Floating Icon
18 AUG 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 304 LIHAT 0 BERKONGSI

Petua Etika Di Kedai Amway

Sama ada membeli produk, bertemu prospek atau bertanya khabar dengan ahli pasukan, Kedai Amway ialah pusat bagi Pemilik Perniagaan Amway (ABO) membincangkan hal perniagaan dan bersantai. Walaupun mustahil untuk menunjukkan dan berkongsi setiap contoh, berikut adalah beberapa petua tentang bagaimana kita semua boleh memastikan masa yang dihabiskan di kedai adalah pengalaman yang menyenangkan bagi semua orang.


Treat_Amway_Shops_like_it’s_your_home_and_help_us_keep_it_clean_and_tidy.jpg

Kawasan Am Kedai

  • Buat seperti di rumah anda dan bantu kami memastikannya bersih dan kemas.
  • Hidupkan semangat Amway – ucapkan helo dan terima kasih. Bersopan santun dan tunjukkan penghargaan anda.
  • Memancing pelanggan yang tidak dikenali/pelanggan yang datang ke kedai tidak dibenarkan. Sila rujuk mereka kepada kakitangan Amway yang bertugas.
  • Hormati integriti Barisan Penajaan (LOS). Dorongan atau gangguan yang tidak wajar terhadap aktiviti perniagaan ABO yang lain adalah dilarang.



Always_put_products_back_where_they_belong.jpg

Kawasan Peragaan Produk

  • Jangan menghalang lorong. Ambil apa yang anda perlukan dan beredar. Beri laluan dan benarkan orang lain mengambil produk dari rak.
  • Sentiasa letakkan semula produk di tempatnya. Jangan letakkan produk di rak terdekat semata-mata kerana itu lebih mudah.
  • Jangan ambil atau alihkan harta benda yang bukan milik anda. Mencuri adalah kesalahan jenayah.



The_ABO_eCard_or_Identity_Card_must_be_presented_while_making_purchases.jpg

Kaunter Bayaran dan Perkhidmatan

  • e-Kad ABO atau Kad Pengenalan mesti ditunjukkan semasa membuat pembelian atau meminta perkhidmatan di kedai.
  • Gunakan lorong ekspres hanya jika jumlah item anda kurang daripada yang dinyatakan.
  • Katakan tidak kepada beg plastik. Bawa beg guna semula anda sendiri.
  • Setelah membuat pembelian, ucapkan terima kasih kepada juruwang dan beri laluan kepada ABO yang seterusnya.