Floating Icon
17 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 180 LIHAT 0 BERKONGSI

Tinjau Di Sebalik Labelnya

Tinjau Di Sebalik Labelnya

Kami mahu anda Lihat di Sebalik label Nutrilite bersama-sama kami. Mengapa? Inilah cara kami memastikan kebolehjejakan produk Nutrilite. Walaupun penting untuk makanan, kebolehjejakan juga penting untuk suplemen diet. Di Nutrilite, menjejaki bahan dan produk kami sangat penting sejak mula lagi. Hakikatnya, ia membantu kami menjamin bahawa produk kami Tulen, Selamat & Berkesan.

Tulen, Selamat & Berkesan

Bersandarkan 3 tonggak ini, satu rali maya diadakan pada 4 Sep 2020 untuk menerangkan mengapa kami mengamalkan kebolehjejakan botani langkah demi langkah dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan anda.

Traceability_Rally-Dr_Sam_Rehnborg_750.jpg

Menunjukkan keutamaan yang jenama kami letakkan pada kebolehjejakan, rali ini dimulakan dengan mesej daripada Presiden Institut Kesihatan Nutrilite dan anak lelaki pengasas jenama ini, Dr Sam Rehnborg. Pada usia 84 tahun, Sam berkata, bapanya memulakan jenama ini untuk menyediakan vitamin dan suplemen yang boleh diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Traceability_Rally-Why_is_Nutrilite_different_750.jpg

Hari ini, jenama itu masih menekankan pentingnya menyediakan produk yang paling berkualiti kerana “Kesihatan adalah segala-galanya dan dengan kesihatan yang baik, kita oleh mencapai sebarang matlamat,” kata Sam.

Acara ini kemudiannya diteruskan dengan sorotan utama dan penceramah pakar dari jabatan Jaminan Kualiti Nutrilite di Buena Park, California, iaitu Pengurus Kejuruteraan Kualiti, Sam Kilgore.

Traceability_Rally-Why_is_Traceability_important_750.jpg

Menyatakan sebab utama Nutrilite memfokus pada suplemen yang boleh dijejaki, Sam berkata proses kebolehjejakan boleh memberikan keyakinan kepada pengguna. “Proses kebolehjejakan membolehkan kami meyakinkan pelanggan bahawa suplemen kami mengandungi apa yang kami katakan – tidak lebih, tidak kurang,” katanya.

e-Rali ini juga menyaksikan kemas kini pemasaran dan jenama utama oleh Ketua Jabatan Pemasaran Amway Malaysia, Joanne Chong dan Pengurus Kategori Pemakanan, Joyce Tan. Rali berakhir dengan 10 ABO memenangi hadiah misteri setelah menyertai pertandingan kod QR yang diadakan semasa acara berlangsung.

Dari Biji Benih ke Suplemen

Hari ini, di hampir 6,000 ekar tanah ladang yang disahkan organik milik Nutrilite dan hampir 100 ladang rakan kongsi, kami mengamalkan lihat di sebalik label dalam setiap langkah. Dan kami tidak berhenti di situ.

Kami menggunakan pendekatan teliti yang sama di ladang dalam setiap aspek proses dari biji benih ke suplemen Nutrilite. Lihat di sebalik label bukan sahaja membantu menjamin ketulenan bahan dan mendokumentasikan semua langkah yang diambil dalam proses itu, ia juga bermaksud kami sentiasa meningkatkan kualiti kerja kami.

Tidak ada sesiapa pun di dunia yang peduli atau melabur sebanyak yang kami lakukan untuk memastikan kami mempunyai bahan-bahan yang paling tulen dan dihasilkan dengan cara yang paling selamat supaya orang yakin dengan produk kami.

Traceability_Rally-9-steps-process_750.jpg

Nikmati ketenangan fikiran dengan setiap tablet atau serbuk Nutrilite yang anda ambil. Ketahui dari mana bahan-bahan berasal, bagaimana ia dibuat dan siapa yang terlibat. Mulakan kembara bersama kami untuk melihat di sebalik label Nutrilite kerana menjadi hak anda untuk mengetahui dan komitmen kami untuk menunjukkan.

Untuk maklumat lanjut tentang kebolehjejakan, layari traceability.nutrilite.com.my