lebih suka satu dengan satu dan mereka yang akan mendapat banyak manfaat daripada mesyuarat yang lebih besar. Di media sosial, tetapkan jadual untuk kandungan yang anda mahu hantar dan patuhinya.