Floating Icon
17 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 184 LIHAT 0 BERKONGSI

Kecantikan Bermula Dari Dalam

Collagen_levels_in_body_750b.jpg

Penghasilan kolagen (protein di dalam kulit anda) di dalam tubuh anda berkurangan kira-kira 1% setiap tahun mulai usia 25 tahun. Menjelang usia 60 tahun, anda akan kehilangan hampir 50% kolagen!

Adakah ini masalah kesihatan? Sudah tentu! Kolagen diperlukan untuk kulit yang sihat dan berseri, rambut yang tebal dan berkilat, kuku yang kuat, kesihatan kardiovaskular yang baik, malah pencernaan usus.

Untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kolagen dan bagaimana ia menjadikan anda berseri di luar dan rasa lebih baik di dalam, rali Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite berlangsung secara maya pada 22 Ogos 2020.

Collagen_Peptide_rally_Joanne_Chong_Head_of_Marketing1.jpg

Bertajuk ‘Kecantikan Bermula Dari Dalam’, rali ini dimulakan dengan begitu meriah oleh Joanne Chong, Ketua Jabatan Pemasaran yang menerangkan keperluan minuman peptida kolagen dan bagaimana pengambilan suplemen yang menggabungkan kesihatan dan kecantikan boleh membantu merevolusikan perniagaan Amway anda.


Bahan-bahan Berkuasa

Bercakap khusus tentang manfaat peptida kolagen dan bagaimana ia membantu melindungi kulit dan menyuburkan tubuh anda ialah penceramah utama, Dr Clark Chen, Saintis Penyiasatan Pemakanan dari Pusat Penyelidikan & Pembangunan Amway China.

Collagen_Peptide_rally_Expert_Speaker_Dr_Clark_Chen2.jpg

Dr Chen berkata, kombinasi oligopeptida kolagen marin, peptida tumbuhan dan ekstrak tumbuhan semula jadi ialah bahan-bahan berkuasa yang akan memberikan manfaat kulit dan kesihatan maksimum yang terbukti melalui penyelidikan yang dilakukan oleh pasukannya di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Amway China.

Susulan pembentangannya, rali yang dihadiri oleh 2,000 orang pada petang Sabtu itu juga menyaksikan lima Pemilik Perniagaan Amway (ABO) berkongsi testimoni produk mereka setelah menggunakannya untuk jangka masa tertentu.

Collagen_Peptide_rally_750_3.jpg

Platinum Pengasas Maisarah Ramli, Platinum Pengasas Tabitha Vimal dan Nilam Pengasas Joanne Chia semuanya mengatakan, sebagai kakitangan profesional sepenuh masa, mereka sering berhadapan dengan keadaan cuaca yang teruk dan tiada masa untuk menjaga kulit dan kesihatan mereka.

Selepas mengambil Minuman Peptida Kolagen sekurang-kurangnya dua minggu, mereka mengalami perubahan kulit yang positif di bahagian luar dan rasa lebih sihat di bahagian dalam.

Rali ini berakhir dengan 10 ABO memenangi kotak Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite setelah menyertai pertandingan Facebook yang diadakan semasa acara berlangsung.


Ingin tahu lebih lanjut tentang Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite?

  • Klik untuk infografik
  • Untuk sumber produk lain, layari www.amway.my > Pengetahuan > Sumber Produk > Pemakanan & Kesejahteraan