Floating Icon
25 MAR 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 226 LIHAT 0 BERKONGSI

Beri Tanggapan Yang Baik

Promosikan dan Kembangkan Kehadiran Perniagaan Amway Anda Mengikut Standard Komunikasi Digital

Untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya, bakal pelanggan dan prospek perlu mengetahui kewujudan anda! Anda mungkin mempunyai kehadiran di saluran media sosial anda atau sering mengadakan pembentangan.

Jika anda ingin menyebarkan berita perniagaan anda lebih jauh, pertimbangkan untuk aktif di media sosial dan sekali gus mempromosikan diri anda sebagai Pemilik Perniagaan Amway. Standard Komunikasi Digital (DCS) diwujudkan untuk membantu anda menjalankan perniagaan Amway di ruang digital – dengan cara yang betul.


Pisahkan Saluran Jualan

Amway sedar bahawa dalam kalangan 3 juta ABO di seluruh dunia terdapat pelbagai minat, aktiviti sosial, tugas dan keghairahan. Namun, setiap ABO mesti sedar bahawa mencampurkan sebarang topik bukan Amway dengan perniagaan Amway mestilah dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh DCS.

Jadi, jika anda memiliki dan mengawal apa yang dikenali sebagai “hak milik digital teradun” dengan persilangan kepentingan perniagaan dan peribadi seperti forum perbincangan, sila maklum bahawa berkomunikasi dengan pihak yang berminat dengan produk atau jenama Amway melalui saluran ini adalah dibenarkan.

Yang tidak dibenarkan ialah menjual produk Amway dengan cara ini, walaupun anda menggunakan saluran tersebut untuk menjual barang atau perkhidmatan lain yang bukan milik Amway. Ini bukan hanya bercanggah dengan DCS tetapi juga dengan terma undang-undang bagi kebanyakan media sosial dan platform dalam talian. Jualan Amway mestilah sentiasa bebas daripada sebarang penjualan jenis lain.

Attract new customers to the Amway business by being honest about the direct-selling method.jpg

Tarik Perhatian Dengan Cara Yang Betul

Satu lagi peraturan DCS adalah, untuk menarik prospek atau pelanggan baru, jangan sesekali menampilkan perniagaan anda sebagai pementoran, bimbingan gaya hidup atau yang sepertinya – Amway ialah perniagaan jualan langsung dan tidak boleh diposisikan sebagai sebarang peluang perniagaan jenis lain.

Selain itu, dilarang sama sekali mengaitkan Amway atau produknya dengan sebarang hak milik digital yang menimbulkan kontroversi. Ini termasuk laman web perjudian, skim pelaburan, tembakau, malah ubat alternatif.