Floating Icon
19 OCT 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 257 LIHAT 0 BERKONGSI

Bersosial Di Dunia Digital

Komunikasi digital ialah tentang aliran interaksi dua hala. Walaupun menyampaikan mesej secara berkesan merupakan asas penjualan sosial, ia tidak memberikan sebarang hasil jika anda juga tidak mendengar dengan serentak. Tiada sesiapa pun yang suka perbualan di mana hanya seorang sahaja yang bercakap, malah anda tidak mempelajari apa-apa pun tentang pelanggan anda jika anda tidak memberi mereka peluang untuk bersuara.

Begitu juga, ABO perlu memberikan ruang kepada pelanggan untuk bersuara, berbincang dan memberi maklum balas. Ketiga-tiga platform media sosial Amway – Instagram, Facebook and YouTube – mempunyai alat untuk ulasan atau pemesejan langsung. Menggunakan semua alat ini ialah kunci untuk membina komuniti dan mengekalkan hubungan yang sejati melalui media sosial.

Menurut Hubspot, 80% pelanggan mengharapkan syarikat untuk memberi respon terhadap hantaran mereka di media sosial dalam jangka masa 24 jam. Ambassador mendapati bahawa 71% pengguna yang mempunyai pengalaman positif di media sosial lebih cenderung untuk mengesyorkan jenama tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan. 

Apakah maksudnya? Pada dasarnya, jika anda memberikan respon yang pantas dan pengalaman positif di media sosial kepada pelanggan berpotensi, anda akan menaikkan jualan iaitu salah satu prinsip utama penjualan sosial.

Provide_the_space_for_customers_to_talk_discuss_and_provide_feedback_750.jpg


Tip Teratas Untuk Mewujudkan Dialog Digital

  • Mengalu-alukan semua maklum balas, sama ada negatif atau positif – media sosial ialah forum umum. Oleh itu anda seharusnya cuba memberi jawapan terbuka, mengelakkan respon kasar, dan biarkan sahaja jika ada sesiapa yang bersikap kasar dan tidak beradab.
  • Kirim mesej langsung kepada pihak yang berminat – selepas memberikan ulasan secara terbuka tentang sesuatu komen, buat tindakan susulan dengan pengguna secara langsung untuk memperibadikan pengalaman mereka jika mereka menunjukkan minat terhadap produk.
  • Ikuti pengikut anda – lebih baik memahami siapakah mereka dan apa yang mereka minati dengan mengikuti kandungan media sosial mereka.
  • Peruntukkan masa – luangkan 5 ke 10 minit setiap pagi dan petang untuk membaca komen secara mendalam bagi memastikan anda tidak terlepas apa-apa dan untuk mengetahui bagaimana pengikut anda memberi respon.
  • Kongsi semula kandungan – hantarkan kandungan kegemaran anda daripada Amway dan saluran pempengaruh media sosial, seperti hantaran semula kandungan Facebook Amway, untuk berkongsi dengan mudah hantaran berkualiti tinggi yang boleh meraih lebih banyak interaksi dengan khalayak.
  • Berinteraksi – jadilah ahli komuniti dalam talian yang aktif dan positif di mana anda sudah pun terlibat serta bawakan perbualan ke ruang peribadi jika terdapat orang yang sangat berminat dengan produk Amway (berdasarkan pendengaran sosial).
  • Ikuti akaun dan tanda pagar yang berkaitan pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan mendapat maklumat terkini dengan mengikuti bukan sahaja saluran rasmi Amway tetapi juga pempengaruh dalam bidang yang anda minati dan tanda pagar yang berkaitan untuk mengetahui trend baru ataupun topik yang diminati.


Adakah Anda Mendengarnya?

Sementara pemantauan sosial memberitahu anda apa yang sedang berlaku di akaun media sosial anda, pendengaran sosial memaklumkan anda mengapa. Sebagai contoh, pemantauan sosial mungkin boleh menjadikan video yang anda hantar di Instagram menerima sebanyak 50 lebih ‘like’ berbanding hantaran yang lain. 

Pendengaran sosial melibatkan bacaan dan memahami komen dan menganalisis kenapa hantaran ini menerima keterlibatan yang lebih tinggi – sebagai contoh, kerana kualitinya lebih tinggi, ia dihantar pada waktu yang lebih sesuai atau kapsyen yang lebih bermaklumat.

Mendengar dapat membantu anda menambah baik strategi untuk masa hadapan dan memberikan khalayak anda apa yang relevan kepada mereka. Pendengaran sosial melibatkan penjejakan dan memahami bagaimana minat pengikut anda berubah dan mendahului dalam permainan untuk memberikan apa yang mereka perlukan secara berterusan.

Provide_potential_customers_with_quick_responses_&_positive_experiences_on_social_media_750.jpg


Cara Menggunakan Tanda Pagar

Tip: Tanda pagar perlu sentiasa berhubung kait secara rapat dengan apa yang ditunjukkan dalam gambar. Ini adalah bagi memastikan apa yang dipaparkan itu sangat bersesuaian dan hanya menjangkau orang yang mungkin berminat dengan hantaran tersebut. Gunakan gabungan tanda pagar komuniti, tanda pagar berkaitan produk yang unik dan sesuatu yang relevan dengan tempatan. Ketahui lebih lanjut mengenai penggunaan tanda pagar dengan berkesan atau gunakan panduan umum kami bagi tanda pagar dan akaun yang terbaik untuk ditag and diikuti:

Keseluruhan: #amwaymy

Mekap: #ArtistryStudio, #artistrymy, #artistrymsb, #artistrysg, #artistrybrunei, #artistry_msb, #mypassionistajourney, #wearitshareit, #passionnista

Penjagaan Kulit: #mysignturemask, #essentialsbyartistry

Pemakanan: #nutrilitemy, #bodykeymy

Kehidupan Aktif: #noexcuseswithXS, #XS_msb, #XSmalaysia, #XSsingapore, #XSbrunei, #XSperiencemore, #XSnation, #letsXS

Keharmonian Kediaman: #espring, #atmospheresky, #atmospheredrive